December 11, 2019

# anti aging # anti penuaan

SAFI YOUTH RADIANCE | Skincare Anti-Aging Untuk Tampil Lebih Muda, Cerah & Berseri


Safi Youth Radiance | Produk SAFI tidak pernah mengecewakan para penggunanya setiap kali mengeluarkan produk baharu, tidak kiralah samada dari segi penjagaan diri ataupun penjagaan muka. Kalau kita lihat sekarang, pelbagai produk SAFI yang telah berada di pasaran sekarang dan WA dapat tahu ada yang terbaharu iaitu Safi Youth Radiance pula. 

Safi Youth Radiance telahpun diperkenalkan oleh SAFI dimana ia merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan  pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan campuran ekstrak herba mewah seperti Saffron, Nano Gold, Beetox dan juga Lipo Vit-C.

Memandangkan usia sudah semakin lanjut hampir nak mencapai angka 30-an, kini tibalah masanya WA untuk mencari skincare untuk anti-penuaan bagi untuk sentiasa kelihatan muda, cerah dan berseri. Jangan risau dengan produk SAFI kerana ianya selamat digunakan malah telah dihasilkan dan diuji secara dermatologi, BEBAS dari miyak mineral, alkohol, paraben dan TIDAK diuji ke atas haiwan.

Safi Youth Radiance telah menawarkan 2 jenis produk iaitu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan bahan utama seperti Nano Gold 24K dan Saffron. Antara fungsi utama Safi Youth Radiance ini ialah :
  • Melambatkan penuaan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri
PENGENALAN PRODUK SAFI YOUTH RADIANCE

1. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence yang diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Nano Gold 24K, Beetox dan Lipo Vit-C ini membantu mencegah penuaan kulit, membaiki struktur kulit, mencerahkan kulit serta membantu melambatkan proses penuaan supaya tampil lebih muda.

Bukan itu sahaja, di dalam Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ia juga menggunakan formulasi berasaskan air dengan menggunakan bahan Hyaluronic Acid yang dapat mengunci lembapan dengan lebih mendalam bagi mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus dapat mengembalikan keanjalan kulit muka. Dengan 2 gabungan  dalam satu produk ini, ia membantu memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu kadar penyerapan produk seterusnya dengan lebih lancar.

Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Beserta Fungsinya
  • Ekstrak Saffron : Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
  • Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
  • Hyaluronic Acid : Menghidrat dan mengunci kulit sehingga 24 jam
Penggunaan :
Essence ini mempunyai tekstur seakan gel cecair, tidak terlalu likat. Dan anda boleh lihat tekstur yang berada di tangan WA (gambar di atas) mempunyai kepingan Nano Gold 24K bagi membantu mencerahkan kulit wajah.

Hanya tuangkan essence tersebut mengikut kuantiti yang dikehendaki ke telapak tangan. Sapu dan ratakan pada wajah. Kemudian urut perlahan sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.

Harga : RM55.90 (100ml)

2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER
Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser pula telah dirumuskan untuk menjadikan ia ringan, tidak melekit dan tidak berminyak bagi menyokong penyerapan yang cepat ke dalam kulit bagi memberi kelembapan pada kulit kita. Tekstur yang asalnya dari gel krim akan bertukar sehingga menjadikan kulit anda rasa lebih lembut, licin dan lembap.

Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser Beserta Fungsinya
  • Ekstrak Saffron : Mengurangkan kedutan di wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
  • Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
  • Vita-B3 : Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan garisan halus dan kulit kusam
Dengan adanya bahan-bahan berikut pada Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini, ianya terbukti ada peningkatan sebanyak 67%  kadar keanjalan kulit yang lebih baik dan 75% kadar pencerahan kulit berdasarkan ujian klinikal dnegan penggunaan rangkaian produk ini secara berterusan.

Penggunaan :
Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini sangat mudah. Anda boleh sapukan ia pada wajah dan juga leher. Hanya picit kuantiti yang dikehendaki pada telapak tangan. Urut perlahan sehingga ianya berubah menjadi titisan air. Urut dengan lembut sehingga ia meresap penuh ke dalam kulit.

Harga : RM55.90 (40g)

Pengalaman WA Menggunakan Produk Safi Youth Radiance

Sebenarnya WA baru sahaja mencuba produk ini dalam lebih kurang seminggu. Jadinya kesan penggunaan itu tak ada lagi. Cuma yang boleh WA katakan, sepanjang menggunakannya alhamdulillah, kulit muka sangat serasi dan tiada kesan rengsangan pada kulit. Jadi WA nak teruskan penggunaan produk ini kerana kulit WA terasa lebih lembut, licin dan tona kulit pun sekata.

Suka dengan packaging Safi Youth Radiance kali ini kerana berwarna merah hati. Sesuai dengan tema anti-penuaan. Segarang-garang warna merah, ia nampak lebih muda dan berkeyakinan tinggi bagi golongan yang hendak mencapai 30-an. Katakan tidak pada kedutan! :)

Dan apa yang bestnya, ianya bertekstur mudah meresap ke dalam kulit tanpa membuatkan kulit kita berminyak dan melekit dan berbau harum seperti bau madu lebah. Korang tahu kan bau madu macam mana? Bau manis-manis buah dan bunga gitu.

Jika anda sedang tercari-cari skincare untuk anti-penuaan, anda bolehlah dapatkan rangkaian skincare baharu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser di mana-mana Watsons, Guardian dan Aeon Wellness di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, anda bolehlah layari laman web dan media social SAFI yang berikut :

Website :

Facebook : 

Instagram :

26 comments:

  1. Bau2 macam madu lebah tu sedap gak..tengok harga pun ok gak tu

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun tengah guna Safi terbaru nie juga.. memang best..

    ReplyDelete
  3. menarik safi botol merah ni..mengancam tau..banyak kelebihan..yang anti aging tu ade gold2 dia

    ReplyDelete
  4. mmg best produk ni....tak melekit dan rasa ringan kan

    ReplyDelete
  5. safi ada produk baru lagi ye.. cm menarik je yg ni.. lebih exclusive

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni. Sekarang ni pun saya pakai cleanser Safi. Memang serasi dengan saya

    ReplyDelete
  7. Safi ni dari dlu produk terbaik dan diperakui semua. Mmg beat dan kakya salah sorang pengguna safi jugak.

    ReplyDelete
  8. Never try Safi before buy your skin is looking good using it! Great share!

    ReplyDelete
  9. produk safi yang baru ! seharusnya kena mencuba. setakat ni mek masih lagi okei dengan safi oxywhite tu. alhamdulillah okei dengan kulit mek. yang ni pun boleh cuba juga.

    ReplyDelete
  10. Safi dah banyak menghasilkan pproduk. Tak pernah guna lagi yang ni maybe leh try cuba.

    ReplyDelete
  11. wow macam effective..muka you look berseri la.....memang terbaik la ni!

    ReplyDelete
  12. Safi punya produk bagus juga. Sebab dah cuba Hydrating range, sesuai dan selesa. Untuk anti-aging ni bolehlah Bella cuba. Maklumlah dah kurang keanjalan kulit. uhuk-uhuk.

    ReplyDelete
  13. Semakin banyak produk Safi sekarang ye Wawa, yang terbaru ni best. Tak melekit, dan cepat absorb ke kulit kita๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  14. Baru nampak haritu dkt Watson. Rupanya produk baru. Bagus Safi skrg banyak penyelidikan dan pembaharuan.

    ReplyDelete
  15. saya pernah pakai safi satu masa dahulu... sekarang kalau tengok banyak sungguh produk safi pelbagai kategori. mahu pening juga nak pilih ni

    ReplyDelete
  16. OK baru tau safi ada produk baru.. Kalau bau mcm. Lebah tu tak sama eh dengan yg gold tu...nanti nak pi usha kt guardian gak lah

    ReplyDelete
  17. Packaging dia je dah super gorgeous. Bila pakai, super best pulak. Kita dok pakai hari2 skrg ni.

    ReplyDelete
  18. Banyak dah ya keluaran produk safi sekarang ni.. Yg terbaru ni nampak mewah maybe sebab color merah tu mengancam betul

    ReplyDelete
  19. Wah safi semakin banyak produk yang best best. Akak macam tertarik plak dengam safi youth ni. Nanti nak beli lah

    ReplyDelete
  20. Teruja pulak nak cuba produk baru Safi ni terutama yang serum tu, ramai yang kata bagus.nanti dah elok sakit nak pi cari lah

    ReplyDelete
  21. Patut warna packaging dia merah lawa gini, ada Saffron ingredients dia. Nice..

    ReplyDelete
  22. Wah. Harga dia boleh tahan jgk. Mesti result dia pun power jgk ni. Safi jenama trusted jgk la kan

    ReplyDelete
  23. Hebat lah safi sekarang mcm2 product range dah dikeluarkan boleh dikatakan semua isi rumah product safi dah berjaya kluakan

    ReplyDelete
  24. Menariknya pacakging produk safi yg baru ni. Merah. Banyak pulk skrg safi keluarkan produk kan.

    ReplyDelete
  25. Safi semakin maju dgn munculnya byk produk yg bagus.
    This one of them lah. Utk 40s, kan.
    Packaging yg gojes, metah menyala!

    ReplyDelete
  26. wow cantik packaging Safi Youth Radiance tu

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)