Sunday, October 13, 2019

# foodie # pecal jawa

Resepi Pecal Jawa Paling Mudah!


Resepi Pecal Jawa | Sebenarnya dah lama tak makan pecal jawa ni. Dia lebih kurang macam rojak sayur tapi kuahnya lain. Haritu teringin sangat nak buat pecal, tapi takut tak ada siapa yang doyan. So, bagitahu suami nak buat pecal. Suami pun on je sebab ada sayur yang dia makan macam pucuk ubi dan kacang panjang. Dengan pantasnya WA terus buat. Belah family WA panggil pecal jawa je. Tapi belah suami, mak mertua panggil rojak sayur dan kuahnya lain guna cili api je semuanya macam kuah rojak. Mak mertua pun nk try versi WA punya. So buatlah pecal.


RESEPI PECAL JAWA

Bahan-Bahan Pecal :

(gunakan bahan apa yang ada masa ni)
Pucuk ubi
Kacang panjang
Tempe
Timun
Tauhu
Betik mengkal
*boleh juga add on seperti sengkuang, taugeh, jantung pisang atau kangkung.
*kuantiti ikut banyak mana nak buat,

Bahan-Bahan Kuah Pecal :
Kacang tanah 300-500g
Cili kering 7 tangkai
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 ulas
Asam jawa

Cara Membuat Bahan Pecal :
1. Celurkan pucuk ubi, kacang panjang dan betik mengkal dalam air mendidih dan toskan. 
2. Gorengkan tempe dan tauhu sehingga masak. 
3. Dan timun dihiris ikut suka style apa pun. Ketepikan.

Cara Membuat Kuah Pecal :
1. Gorengkan kacang tanah sehingga naik warna keperangan. 
2. Kemudian, goreng cili kering beserta bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Terpulang samada bahan 1 & 2 nak dikisar atau ditumbuk. 
4. Bancuh bahan yg dikisar/ditumbuk tadi dengan meletakkan garam serta gula pasir. 
5. Letak air asam jawa serta air panas dan kacau hingga rata adunan kuahnya dan cukup rasa. Ketepikan.
*ada orang letak belacan sedikit. Terpulang.
*kuah jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. 

Nak makan pecal ini senang sahaja. Ambil bahan-bahan pecal tadi dalam satu pinggan, kemudian tuangkan kuah pecal diatasnya (ikut nak banyak mana). Akhir sekali, gaul dengan rata dan sedia untuk dimakan! Nikmatnya tak terhingga. Makan tak cukup pinggan bertambah-tambah =)

Selamat menjamu selera!

28 comments:

  1. pernah makan dekat kedai shah alam. bagi mek okeilah. boleh makan. sebab kami di kelantan kurang makanan jawa macam ni. so tak terdedah sangat.

    ReplyDelete
  2. Dah Rawlins jadi teringat masakan mak Rawlins bila sebut pucuk ubi celur tu. Mudah gak resipinya - nak share ngan my sisters agar mereka boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. Dapppnyaaaaa! Baru tau ada resepi pecal jawa ni selalu dengar pecal lele. Hehe dah bookmark dah!

    ReplyDelete
  4. Pecal jawa haritu first time jumpa kat pasar malam, at first pelik then beli sebab nak cuba, trnyata agak sedap . Buat sendiri, nanti rajin haha

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing! Next time nak try la~

    ReplyDelete
  6. Waduh waduh, baru je kaknie post pasal nak makan pecel jawa ni kat FB aritu. This is my ultimate favourite! Makan macam ni tak payah nasi pun on.. Sedap sangat

    ReplyDelete
  7. best ni, saya pun suka makan pecal. maklumla makan dengan sayur kan. memang sukalah

    ReplyDelete
  8. Uittt fav sis pecal ni. Memang kalau kemana mana nampak orang jual pecal sure beli. Terima kasih atas perkongsian resepi..nanti bolehlah buat sendiri kat rumah

    ReplyDelete
  9. Fav ni! Nanti nak cubalah kita x pernah lagi try buat sendiri. Selalu beli yh dah siap jer hehehe

    ReplyDelete
  10. ya Allah.. sedapnya Wawa.. TB suka ni.. hubby pun suka.. tapi perut pulak tak tahan dengan kuah kacang tu.. kalau ikutkan memang sekali makan bertambah2 tuu

    ReplyDelete
  11. Thanks sharing ya rasanya belum pernahh lagi saya cuba pecal jawa ni. Nnti nak buatlah.

    ReplyDelete
  12. Wah buat sendiri ke waa..bgunyaa..lama tak makan pecal..pecal mak buat sedap..ahha..tetibarindu mak pulak..nanti balik suruh mak buatla..hahaa

    ReplyDelete
  13. Fuhh memang sedap pecal ni.. Lama juga dah ni tak makan pecal..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. rumah mak mertua Kak Sue setiap kali raya atau kenduri harus ada stok kuah pecal yang kering tu. Nak makan tinggal bancuh ja..

    ReplyDelete
  15. Wajiblah ada tempe kan? Jawa dan tempe berpisah tiada. Haha. Saya pun macam Mek yunie. Jarang terdedah dengan masakan Jawa. Lebih kepada Kelantanese & makanan utara. Tapi pernah makan pecal. Sedap jugak.

    ReplyDelete
  16. Omg! this is best! I like pecal jawa selalu beli jer tapi tak pernah buat sendiri. Now only know actually tak susah nak buat kuah nyer.

    ReplyDelete
  17. Sedapnya pecal. Saya biasa masak pecal guna sambal kuah kacang yang dah siap. Cuma cari bahan-bahan je.

    ReplyDelete
  18. Oohh. memang pebret akak nih, maklumlah wong jowo hihi, makan camtu pun takpe, tak yah nasi

    ReplyDelete
  19. Sedapnyaaa. Suka makan sbb lama duk jhor ritu tp xpernah wat sendiri. Tgok wawa share resepi ni baru taw. Mudah je buat sbnrny. Huhu

    ReplyDelete
  20. Favorite kita ni wawa. Boleh ratah mcm tu saja sampai habis. Aish nk buat juga lah.

    ReplyDelete
  21. sedapnya pecal... dah lama tak dapat makan pecal asli (arwah opah buat)... kalau time raya, bila pergi ke rumah embah-embah memang itu adalah antara menu utama... bestnya laaaa... aishhhh, tetiba mengimbau kenangan pulak... hehehehe...

    ReplyDelete
  22. uiks.. asal nmpk menyelerakan je niiii

    ReplyDelete
  23. Nanti kalau akak nak buat pecal akak rujuk sinilah senang

    ReplyDelete
  24. ammi suka pecal..yelah anak separa jawalah katakan

    ReplyDelete
  25. My fav. Suka sangat makn sayur rebus dengan kuah kacang. Sebab rasa rangup sangat.

    ReplyDelete
  26. Uitt nampak sedap dan menyelerakan pulak tengok pecal wa buat ni. Bahan bahan nak buat oecal pun taklah susah mana kan. Tapi akak tak oernah rasa makan pecal jawa lagi ni

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)