Nuvit MoistLoc Skincare | Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini membuatkan kulit WA terjejas. Apatah lagi sekarang musim sekejap panas sekejap hujan. Tapi tempat WA ni kerap sangat bercuaca panas. Nak tunggu hujan tu memang tengok langit jelah sepanjang hari dengan harapan hujanlah selebat-lebatnya. Disebabkan cuaca yang panas terik ni, kulit WA lebih mudah terdehidrasi lagi-lagi bahagian hidung.

Baru-baru ini WA ada terjumpa skincare yang sesuai sangat dengan kulit kering. Dan akhirnya WA excited nak mencubanya. Mana tahu ia sesuai dengan kulit WA sekarang kan? Why not I cuba this skincare, Nuvit MoistLoc!

Nuvit telah mencipta 3x ganda aksi penghidratan kompleks dengan CeraHA+ iaitu kombinasi ramuan yang unik serta bertekstur ringan dan fungsi yang disasarkan untuk lapisan kulit yang berlainan berdasarkan teknologi penyelidikan saintifik yang tinggi, dimana ia dapat membantu memperbaiki lapisan pelindung kulit (Ceramide) serta mengaktifkan sistem penghidratan kulit (ekstrak Viola Tricolor) bagi mencegah kulit dari dehidrasi dan mengekalkan kelembapan secara optimum (Hyalusphere) dengan menggunakan 3 konsep berikut :-
  • Memperbaiki (Repair)
  • Menyegarkan (Rejunavate)
  • Memulihkan (Revitalize)
Keistimewaan Produk Nuvit MoistLoc

Ia menggunakan formulasi yang efektif dan lebih selamat dengan kombinasi antara sains dan ekstrak tumbuhan semulajadi, malah ianya juga bebas dari paraben, bahan wangian dan alkohol. Nuvit MoistLoc skincare ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya pada yang berkulit kering. 

Bahan CeraHA+ yang terdapat dalam Nuvit ini mempunyai kebaikan 5 dalam 1 untuk melindungi kulit dari terdehidrasi. Antaranya ialah :

1. Lapisan pelindung kulit yang sihat
2. Mengaktifkan peredaran lembapan
3. Kelembapan yang kekal berpanjangan
4. Kulit yang segar dan lembut
5. Kulit yang lebih anjal dan elastik

Kenali 4 Jenis Produk yang Terdapat Dalam Nuvit MoistLoc Skincare

1. MoistLoc Hydrating Double Action Cleansing Milk 100ml - RM27.90

Pembersih muka dan penanggal solekan 2 dalam 1 yang unik (membersihkan serta menyegarkan) dengan teknologi terkini dalam melembut, memperbaiki, menghidrat serta melindungi kulit daripada masalah yang disebabkan oleh habuk atau debu.

Bahan yang terkandung seperti Ceramide untuk memperkuatkan lapisan pelindung kulit, Pollushield (anti-pencemaran) melindungi kulit daripada pencemaran dan Licorice bagi melegakan kulit. Malah ia juga menggunakan Vitamin E dan Shea Butter dalam cleanser ini. Cleanser ini mempunyai bau yang sangat menenangkan.

Easy to use! Hanya picit pada tapak tangan yang basah dan sapukan pada muka dengan lembut. Kemudian bilas dengan air dan gunakan pada waktu pagi dan malam.

My thoughts :
Suka dengan tekstur yang seakan milk pada permulaannya, tetapi apabila disapu pada muka ianya tidak berbuih seperti cleanser yang lain. Inilah yang WA suka sebab ia tak mengeringkan kulit dengan kehadiran buih yang banyak! Malah, kulit terasa lebih ringan dan segar selepas basuh muka.
2. MoistLoc Hydrating Toner 150ml - RM33.90

Tekstur toner tidak berminyak ini dapat menghidratkan, menyegarkan, melembutkan kulit serta membantu memperbaiki lapisan kulit untuk mengekalkan keseimbangan air dan minyak pada kulit.

Dengan penggunaan bahan seperti Ceramide, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin E, Ekstrak Viola Tricolor dan Hyaluronic Acid Complex ia dapat menjadikan kulit lebih seimbang dan sihat. Malah ianya dapat melembutkan kulit dan menghidratkan kulit supaya terasa lebih segar dan melegakan.

Hanya sapukan dengan lembut pada kulit dengan kapas atau tapak tangan. Gunakan 2x sehari pada waktu pada dan malam.

My thoughts :
Selalunya toner dalam keadaan yang likat dan mempunyai bau yang agak kuat, tapi Nuvit telah mengeluarkan toner jenis cecair serta tidak berbau pelik dan ianya cepat meresap ke dalam kulit tanpa membuatkan kulit berminyak dan kulit WA rasa seakan lembut seperti kulit bayi!
3. MoistLoc Hydrating Crystal Serum 30ml - RM60.90

Serum ini bersifat ringan dan menyegarkan serta memberikan penghidratan yang sangat mendalam, mengaktifkan peredaran lembapan serta menghaluskan kulit. Ia mengandungi bahan-bahan seperti Ceramide dan Hyalusphere, serta Vitamin B3 bagi meningkatkan kekenyalan dan ketegangan kulit, Licorice untuk menenangkan kulit dan Hyaluronic Acid Complex bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Selepas menggunakan toner, applykan serum ini bermula dari bahagia tengah muka kemudian ratakan keseluruh wajah. Apply 2x sehari pada waktu pagi dan malam juga.

My thoughts :
Serum ini kelihatan jernih tetapi ianya bersifat likat seperti gel cair. Tidak mengeluarkan bau. Suka dengan teksturnya yang ringan tapi terasa padat selepas di apply pada muka. Malah ia mudah meresap pada kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit seperti sesetengah serum yang lain.
4. MoistLoc Hydrating Active Gel 50ml - RM50.90

Penggunaan gel dwi-fungsi ini sesuai digunakan secara ringan pada waktu siang dan sebagai mask pada waktu malam bagi mengekalkan kelembapan secara optimum, serta membuat kulit kelihatan lebih anjal dan elastik.

Bahan utama yang ada di dalam gel ini adalah Ceramide dan juga Patch H20 bagi memberi penghidratan yang berpanjangan. Sym Calmin dan ekstrak tumbuhan kompleks digunakan untuk menyegarkan kulit bagi menggantikan air dan menyalurkan air secara automatik dan Sacrum Algae bagi meningkatkan seri wajah.

Last steps after guna MoistLoc Serum, sapukan gel ini ke seluruh muka dengan rata. Kemudian anda boleh rasakan kelembapan pada kulit!

My thoughts :
Krim gel ini WA jadikan ia sebagai krim malam kerana pada waktu siang WA menggunakan moisturizer harian. Scent dia pun macam tiada bau, memang best. Apply pada waktu malam sudah membuatkan kulit WA kelihatan lebih lembap serta lembut dan lebih segar pada keesokkan harinya!
Ignore the over brighteness of the picture and just focus on my skin's condition

AMARAN!! Jangan lihat pada kecerahan gambar, mybe disebabkan faktor lighting (picture after), tapi sila fokus pada permukaan kulit WA selepas memakai Nuvit MoistLoc skincare! Kalau anda perhatikan betul-betul, keadaan kulit WA (sebelum) kulit kelihatan kering atau senang kata tak ada effect shining or oily. Dan di bahagian hidung WA agak terasa kasar apabila disentuh.

Tapi, cuba perhatikan pula gambar (selepas) WA pula. Nampak tak perbezaannya?? Kulit WA lebih moist dan seakan glossy kerana kulit terhidrat dengan jayanya! Yeayyy~ Itu bukan oily ye tapi kulit WA lebih sihat dan suka sangat bahagian hidung tu. Boleh toink toink lagi rasa kelembutan kulit. Hihi~~

Jika anda mempunyai kulit kering terutamanya, anda bolehlah mencuba Nuvit MoistLoc Skincare ini. Memang sangat mesra pengguna :)

More information please click the links below :