Mascara Drugstore Review | Akhirnya WA kembali dengan review seterusnya selepas beberapa minggu WA skip untuk menulis blog atas beberapa faktor masalah yang tak dapat dielakkan. Ikutkan banyak nak dicelotehkan selain review, tapi itulah ada je yang terhalang. Tapi takpe kot kita teruskan review dulu.

Actually, kali ini WA nak review secara ringkas tentang mascara yang WA beli dari drugstore kat Guardian tahun lepas. Haa tengok baru sekarang nak review. Hahaha! WA beli masa Guardian buat sales 50% sempena Beauty Day Sales Guardian. Harga asal not sure mybe dalam Rm19 lebih kot. Tapi masa beli just RM9 lebih sahaja. Ini kali pertama WA nak mencuba mascara Catrice. Sebab WA sejenis tak pakai mascara sebenarnya sebab bulu mata WA dah panjang sikit just tak lentik je (poyo lebih!)

Tertarik untuk try brand Catrice sebab produk-produk dia sangat best dari foundation, highlight, concealer, mascara dan lain-lain. Harga pun murah wei. Brand dari luar negara kot. Kalah harga local product. Huhuhu... Dan salah satu lagi sebab kenapa nak cuba mascara ini adalah kerana mascara ini dihasilkan dalam bentuk sikat. So kalau nak apply kat bulu mata tu nampak lebih rapi dan kemas lah. Takdelah tergumpal-gumpal. So ia dinamakan comb brush. 

Nampak tak berus sikat tu? Bila pakai bulu mata kita akan lebih kemas tak adalah berketul-ketul nanti. Thats why menjadi pilihan WA. Sebab pernah pakai jenis yang biasa punya berus tapi kurang gemar. Mascara ini ada kelebihannya tersendiri. Nak tahu apa dia???

Kelebihan Catrice Lash Dresser Comb Mascara :
  1. Batang berus berbentuk sikat
  2. Semasa diapply, mascara lebih nampak kemas dan rapi
  3. Senang untuk diapply dibawah mata juga
  4. Non waterproof (senang dicuci)
  5. Memberi effect panjang secara natural (volume & length)
  6. Tidak comot (mata panda hitam)

Ada setengah orang suka mascara yang jenis waterproof, tapi macam WA lebih suka guna mascara non waterproof untuk senang dicuci lagi-lagi kalau nak solat. Kalau time period sahaja WA akan guna mascara waterproof. Apa yang bestnya, mascara ini cepat juga kering jadi tak mudah comot. So tak adalah mata jadi mata panda kan? But make sure ia kering betul ye, jangan baru apply dah tenyeh mata pulak. Hehehe...

Nak apply pada bulu bawah mata pun senang sebab berbentuk sikat berbanding dengan berus yang biasa. Malah bulu mata nampak lebih kemas dan natural tanpa tebal dek kerana ketulan mascara tersebut.

Cara nak remove mascara ini senang je, boleh guna tangan tarik macam tu je, atau pun boleh guna wet tissue sahaja. Tak perlu makeup remover kerana ianya senang untuk dicuci dan tidak bersifat waterproof. Jika mascara waterproof, susah untuk ditanggalkan dan kena cuci dengan makeup remover jenis air atau minyak untuk hilangkan saki baki mascara itu.

Alamak, gambar sebelum pakai tak ada pula. Haha! Btw, inilah hasil guna mascara Catrice Lash Dresser Comb ini. Ia membuat bulu mata menjadi lentik dan panjang. Untuk hasil (gambar di atas), WA hanya apply dengan satu sapuan sahaja. Dan bulu mata nampak lebih kemas tanpa berketul-ketul kan? WA lebih prefer mascara macam ini sebab bulu mata kita akan nampak lebih natural dan menampakkan bahawa kita memakai mascara. Untuk bawah mata WA tak apply betul-betul sebab anak buah kacau masa ini. Huhu~

Kalau korang tengah mencari mascara drugstore non waterproof, korang boleh cuba jenama Catrice ini. So far, WA suka dengan mascara ini tak ada cacat cela bila pakai. Pakai dalam tempoh 6 jam pun ok. Cuma kalau nak dalam 12 jam tu mungkin ada kesan mascara luntuh sikit dek kerana muka berminyak/berpeluh. Tapi kalau korang pakai agak clumsy tu i don't know lah. Hehehe~