Mascara Drugstore Review | Akhirnya WA kembali dengan review seterusnya selepas beberapa minggu WA skip untuk menulis blog atas beberapa faktor masalah yang tak dapat dielakkan. Ikutkan banyak nak dicelotehkan selain review, tapi itulah ada je yang terhalang. Tapi takpe kot kita teruskan review dulu.
Actually, kali ini WA nak review secara ringkas tentang mascara yang WA beli dari drugstore kat Guardian tahun lepas. Haa tengok baru sekarang nak review. Hahaha! WA beli masa Guardian buat sales 50% sempena Beauty Day Sales Guardian. Harga asal not sure mybe dalam Rm19 lebih kot. Tapi masa beli just RM9 lebih sahaja. Ini kali pertama WA nak mencuba mascara Catrice. Sebab WA sejenis tak pakai mascara sebenarnya sebab bulu mata WA dah panjang sikit just tak lentik je (poyo lebih!)
Tertarik untuk try brand Catrice sebab produk-produk dia sangat best dari foundation, highlight, concealer, mascara dan lain-lain. Harga pun murah wei. Brand dari luar negara kot. Kalah harga local product. Huhuhu... Dan salah satu lagi sebab kenapa nak cuba mascara ini adalah kerana mascara ini dihasilkan dalam bentuk sikat. So kalau nak apply kat bulu mata tu nampak lebih rapi dan kemas lah. Takdelah tergumpal-gumpal. So ia dinamakan comb brush.
Nampak tak berus sikat tu? Bila pakai bulu mata kita akan lebih kemas tak adalah berketul-ketul nanti. Thats why menjadi pilihan WA. Sebab pernah pakai jenis yang biasa punya berus tapi kurang gemar. Mascara ini ada kelebihannya tersendiri. Nak tahu apa dia???
Kelebihan Catrice Lash Dresser Comb Mascara :
- Batang berus berbentuk sikat
- Semasa diapply, mascara lebih nampak kemas dan rapi
- Senang untuk diapply dibawah mata juga
- Non waterproof (senang dicuci)
- Memberi effect panjang secara natural (volume & length)
- Tidak comot (mata panda hitam)
Ada setengah orang suka mascara yang jenis waterproof, tapi macam WA lebih suka guna mascara non waterproof untuk senang dicuci lagi-lagi kalau nak solat. Kalau time period sahaja WA akan guna mascara waterproof. Apa yang bestnya, mascara ini cepat juga kering jadi tak mudah comot. So tak adalah mata jadi mata panda kan? But make sure ia kering betul ye, jangan baru apply dah tenyeh mata pulak. Hehehe...
Nak apply pada bulu bawah mata pun senang sebab berbentuk sikat berbanding dengan berus yang biasa. Malah bulu mata nampak lebih kemas dan natural tanpa tebal dek kerana ketulan mascara tersebut.
Cara nak remove mascara ini senang je, boleh guna tangan tarik macam tu je, atau pun boleh guna wet tissue sahaja. Tak perlu makeup remover kerana ianya senang untuk dicuci dan tidak bersifat waterproof. Jika mascara waterproof, susah untuk ditanggalkan dan kena cuci dengan makeup remover jenis air atau minyak untuk hilangkan saki baki mascara itu.
Alamak, gambar sebelum pakai tak ada pula. Haha! Btw, inilah hasil guna mascara Catrice Lash Dresser Comb ini. Ia membuat bulu mata menjadi lentik dan panjang. Untuk hasil (gambar di atas), WA hanya apply dengan satu sapuan sahaja. Dan bulu mata nampak lebih kemas tanpa berketul-ketul kan? WA lebih prefer mascara macam ini sebab bulu mata kita akan nampak lebih natural dan menampakkan bahawa kita memakai mascara. Untuk bawah mata WA tak apply betul-betul sebab anak buah kacau masa ini. Huhu~
Kalau korang tengah mencari mascara drugstore non waterproof, korang boleh cuba jenama Catrice ini. So far, WA suka dengan mascara ini tak ada cacat cela bila pakai. Pakai dalam tempoh 6 jam pun ok. Cuma kalau nak dalam 12 jam tu mungkin ada kesan mascara luntuh sikit dek kerana muka berminyak/berpeluh. Tapi kalau korang pakai agak clumsy tu i don't know lah. Hehehe~
28 Comments
Wah cantiknya. Tengok gambar tu nampak cun. heheheh. Boleh suggest nnti kt kakak2 ni. Waterproofkan lagi best sebab boleh tahan heheh.
ReplyDeleteFirst time juga dengar mascara comb ni. Selalu memang bulus-bulus je.. Semacam best untuk dicuba. Thanks for sharing
ReplyDeleteada ari tu beli brand catrice ni..tp lupa apa dia..sbb skrg ada kat office kihkih..nti boleh try mascara ni..suka yang jenis senang tanggal
ReplyDeleteTB ada mascara tapi kalau pakai effect lentik tu tak nampak.. sebab bulu mata TB jenis keras dan susah nak bagi berbentuk.. hahaha.. kena pandai cari mascara yang sesuai baru lentik.. macam berkenan nak beli yang ni je.. heheh
ReplyDeleteBukan senang cuci, boleh tahan sampai 6 jam lagi tu. harga pun murah je.
ReplyDeleteAda jugak nampak brand Catrice ni tapi takut pulak nak beli. Lepas ni boleh try brand Catrice pulak sebab yang ada sekarang ni waterproof so agak renyah bila nak tanggalkan
ReplyDeleteOuch... Senang cuci bagusnya... Sally jarang pakai sbb selalu ade kotor dekat spek mata.. Kalau gini boleh cuba la
ReplyDeletepernah nampak brand ni. takut juga nak beli. sekarang ni dah tahu hasilnya mmg cantik dan nampak elegen boleh la suggest kepada kawan kawan nanti.
ReplyDeletei've never tried this one. sbb jarang jmpe. maybe ray x perasan kot.
ReplyDeleteMenarik ni bab senang cuci tu...boleh g usha nanti
ReplyDeleteUniknya dalam bentuk sikat. Brand Catrice ni not bad sebenarnya. Kenal brand ni masa nbelajar oversea dulu. Bila dia masuk Malaysia, kita excited sekali. Haha
ReplyDeletewah lain sikit ni bentyk maskara dia..terpegun pulak..hehee..tetiba rasa nak beli pulak
ReplyDeleteWah menarik nie Wa.. lain dari yang lain..
ReplyDeleteSis pun sekarang pakai maskara yang jenis comb ni..mudah sikit dr yg biasa tu. Ni pun nak abis dah..nampak gaya kena tukar baru, bolehlah cuba yg ni pulak
ReplyDeleteHa... Suka mascara yang jenis senang nak tanggalkan macam ni. Yerlah kekadang nak melawa, tapi tak naklah sampai susah nak wuduk pula nanti. Kalau yang macam ni, saya suka. Bolehlah beli nanti
ReplyDeleteAkak memang suka maskara jenis comb ni wa. Bulu mata memang nampak lebat dan melentik semulajad . Tak payah susah suah pakai bulu mata palsu kan. Nanti nak carilah maskara jenama catrice nihlah
ReplyDeleteKita kan kalau pakai maskara selalu beli silky girl je. Haha
ReplyDeleteTak reti nak pilih pilih jenama sangat wawa. Pastu masalah lain kan, kalau pakai maskara tu, mula la rasa merenyam je mata.
Allah tak tahan bab tu la.
Mujur bulu mata semulajadi lebat dah. Kadang teringin gak nak pakai.
Nanti blh la cari jnis ni.
Bestnya wawa dapat beli dengan harga rm9 je. Murah teramat tu. Kalau emi mesti emi beli ectra, buat stok hehe. Jenama catrice ni emi belum pernah pakai. Tapi ramai je kawan2 emi review cakap best.
ReplyDeleteTak sempat nak beli masa sale FuarGuar hari tu. Tunggu sale pulak la. Tapi baguslah sebab senang nak cuci kan. Senang nak ambik wuduk untuk solat. Sekarang kalau nak keluar rumah memang Qiss tak lupa pakai maskara ni.heee
ReplyDeleteOkey nanti nak belilah maskara ni pulak
ReplyDeleteI tried some of their makeup products its quite good thou.
ReplyDeleteselalu orang lebih memilih yg waterproof sebab tahan lama dan takkan comot. tak pasti kalau my sisters akan go dengan produk nie ataupun tak. tapi yg pasti, ia mesra wudhuk. senang nak tanggal kan.
ReplyDeleteCantik! Suka jenama Catrice ni, biasa pakai lipstick dan eyeliner Catrice. Tapi maskara blum try, rasa nak pi beli gak lah hehe
ReplyDeleteKita nampak warna mata tu jer macam lain hehehehehe tapi orang perempuan suka lah ada alatan makeup macam ni hehehe lagi tambah koleksi mereka kan hurmmmm habis kopak duit suami wakakakaka..
ReplyDeleteCantik.. kemas jerk x bergumpal²..
ReplyDeleteCantik la mascara yer.packaging pun cantik. Nak cuba jugak lah.mmg nk beli make up stuff for raya
ReplyDeletekemas je hasil maskara tu, lagi-lagi kalu kena gaya pakai. maskara ni pun make up wajib ada setiap wanita. baru cantik lepas berdandan kan
ReplyDeleteHahhha I am using this same mascara. So far I have no complaints about it...plus my eyelashes tend to look like I am wearing falsies on. It really helps to thicken and lengthen my own eyelashes.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)