My Favourite CC Cream By Hansaegee Nature | Setiap kali hendak keluar, mesti WA akan bermakeup sambil mengenakan foundation. Tapi sejak kebelakangan ini, WA lebih gemar untuk kelihatan seperti no makeup look. Bagi WA ianya lebih tampak natural berbanding makeup heavy. Sedar tak sedar rupanya sudah sebulan WA telah menggunakan produk Hansaegee Nature skincare iaitu Gold Nano CC Cream.

Sebelum ini WA pernah up entry review tentang CC Cream by Hansaegee Nature ini. Kalau korang nak tahu full details mengenai CC Cream ini korang boleh KLIK SINI. Kali ini WA nak menceritakan pengalaman WA selepas sebulan menggunakan CC Cream Hansaegee Nature yang diperbuat dari Korea ini. Pada permulaan penggunaan, memang WA terfikir boleh ke cc cream ini membuat kulit WA kelihatan lebih natural tanpa kelihatan kelabu dan bercapuk. Tapi tidak dengan CC Cream Hansaegee Nature! Kulit lebih natural dan nampak lebih muda berseri gitu. Hehehe~

WA tak nak bebel panjang-panjang kali ini sebab korang boleh baca review cc cream ini dekat sini - CC Cream Hansaegee Nature. Kalau sebelum ini WA lambat bersiap nak pergi mana-mana, ditambah lagi nak bermakeup guna foundation bagai, tapi sekarang tidak lagi. Sebab dengan cc cream ini WA boleh sahaja bersiap dalam kereta atau dirumah dengan memakainya sepantas yang boleh. Hanya picit sedikit dan apply ke kulit muka dengan menggunakan jari sahaja sudah buat kulit nampak berseri. Pernah haritu WA memang dah terlambat sangat nak jumpa klien, WA pakai dalam kereta dan apabila keluar klien tegur, ingatkan muka bercapuk ke apa. Rupanya klien kata, "cantik kulit awak ye". Ehh Ehhh.. kembang kita kena puji! Ini semua kerana cc cream ini berjaya menyelamatkan kulitku. Hohoho.... 

Saiznya yang sederhana kecil ini, sesuai sangat dibawa ke mana-mana dan boleh dipakai dimana jua korang berada. Macam WA selalu letak dalam handbag je. Senang kalau nak pakai apply ini sahaja dah mencukupi. Untuk pengetahuan korang, cc cream ini sudah mempunyai SPF50 untuk melindungi kulit kita dari sunburn dan mengelakkan kulit mudah cepat berkedut dek kerana sinaran UV yang merbahaya pada kulit. Sunblock tak perlu pakai dah so jimatlah bawak cc cream je. Hehe..

Apa yang bestnya cc cream mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding bb cream. Cc cream berfungsi untuk menyamakan tona warna kulit dimana dari awal tekstur berwarna putih, bertukar kepada warna kulit kita sendiri. Oleh itu, apabila pakai kita akan rasa lebih natural tanpa mudah bercapuk dan kulit tidak kelihatan kelabu.

Percaya tidak WA hanya menggunakan cc cream ini sahaja dan membuat kulit WA nampak lebih glowing? Cc cream ini juga dapat memberi effect moisture iaitu melembapkan kulit. Ianya tidak  memberi kesan yang berminyak tetapi lebih kepada melembapkan kulit supaya muka nampak naik berseri. Nak kata beri kesan memutihkan tu tidaklah bagi WA sebab fungsi cc cream adalah menyamakan tona kulit. Tapi apa yang WA perasan, sepanjang WA pakai cc cream selama sebulan ini, ia membuat kulit WA rasa lebih moist dan tona kulit yang kusam kelihatan berubah sedikit.


View this video to see my feedback 
after one month using CC Cream Hansaegee Nature

Kini WA lebih rasa yakin nak keluar tanpa perlu bermakeup tebal dan menggunakan foundation. Kerana CC Cream Hansaegee Nature mampu membuat kulit WA tampak lebih natural dan menaikkan seri wajah. Bukan itu sahaja, ianya mudah untuk digunakan dengan jari sahaja, malah packagingnya yang comel ini boleh dibawa kemana-mana. WA dah pernah kecewa guna cc cream lain. Tapi kali ini, memang WA recommended sangat cc cream ini untuk korang yang jenis nak cepat atau jenis bermakeup simple.

Jika korang berminat untuk dapatkan CC Cream Hansaegee Nature, korang bolehlah rujuk laman social berikut :