Hansaegee Nature CC Cream | Ada tak yang mengalami masalah apabila hendak keluar rumah sahaja kena bermakeup untuk tutup muka yang mempunyai tona kulit muka tidak sekata? Haa, WA salah seorangnya. Huhu. Bila keluar tanpa guna foundation memang WA tak rasa yakin. Tapi kadang-kadang rasa leceh dan rimas bila kena bermakeup dan gunakan foundation yang sememangnya mempunyai tekstur yang berat. Nak buka tudung nak solat waktu rehat je mesti ada bekas foundation. Stress! 

Actually dah lama WA tengah mencari cc cream mana yang elok kerana ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dari foundation dan BB Cream. WA pernah pakai cc cream brand lain, bila pakai mak aii putih melepak. Sebab bila blend out kat muka dia tak ikut skin tone kita betul-betul. Sangat kecewa dan sebab tu sampai sekarang WA apply foundation je. Tapi tak larat ai nak makeup guna foundation lengkap bagai. Finally, WA ada search satu website ni ada jual cc cream. Dan lihat feedback pun not bad, menarik. Tanpa membuang masa, WA dapatkan segera dan YESS! Its mine now. Kekekeke~

Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream

Mengenai Hansaegee Nature :
Hansaegee Nature merupakan produk skincare yang originally made in Korea dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Bukan itu sahaja, ianya juga telah mengeluarkan beberapa jenis produk skincare seperti cleanser, whitening cream dan lain-lain.  Sebelum ini WA memang sudah mengenali Hansaegee Nature dan kini Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream ini semakin dikenali ramai sejak berada di pasaran. 

Apa Itu CC Cream ?
Buat pengetahuan anda, CC Cream lebih ringan dan halus daripada BB Cream. CC Cream atau dikenali sebagai color correction berfungsi untuk menyamakan tona kulit muka seperti kulit kusam tidak bermaya atau kemerahan. Ia merupakan all in one day cream dimana gabungan antara basic skincare dan makeup benefits dalam kosmetik. 

Jika anda mengalami kulit berjerawat, bintik hitam, kulit kusam atau kemerahan, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai digunakan kerana ia membantu membuatkan kulit anda halus, tidak berminyak, mencerah, menyamakan tona kulit supaya kelihatan lebih natural dan bercahaya dengan kelembapan sepanjang hari.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
  • Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
  • Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
  • Meminimumkan penampilan pori
  • Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Glowing skin dan melicinkan kulit
  • Mengekalkan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit
Anda tidak perlu risau kerana Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, malah bebas daripada paraben, sulfate dan alkohol serta sesuai digunakan oleh kaum Muslim kerana selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Masalah kulit yang memerlukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Kandungan Utama dalam Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream 
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 kandungan utama di dalamnya, iaitu :

1. Mineral Water - mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
3. Nano Gold - Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan :
Senang sahaja cara penggunaannya. Hanya apply Gold Nano CC Cream dengan tangan atau jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah kita sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit (minimize pores), tidak berminyak mahupun sticky dan memberi effect luminous pada kulit.

Apa yang menariknya dengan Gold Nano CC Cream ini? Pada permulaan anda akan nampak krim tersebut berwarna putih, akan tetapi selepas anda apply, anda akan terlihat bintik kecil berwana coklat. Kemudian, apabila blend krim ini pada kulit ianya akan berubah warna menjadi warna kulit anda secara semulajadi. Tiada masalah dengan kesan krim putih kerana lama-kelamaan akan berubah warna kepada warna coklat iaitu warna yang sesuai dengan kulit anda.

Jika anda bukanlah seorang kaki makeup, tetapi ingin kelihatan lebih natural tanpa kulit kusam, cc cream ini sangat digalakkan buat anda kerana ianya sesuai bagi mereka yang tidak suka bermakeup atau bermakeup tebal. Hanya perlu memakai cc cream ini dan lipstick anda sudah boleh keluar. So easy kan??? Muka nampak natural dan lebih berkeyakinan.

Boleh juga jadikan ia sebagai makeup base atau makeup primer, just add on pada foundation sedikit untuk dapatkan more coverage than light natural dan ia dapat mengimbangi tona kulit serta membuatkan makeup tahan lebih lama.

See the results when WA swatches eyeshadow
Ini salah satu ujian yang terbukti apabila WA menggunakan cc cream ini untuk dijadikan sebagai makeup primer without any foundation, warna eyeshadow/blush/eyeliner akan lebih terang dan tahan lama berbanding jika anda tidak menggunakannya. Dengan cc cream dan any eyeshadow/blush/bronzing juga anda boleh dapatkan look yang lebih natural dan freshing than light natural. 

Lihat video WA apply Gold Nano CC Cream 
How My Feedback After Using Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?
So impressed with these cc cream! Seperti di awal tadi, WA sangat kecewa sebelum ini sebab pernah try cc cream lain, tapi dia macam oxidized kulit dan membuat kulit menjadi lagi gelap. Tapi dengan Hansaegee Nature Gold CC Cream ini, ternyata membuat kulit WA cerah secara semulajadi kerana ianya betul-betul dapat menyamakan tona kulit WA dan memberi effect glowing pada kulit.

Yang paling bestnya, walaupun ia memberi effect luminous dan glow pada kulit, tetapi ia tidak membuat kulit rasa oily, sticky dan tidak cracky. Perkara seperti ini yang paling WA rasa takut kalau apply cc cream. Fobia bertahun-tahun sampai sanggup guna foundation kalau keluar yang berdekatan. Huhuhu..

No edit, no filter
Different BEFORE at natural lighting, AFTER no natural lighting
natural lighting * cahaya depan tingkap

Tengoklah muka mak jemah atas ni. Hahaha! Sebab tu WA lebih prefer cari cc cream yang boleh menggantikan foundation as my daily makeup kerana cc cream teksturnya lagi ringan dari foundation. My face look so pale and uneven skin tone. Serius seram tengok muka sendiri. Means, keyakinan nak keluar tanpa oles sebarang makeup tu masih belum 100% lah. Hehehehe... Tapi sekarang WA dah makin rasa yakin dengan adanya cc cream ini.

Kulit WA nampak lebih natural kerana Mineral Water, kandungan yang terdapat dalam cc cream ini dapat mengimbangi kadar pH kulit dan menganjalkan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membuat kulit WA more glowing dan luminous. I luv it!! Sekarang ni kalau lepas solat, tak payah nak apply foundation, muka rasa berat je. Guna Gold Nano CC Cream ini pun dah cukup, siap ada sun UV protection SPF50 lagi, dapat menghalang kulit dari sunburn dan cepat berkedut. Terasa macam awet muda pula pakai cc cream ni. EHH! :D

Should buy? Yess! Sangat-sangat recommended bagi yang nak cuba cc cream ini dan bagus untuk yang ingin bersiap cepat dan simple, sesuai untuk wanita di Malaysia terutamanya. Penggunaan pun boleh tahan 2-3 bulan, bergantung pada kadar penggunaan masing-masing. Tapi memang worth it sangat sebab ia ada sekali SPF50 dan jimat tak perlu beli sunblock dah. Harga hanya RM128 sahaja dengan isipadu sebanyak 50ml. Free delivery bagi pembelian melebihi RM70 di website Hansaegee Nature.

Untuk maklumat lanjut jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk link dibawah :