Ikan Pari Bakar Masak Pecel | Hi korang, kali ini WA nak update tentang resepi pula. Sekali-sekala tukarlah selera pula kan? Hehehe.. Pernah tak korang makan ikan pari masak pecel? Kalau WA, pecel macam sayur-sayur makan dengan kuah kacang. Rupanya pecel sebenar ni macam ini rupanya. Kalau asam pedas wajib ada daun kesum atau bunga kantan, tapi kalau pecel wajib ada daun Cekur atau ada yang panggil Kencur. Dua-dua ni sama je sebenarnya. Hehhee...

Maklumlah, bila dah kahwin ni pula duduk dengan mertua. Macam-macam menu baru tahu. Padahal family sendiri ada je makan lauk ni. Cuma disebabkan tak semua suka, jaranglah masak versi pecel. Cekur ni bagus tau sebab dikategorikan sebagai ulam dan orang yang berpantang pun makan cekur ni. Pernah rasa, pergghhh! pengsann! (Lidah tak biasa lagi masa mula-mula kenal cekur)

Image from Google
Inilah dia daun cekur/kencur. Semua ini digunakan dalam masakan pecel. Daun dia buat bau naik, isi dia pula pehhh nikmat gila bau. Akar dia tu jangan korang tak tahu, boleh dimakan juga tau. Yuummmyy! Hihihi~ Resepi ini WA minta mak mertua punya sebab selalu jugalah buat. Walaupun selalu rasa, kena tau juga macam mana style mak mertua masak. Teliti dengar masa minta resepi, maklumlah, first time nak buat sendiri. Tanpa membuang masa, mari layan resepi Ikan Pari Bakar Masak Pecel!

RESEPI IKAN PARI BAKAR MASAK PECEL
Bahan-bahan :
  • Ikan Pari Tuka (4 ekor) - bahagi kepada 2@4 hiris
  • Daun Cekur & Isi Cekur - asingkan daun dan isi
  • Santan kotak - jenama Kara yang kecil
  • Bawang merah kecil 6 ulas - skip kalau tak guna bawang besar
  • Bawang Besar 1 ulas - skip kalau tak guna bawang merah kecil
  • Bawang putih 6 ulas
  • Ikan bilis - dalam sekaut tangan, tak perlu banyak
  • Cili api - ikut suka nak pedas mana, taknak pedas letak dalam 3 batang
  • Garam/ajinamoto/gula/air
Bahan Yang Dibakar :
Hanya bakar ikan pari seperti ikan pari bakar kat kedai makan tu. Macam WA, dah bahagi kepada 4 hiris tu, bakar sahaja atas kuali yang non stick tanpa minyak. Angkat dan letak tepi dahulu.

Bahan Yang Ditumbuk :
Bawang putih, bawang merah kecil/bawang besar, ikan bilis dan isi cekur beserta akar (kalau ada akar). Tumbuk lumut boleh, tak berapa lumut pun boleh.

Cara Masak Ikan Pari Bakar Masak Pecel :

1. Rebuskan air terlebih dahulu dalam kuali/periuk dengan kuantiti air 1/2 dari kuali atau periuk.
2. Dah hampir nak didih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan reneh sehingga mendidih. 
3. Perlahankan api, dan masukkan santan sekotak kecil itu. gaul sehingga rata supaya tidak pecah santan.
4. Kemudian, masukkan pula daun cekur yang telah dipotong kasar. Tak perlu halus-halus. 
5. Masukkan ikan pari yang telah dibakar tadi dan masukkan garam, ajinamoto dan gula mengikut citarasa anda. Mestilah letak gula sedikit untuk menaikkan bau santan dan cekur dan memekatkan kuah pecel.
6. Sedia untuk dihidang. Siap! 

Siapa kata susah? Senang je nak buat. Macam nak masak lemak cili api, cuma bezanya pecel ada letak cekur, lemak cili api letak kunyit. Hehehhe... Sedap dimakan panas-panaasss!!

WA suka sebab rasa cekur dia tu buat mendatangkan selera makan. Hahahhaa! Time puasa masak ini pun dah kira sedap tauu! Jom try resepi ini bagi yang belum tahu :)