Althea Christmas Wishlist 2018 | Hai semua. Okay maaflah sebab WA baru ada masa nak update tentang wishlist WA yang tempoh hari. Korang dah tengok belum entry wishlist WA sebelum ini untuk beli barang kat Althea? Alaa, barang yang masih belum tahap mampu milik. Hihi.. Boleh baca di entry ini - My Top 10 Wishlist Product From Althea  

Siapa minat barang dari Korea, semestinya korang tahu website Althea ini yang sudah terkenal di merata dunia. Althea ada menyediakan produk-produk skincare, kosmetik dan penjagaan rambut dengan penghantaran direct dari Korea. So, korang nak tahu tak apa dia wishlist WA yang sudah terlaksana dari wishlist tersebut dan berapakah yang berjaya dicapai? Hihi~

Layan lah video ini dulu okayy~
Haa, dah nampak belum barang apa yang berjaya dikaut sebelum berlabuh tirai kamar 2018? Hahhaha! Sedih kan? Sebab tak banyak dapat kaut sebab harganya boleh tahan weiii~

Inilah produk-produk yang berjaya WA grab sebelum habisnya 2018. Produk-produk ni dah lama dah berada dalam wishlist Althea, tapi tak beli lagi sebab ongkos nggak cukuppp~ Selalu kalau shopping kat Althea beli barang yang bawah RM50 setiap barang. Hahaha!

What 3 Product From My Wishlist?

1. Pore Sonic Cleanser (White) - RM88.00
Pobling ini WA dah lama nak tau. Sebelum tahu ada kat Althea lagi WA dah teringin sebab masa tu tengok review kat Youtuber omputih. Tapi tak tahu kat mana nak beli sebab orang tu tak balas WA tanya dia. Huhuhu~ Bila dapat tahu Althea ada jual, terus excited. Tapi terbantut kejap sebab harga dia lebih RM50++ So masuklah wishlist dulu. Kekekeke~~ Akhirnya, lega dapat grab dalam salah satu wishlist 2018 WA.
Benda alah ni untuk bersihkan muka dengan kesan cuci mendalam gitu. Sedap sebab dia gosok-gosok kat muka kita. Muka pun nak juga kena urut kan. Hihi~ Nanti WA dah try WA review dekat blog okay. Setakat ni belum try lagi sebab WA nak rosakkan dulu yang hampir sama macam ni tapi jenama biasa. Hahaha!

2. Missha The First Treatment Essence Intensive Moist (150ML) - RM135.00
Serius weeii! Essence merupakan skincare yang patut WA ada. Dah merata-rata cari essence yang sesuai dengan kulit WA tapi tak jumpa. Try pakai Safi Rania dan Bio Essence pun tak serasi. Dulu WA pernah pakai Essence dari Korea. Brand apa entah lupa, dah habis. Nak beli lagi tak tahu macam mana sebab benda tu dapat free dulu-dulu. So, dalam banyak-banyak Essence dari Korea, WA fokus kat Missha.

Sebab pertama, WA jenis suka tengok review kat youtube dan blog. Then tersuka tanpa sengaja sebab ingredients natural. Sebab kedua, WA tengok sendiri review kat Althea. Makk aii! Ramai rupanya suka Essence dari Missha ni! Pilihan WA tepat selama ni. Hahaha!

Essence ni korang pakai selepas toner dan sebelum serum. Essence ni lebih kurang macam gabungan toner dan serum. Cair macam toner tapi tak sepekat macam serum. Essence ni fungsi dia macam penampal kulit yang rosak dan pelembab kulit hingga ke lapisan dalam gitu. Orang Korea WAJIB ada essence dan dorang tak pernah tinggalkan essence dalan step skincare mereka. No wonderlah kulit halus mulus kan?
Haa, ini salah satu sebab kenapa WA suka dengan Missha Essence ni. Dia gunakan Purple Barley yang ada di sekitar kawasan gunung Himalaya. Tak sabar nak guna tau! Kena habiskan dulu saki baki skincare lama sebelum try ini.

3. Etude House Double Lasting Foundation (30g) - RM61.00
Sebenarnya dah habis dah list produk dalam wishlist yang WA masukkan. Tapi yang ini tak termasuk dalam wishlist. Hahaha! Disebabkan bajet tak cukup sangat nak beli yang Klairs tu, WA pilih foundation ini sebab saja nak try! WA makeup lover, tu yang gatal nak try juga foundation baru. Ramai kata foundation dari Etude House ini bagus. So WA pun tengoklah review kat youtube dan memang banyak review yang positif. So apa salahnya beli kan? Lalalalalala~~~
Dan bestlah sebab ia ada pump. Ada sesetengah foundation tiada pump. Sangat leceh okayy. Nasiblah Etude House ni friendly user. Hihi. Btw, kod yang ada kat Althea cuma kod Sand. Rasanya semua sesuai kot pakai sebab tak cerah sangat dan tak gelap sangat. Nanti dah cuba, WA akan update kat blog juga ya.

DONE!! So total semua WA shopping dengan harga RM284.00. Serius weii! Hahaha~ Tapi berbaloi sebab wishlist ni dah lama tau dan Althea baik hati bagi redeem points sekali! Yeayy~ Thanks so much Althea coz helping me~ Korang pula beli apa? Dah share belum kat blog? Kalau dah, tinggalkan sekali link kat bawah boleh WA singgah nanti. Kbyee~

Shopping Althea
|
|
\/