SHO Ampoule Mask Menjadi Pilihan | Sebagai seorang wanita, kadang-kala kita merasakan bahawa diri ini sangat memerlukan waktu untuk memanjakan diri supaya tidak kelihatan mudah lesu dan tidak bermaya sepanjang hari. Anda seorang anak perempuan, seorang ibu, seorang isteri, malah mungkin seorang wanita yang berkerjaya dan kita terlepas pandang untuk menjaga penampilan wajah sehingga timbulnya kedutan di muka disebabkan stress dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan.
Pergi sahaja ke salon kecantikan untuk buat rawatan muka kan senang. Adakah kita sendiri sempat pergi ke sana jika tiada masa? Kalau WA memang tidak sempat untuk ke sana sebab macam-macam kerja yang perlu dilakukan. Apatah lagi dengan masa untuk 'Me Time' apabila kita banyak benda yang hendak dibuat. Setelah memerhatikan beberapa produk yang sesuai untuk memanjakan muka, akhirnya WA memilih inisiatif untuk membuat rawatan muka yang berkualiti di rumah sahaja.
Kini, anda boleh memilih untuk membuat rawatan muka di rumah dengan berkualiti iaitu dengan Special Homecare Origin (SHO) Ampoule Mask. SHO merupakan jenama penjagaan kulit Korea yang menggabungkan rawatan kecantikan dan Sains. Konsep utama SHO adalah menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit halus untuk wanita yang berkerjaya membuat rawatan muka berkualiti dari rumah. Kalau anda nak tahu, orang Korea kebanyakkannya suka memakai mask di rumah, kerana itulah waktu yang sesuai untuk manjakan kulit muka dengan tenang.
Apa itu SHO?
SHO merupakan produk yang telah dikeluarkan oleh pengeluar kosmetik terbaik dari Korea dibawah piawaian yang ketat untuk memastikan kualiti dan sijil ISO diiktiraf di peringkat antarabangsa. Apa yang penting, semua produk SHO bebas dari bahan-bahan yang berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Minyak Mineral, Sulfat, Paraben dan Acrylamide, bahkan ia juga selamat untuk wanita yang hamil. Wahh! Ini yang WA suka. Sebab kita dapat menggunakannya dengan selamat tanpa risau.
Untuk pengetahuan anda, SHO telah mengeluarkan 2 jenis rangkaian produk iaitu ampoule dan ampoule mask. Tapi, kali ini WA akan highlightkan mengenai ampoule mask sahaja.
Setelah jumpa SHO ampoule mask, WA sangat teruja untuk mencuba kelima-lima jenis mask ini kerana setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan yang berbeza dan ternyata kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang WA ada untuk rawat muka di rumah. SHO ampoule mask mempunyai 5 jenis ampoule mask iaitu :
1. SHO Madecassoside Ampoule Mask
2. SHO Vita AA2G Ampoule Mask
3. SHO Peptide Ampoule Mask
4. SHO Aqua Hyaluronic Ampoule Mask
5. SHO Red Ginseng Ampoule Mask
1. SHO Madecassoside Ampoule Mask
Mask ini mengandungi Madecassoside, dimana ianya sangat berkesan untuk menenangkan dan memberi perlindungan pada kulit yang kering dan letih oleh rangsangan luar. Selain itu, ia juga menggunakan bahan seperti Delima, air bunga Rosa Centifolia yang merupakan bahan aktif yang dipenuhi dengan red vital energy, dapat membantu kulit kekal menjadi lebih sihat.
Feedback WA :
Apa yang bestnya masa WA pakai, selepas sahaja buka mask ini, kulit terasa lembut dan segar seperti baru sahaja membuat rawatan muka. Serius best sangat kalau anda inginkan rasa ketenangan boleh gunakan mask Madecassoside ini.
2. SHO Vita AA2G Ampoule Mask
Bahan-bahan yang terdapat di dalam Vita.AA2G ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit gelap dan kusam kerana ia mempunyai kandungan deratif Vitamin C yang stabil dimana sesiapa sahaja dengan pelbagai jenis kulit boleh menggunakannya tanpa kerengsaan. Antaranya ialah Sea Buckthorn fruit extract dikenali kerana mengandungi vitamin dapat menenangkan kulit sensitif dan mengekalkan kesihatan kulit.
Ekstrak mutiara juga digunakan untuk merawat kulit dengan mengekalkan hidrasi supaya kulit anda akan menjadi lancar daripada sebelumnya. Bukan itu sahaja, dalam mask ini juga menggunakan tumbuhan yang paling banyak Vitamin C di dunia iaitu Ekstrak Kakadu Plum.
Penggunaan Asid Hyaluronic yang terkenal dengan keupayaan penghidratan juga boleh membuat kulit anda rasa lembap dan terhidrat. Dengan campuran bahan-bahan yang terkandung dalam AA2G ini, ia dapat menghasilkan kulit yang berseri-seri.
Feedback WA :
Tak sah kalau cuba mana-mana mask tiada yang untuk mencerahkan kulit. Mask AA2G ini sangat kaya dengan kandungan Vitamin C dan ternyata ianya membantu dalam menyamakan tona kulit WA dan kelihatan lebih naik seri wajah. Auuchhh!
3. SHO Peptide Ampoule Mask
Ia dinamakan Peptide Ampoule Mask kerana berfungsi untuk membantu meningkatkan tahap keanjalan kulit, melembap, mengekal serta mengukuhkan kulit dan ia mengandungi bahan-bahan seperti berikut :
i) Acetyl Hexapeptide-8, Hydrolyzed Collagen & Elastin :
Untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit supaya kulit lebih lembut dan sihat.
ii) Marine originated Collagen & Adenosin :
Kedua-dua bahan ini mempunyai kesan yang tinggi iaitu berfungsi sebagai anti kedutan bagi memperbaiki kedutan dan menganjalkan kulit.
iii) Hyaluronic Acid :
Berfungsi untuk memberi kelembapan pada kulit.
Feedback WA :
Jika anda sudah melewati umur 30-an, anda wajib try mask ini untuk memperbaiki kedutan pada kulit. WA dah cuba dan rasa kulit lebih anjal dan tegang.
4. SHO Aqua Hyaluronic Ampoule Mask
Penggunaan mask ini sesuai untuk orang yang kulit kering khususnya, kerana dengan penggunaan harian ia dapat mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit. Ini kerana mask ini mengandungi Hyaluronic Acid dan bahan-bahan lain yang dirumus khas untuk melembap, meningkatkan tekstur kulit dan perlindungan pada kulit yang mengalami kerengsaan dan memastikan ianya terhidrat sepanjang hari.
Propolis Extract dan Rosa Damascena Flower Water digunakan dan merupakan bahan aktif dalam mask ini berfungsi untuk meningkatkan tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan jelas.
Feedback WA:
Siapa yang tak tahu lagi fungsi Hyaluronic Acid ni? Haa, sangat bagus okay kalau anda nak kulit anda sentiasa lembap sepanjang hari. Sesuai sangat dengan skin WA yang kering ni!
5. SHO Red Ginseng Ampoule Mask
Mask ini dicipta untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mempunyai khasiat yang baik dengan pelbagai ramuan ubatan seperti Red Ginseng, Mulberry Root, Licorice dan lain-lain. Anda boleh menggunakan mask ini ketika kulit anda kurang nutrisi. Mask Red Ginseng ini mengandungi 42% ekstrak Red Ginseng dan bahan-bahan lain telahpun dirumus khas untuk membekalkan nutrien, memulih dan melembapkan kulit :
i) Ekstrak Red Ginseng :
Menghidupkan dan menyuburkan kulit.
ii) Camellia Oil :
Membantu memberi keseimbangan antara air dan minyak di permukaan kulit bagi meningkatkan tekstur kulit.
iii) Theobroma Cacao Seed Extract :
Antioksidan dan anti-aging untuk kulit.
Feedback WA :
Tak sangka yang Red Ginseng mempunyai khasiat yang sangat bagus dalam membekalkan nutrisi pada kulit. No wonderlah bangsa Cina suka menggunakan ubatan tradisional untuk kesihatan dan kecantikan.
Ciri-Ciri SHO Ampoule Mask :
- Hypoallergenic Mask Sheet : Mempunyai lekatan yang tinggi dan memberi kesan lembapan dan selamat digunakan pada kulit anda.
- Convenient Home Care Product : Produk penjagaan kulit muka yang mudah dilakukan dirumah dengan membolehkan anda menikmati rawatan klinik Estetik dalam rumah sendiri dengan selesa.
- High Adhesive Environmentally : Material sangat eco friendly (Cupra Sheet).
- Sufficient Capacity : Kapasiti yang mencukupi dengan kehadiran ampoule mask yang banyak
Cuma agak masalah sedikit kerana mask ini tidak mengikut saiz muka orang Malaysia yang kebanyakkannya besar dan lebar seperti WA. Hahaha! Bahagian mata agak kecil sedikit. Mungkin kerana orang Korea saiz matanya yang kecil. Hehehe..
Dan yang pastinya cupra sheet ini tidak mudah mengalir ampoulenya kerana mempunyai lekatan yang tinggi dan mask ini mempunyai helaian yang sederhana tebal tetapi tidak mudah dikoyak dan diregangkan.
SHO ampoule mask ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana tidak mempunyai bahan-bahan yang berbahaya. Pssstt, bukan itu sahaja, kaum lelaki juga boleh cuba pakai mask ini.
SHO ampoule mask ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana tidak mempunyai bahan-bahan yang berbahaya. Pssstt, bukan itu sahaja, kaum lelaki juga boleh cuba pakai mask ini.
SHO Ampoule Mask - 7 helai untuk setiap jenis mask (27ml sebotol) - RM159
Jika anda ingin berminat untuk mencuba rangkaian produk SHO Malaysia ini, anda boleh dapatkan di 50 outlet SASA terpilih seluruh negara atau laman sesawang dan media sosial mereka :
29 Comments
serious best produk SHO ni..akak guna yang wrinkle tu..mmg best gilerr
ReplyDeletetak pernah lagi guna mask.Dan last guna mask ni pon masa remaja.. sebab ina jnis kulit sensitif. Tapi kalo jenis ni..,macam seronok je nak mencuba.KHASiat pun menarik ni
ReplyDeleteWah macam best je produk SHO ni. Nanti nak survey la.
ReplyDeleteSampai sekarang masih setia dengan SHO memang best dan berkesan dengan kulit ayu..in love dah dengan SHO
ReplyDeleteBROKER TERPERCAYA
ReplyDeleteTRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......
Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!
teringinnya nak guna..terutamanya yang vita AA2G tu.. sebab nak samakan tona wajah :)
ReplyDeleteBanyak jenis ada ya.. Harga pun okay.. Bila2 boleh la beli kalau ke sasa nanti
ReplyDeletesejenis serum yang unik dipakai. menariklah wa. ramai yang suka pakai serum SHO ni.
ReplyDeletebestnya airah ada baca banyak review produk ni semua bagi positif feedback.lepasni nak try la sebab airah memang suka cuba skincare baru
ReplyDeleteHaritu ada terbaca juga tentang ni. Ada rakan blogger pun gunapakai ni. Katanya best.
ReplyDeleteWah, bestnya. Boleh try ni beli tak nak cantik juga macam wawa
ReplyDeleteEh, silap type. Nak cantik juga macam wawa
DeleteKalo tkde ms ke salon kecantikan bole wat sdiri kt umh ye guna produk ni..wanita ngan kecantikan berpisah tiada..tq for sharing psl produk ni
ReplyDeleteI applied this just now. Love the rich texture but easy absorption. So far it really works well for my skin. No more dry skin. Mine really moisturize well.
ReplyDeletetak pernah dengar brand SHO ni. nampak macam berkualiti. dari korea plak tu..kalau anda peluang nanti boleh try
ReplyDeleteMask kita nak juga guna lah sebab dah rasa muka ni makin berkedut lah hehehe tengok yang ni banyak jenis dan ada yang macam sesuai dengan keperluan kulit kita lah ok boleh pergi beli ni....
ReplyDeleteI read many good reviews about this mask brand, hopefully i can try them soon.
ReplyDeleteBanyak jenis bergantung dengan masalah kulit. Pilihan mask yang bagus ni. Auni suka pakai paper mask berbanding masker sebab pakak masker mesti mula breakout. Boleh cuba mask brand ni.
ReplyDeleteProduct kosmetik Korea ke biasanya nya memang diyakini kualitinya. Skrg tak susah2 nak shopping byk2 product kosmetik kalau Melancong ke Korea, kat sini pun dah boleh dpt
ReplyDeleteBanyaknya jenis mask dia..ada juga ikut umur ye..bagusla..tengok macam best je..packaging dia comel je..suka pakai mask jenis topeng ni..terus pakai
ReplyDeletecomelnya packaging mask dia..agak unik...bagus bila ada produk penjagaan diri diberikan mengikut kesesuaian usia..at least dapat menggunakan produk yang betul dan sesuai
ReplyDeleteI just finished my first can, this mask is like the best, after using it my face will be glowing the next day, I saw sasa is having promotions, think I'll stock up.
ReplyDeleteSy peminat mask muka, lepas guna rasa segar dan yakin nak tunjuk muka walaupun tak mekap. Haha
ReplyDeleteAkak memang suka face mask. Paling senang dan tak sememeh. Hehe. Sebab akak tak sempat la nak buka satu2 produk utk pakai. Kalau ada face mask ada semua kebaikan. Lagi bagus.
ReplyDeletelooks like it's a great ampoule mask.. looks nice and great... i wanna try and use it too!
ReplyDeleteHomeCare Origin (SHO ini sangat membantu kita bisa rawatan dirumah aja. Bagi wanita aktif nih cocok buat mengefesienkan waktu. Pun irit ongkos hehee
ReplyDeleteSampai sekarang TB masih merasakan ampoule mask dia paling best sebab banyak collagen dan sheetmask dia best
ReplyDeleteApesal packaging dia macam comel sangat ni, hehe. Ampoule mask memang biasanya best, kulit rasa moist je lepas pakai.
ReplyDeleteGreetings! I suppose that you are the only one who mentioned this product and reviewed it appropriately. Thanks for your feedback!
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)