Makeup 2 Minit | Pernah tak korang lambat nak pergi kerja atau pergi mana-mana majlis penting sampai terlupa nak uruskan penampilan diri? Jangan buat selalu tau, kita kenalah jaga penampilan diri supaya nampak lebih kemas dan kelihatan berseri, barulah bos naikkan pangkat dan gaji. Ehhh, tetiba pulak! Hehehe..

Mesti korang pernah lupa nak berdandan sebab tak sempat kan? Yelah, orang perempuan ni kalau nak bermakeup, ambil masa berjam-jam untuk siap makeup. Kadang-kadang buat suami tertunggu-tunggu manalah isterinya tak turun-turun. Rupanya masih ralit dok makeup. Psssttt.. WA macam tu juga. Hahah! Tapi itu dululah, sekarang dah tak lambat dah kalau nak buat daily makeup sebab WA dah jumpa barangan kosmetik yang boleh bantu WA siap dengan cepat. Tentunya Ephyra Matte Glow Foundation dan Ephyra Lipmatte.

Ephyra yang dahulunya dikenali dengan produk-produk seperti penjagaan kulit seperti skincare dan supplemen (minuman kolagen), kini Ephyra telah melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk berbentuk kosmetik. Sebelum ini Ephyra telahpun mengeluarkan 10 warna lipsmatte. Dan kini, ia telah mengeluarkan produk baharu iaitu Ephyra Matte Glow Foundation dan ditambah dengan kehadiran 2 warna lipmatte lagi iaitu Katty Cherry dan Ruby Chic. Ini telah menjadikan 12 warna Ephyra Lips Matte.

WA memang sejenis manusia yang kaki makeup. Dan WA suka belajar makeup sampai WA rasa seronok rupanya conteng-conteng muka ni. Sampailah WA jadi bidang terjun makeupkan orang. Last-last WA sendiri buat part time job as a freelance makeup bila WA free. Dan bila WA dapat tahu Ephyra keluarkan foundation, serius excited sangat. I am a makeup lover right? Hikhik.. Pula tu sekarang WA memang tengah mencari foundation untuk kegunaan harian. Alhamdulillah, Ephyra memudahkan kerja WA untuk bersiap pantas dengan makeup 2 minit calit-calit dah siap!

Ephyra Matte Glow Foundation

Produk keluaran terbaru dari Ephyra iaitu Ephyra Matte Glow Foundation ini baru sahaja dilancarkan pada 1 Jun 2018 yang lepas dan WA telah mencubanya. Banyak fungsi dan kelebihan yang ada pada Ephyra Matte Glow Foundation (bedak asas) ini. Antaranya ialah :

1. Ringan (lightweight)
2. Tekstur yang tidak berminyak dan bila dipakai tidak rasa melekit pada muka
3. Tidak membuat liang pori tersumbat
4. Memberi kesan glowing
5. Mengandungi SPF30 bagi melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB
6. Full coverage - menutup parut dan cela dimuka (kulit lebih licin & lembut)
7. Kawalan minyak selama 12 jam bagi menahan dari muka berminyak
8. Tahan sehingga 12 jam 
9. Mudah diblend dengan jari (dak bercapuk)
10. Membantu mencerahkan jerawat dan memudarkan parut jeragat
11. Membantu melembapkan kulit muka sepanjang hari
12. Mempunyai 1 kod sahaja & berubah mengikut tona kulit masing-masing secara natural
13. Jimat - guna sikit sahaja dah cukup beri effect yang menarik

Foundation ini kaya dengan Vitamin E bagi melembap, melembut, dan mencerahkan kulit serta memudarkan parut jerawat di muka. Bayangkan, ianya sangat mudah untuk dipakai walau sedikit tapi ia mampu memberi effect glowing dimuka. Sesuai dengan semua jenis kulit muka kerana ianya tidak mempunyai bahan-bahan yang membuat kulit muka rasa terlalu kering dan ianya selamat digunakan.

Nampak tak tekstur foundation ini? Ianya sejenis cecair yang tidak berminyak kerana ia adalah foundation water based dan memberi effect finishing matte glow. Mudah diblend dengan jaro dan tidak bercapuk. Sesuai bagi mereka yang kulit berminyak untuk mengambil foundation jenis water based. Effect glow dimuka itu merupakan effect glowing hasil dari foundation tersebut, bukanlah berminyak. Nak tahu tips ringkas bagaimana untuk elak muka kelihatan berminyak? Baca sampai habis tau.

Inilah hasil WA makeup 2 minit dengan menggunakan Ephyra Matte Glow Foundation bersama Ephyra Lips Matte. WA hanya menggunakan teknik solekan yang natural untuk routine daily makeup WA sahaja. Dan ternyata ianya memang menarik. Kulit sebenar WA adalah kusam sedikit dan mempunyai tona kulit yang tidak sekata. Untuk gambar ini WA blend menggunakan brush (sebab buat video terbiasa guna brush). Tapi untuk harian yang lain, WA guna jari sahaja dan sangat mudah.

** Muka WA tengah tiada masalah sangat seperti dahulu, tapi sedikit kusam & tona kulit tidak sekata dan kering. Tapi bila apply foundation ni muka nampak lebih smooth & beri effect glowing.

Bekas yang kecil ini jangan pandang sebelah mata tau. Dengan bekas sekecil (15ml) inilah ia mampu tahan sehingga 1-3 bulan okeh. Haa, jangan main-main dengan saiz ini. Sekali guna hanya sekali picit mampu cover satu muka. WA menggunakan Ephyra foundation ini tanpa oleskan sebarang loose/compact powder sebab nak tengok kesan matte glow dia. Memang superb! Dia jadi matte terus dimuka dan glow selepas beberapa minit.

Akan tetapi, untuk makeup yang tebal, disarankan untuk menggunakan loose/compact powder juga ye sebabnya.. Okay ini tips ringkas lah ea.. Jika anda kulit mudah berminyak, dan memerlukan untuk bermakeup tebal, disarankan untuk apply powder selepas foundation untuk elak kulit nampak terlalu berminyak campur shining. WA dah cuba, dan kulit WA mudah berminyak jika cuaca panas terik. Jadi, bila lihat kulit seakan berminyak (actually ia glowing tapi campur minyak sedikit), muka akan nampak basah. Jadi, WA terus apply loose powder, dan hasilnya menjadi seperti yang asal (tanpa oles sebarang bedak). So, untuk yang kulit minyak, jangan khuatir okeh? Ikut je tips ringkas ni, its easy right? :)

Ephyra Lips Matte (Katty Cherry & Ruby Chic)

Untuk menampakkan wajah lebih berseri selepas menggunakan Ephyra Matte Glow Foundation, alang-alang tu apa salahnya kita apply pula dengan warna baharu dari Ephyra Lips Matte. Tapi, susah kan nak jumpa lips matte yang tahan lama dan tak keringkan bibir? Hmm.. Yeke??

Sepanjang pengeluaran Ephyra Lips Matte, ia memberi kesan terhadap pengguna dan ramai mengatakan bahawa ianya sangat best. Nak tahu juga kan apa yang bestnya tu....

Fungsi & Kelebihan Ephyra Lips Matte

1. Mesra Wudhuk - Senang dicuci menggunakan tisu basah sahaja
2. Mempunyai Kolagen, Vitamin E & Jojoba Oil bagi melembap & merawat kulit kering atau kulit gelap di bibir
3. Tekstur Creamy To Matte - di awal penggunaan 'creamy', kemudian dalam beberapa saat ia kering menjadi matte tetapi tidak mengeringkan bibir 
4. Non Waterproof tetapi tahan lama selama 6 jam penggunaan
5. Long-lasting & lightweight - Tahan lama dan ringan (seperti tidak memakai lipstick), tidak melekit dan tidak berminyak

Ini contoh pertama WA menggunakan Ephyra Lips Matte kod Ruby Chic. Hanya oles sedikit sahaja di bibir dan hasilnya tampak lebih natural dengan warna oren kemerahan. Kulit Bibir WA jenis gelap sedikit dan bila apply warna ni, WA fikir nampak macam oren sangat, rupanya tidak. Lebih natural. I like this color!

Warna-warna Ephyra Lips Matte tak pernah tak lawa tau. Kadang-kadang sampai rambang mata nak pilih mana satu nak pakai. Yang ini pula adalah kod Katty Cherry. Warna dia lebih kepada warna pink cherry. Maksudnya macam lebih kurang pink kemerahan yang lembut.

Haa, nampak tak hasil pemakaian kod warna Katty Cherry? Ia macam warna pink lembut atau orang panggil dusty pink gitulah. Warna yang tidak begitu menonjol, tapi cantik. I like this color too! Hehehe.. Tetiba perasan muda pula. Hahaha!

Mana video WA oiii?? Aiikk, nak tengok juga ke video makeup 2 minit jerr yang WA dah buat? Ini video berdurasi 1 minit (sebab cepatkan sikit), asalnya 2 minit lebih.

Penangan produk Ephyra Cosmetics, buat WA jatuh cinta dengan produk-produk dia tau. Sekarang WA dah jumpa foundation harian WA. Senang nak apply, lips matte dia pun WA buat jadikan sebagai blusher. Hihi! Lipsmatte tahan lama dan tak keringkan bibir pula tu. Mudah sangatlah nak makeup dengan 2 barang dan 2 minit jee untuk bersiap!

==========================================================================

Korang berminat nak beli ke? Kalau korang minat, jom dapatkan segera sebelum cuti raya ni. Tak sabar nak selfie raya guna produk Ephyra Cosmetics. Bolehlah kita bershantekk-shantekk dengan produk Ephyra! Yeepppiiii!!!!!

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari website https://oceanlife2u.com/ atau pun laman social tersebut :

Facebook :

Instagram :