Produk BioXcellent | Seringkali kita mempunyai masalah seperti kulit kusam, kulit tidak anjal dan mempunyai masalah payudara tidak tegang pada wajah dan badan. Kadang-kadang terfikir juga apakah produk yang bersesuaian dengan tubuh badan kita. Bila lihat wajah tak bermaya dan kusam ni, rasa macam moody je. Jadi, WA segera mencari produk apa yang sesuai untuk mengembalikan seri wajah dan badan sekali.

WA terjumpa satu produk ini iaitu BioXcellent di laman Facebook, kemudian WA baca segala maklumat yang ada dan apa yang sesuai dengan yang WA cari kerana WA mencari supplemen untuk kecantikan tubuh badan dan wajah, dan dapati ia kini terdapat di Watsons. Maka, bergegaslah WA pergi ke Watsons untuk memilih produk yang WA kehendaki. Kali ini, WA fokus kepada 2 jenis produk dari BioXcellent iaitu Colla White Diamond dan Cupplus White. Kenapa WA perlukan ia? Baca siapa habis entri ini kalau nak tahu sebab apa dan apa fungsi kedua-dua produk ini.

Produk BioXcellent Diyakini Selamat atau Tidak?

Memandangkan ia merupakan makanan tambahan, mungkin ramai yang was-was untuk mengambilnya. Tapi jangan risau sebab produk ini telah mendapat pengiktirafan oleh Asia Pacific Super Health Brand Excellence, 100% menggunakan bahan semulajadi dan mempunyai GMP certified.

kelulusan & pengiktirafan yang telah disahkan

BIOXCELLENT COLLA WHITE DIAMOND

BioXcellent Tripeptide Colla W. Diamond merupakan minuman campuran botani dan ia dapat memberi kesan cepat seawal 7 hari penggunaan. Dengan penggunaan ini, kulit akan merasa lebih cerah, anjal, gebu, lembap, kulit muka tidak kering, jerawat mulai kecut dan apabila bangun dari tidur, badan akan rasa lebih segar dan bertenaga.

Antara kelebihan yang ada pada Colla White Diamond ialah :
1. Membaik pulih struktur kulit
2. Kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
3. Menghilangkan garisan halus dan kedutan
4. Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
5. Mengatasi kulit bermasalah seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan bintik hitam
6. Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
7. Mencantikan kuku lebih kuat dan atasi keguguran rambut
8. Sesuai untuk lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke atas
9. Mengatasi lenguh badan
10. Ramuan premium membekalkan zat penting pada kulit

Bukan itu sahaja, ianya sangat sesuai bagi anda yang mengalami masalah kulit kusam dan tona tidak sekata seperti WA kerana ianya mengandungi bahan-bahan yang terbaik seperti :
  • Campuran beri (diperkaya dengan anti oksidan)
  • Collagen Tripeptide
  • Astaxanthin
  • Acacia gum
  • Ekstrak buah anggur
  • Tomato
  • Epal
  • Strawberi & Buah delima
Apa kata WA mengenai Colla White Diamond? 
Tonton video di bawah!


Cara pengambilan :
Campurkan 1 skop  (20gram) ke dalam 200ml/250ml air sejuk atau suam, kemudian kacau atau goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.

Bagaimanapun, kolagen dan astaxanthin tidak sesuai bagi mereka yang mengalami alahan makanan laut. Macam mana kita nak tahu kita ada alahan laut?
Tapi, apakah kaitan antara makanan laut dengan kolagen dan astaxanthin?

Kolagen yang digunakan dalam sesetengah produk BioXcellent mengandungi sumber laut. Manakala, astaxanthin yang digunakan dalam sesetengah produk BioXcellent pula mengandungi sumber laut atau udang.

BIOXCELLENT CUPPLUS WHITE

BioXcellent Cupplus White adalah produk untuk payudara dan pencerahan kulit. Ramuan dalam Cupplus White ini telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, keanjalan payudara dan kulit cerah bersinar. Cupplus White sangat sesuai buat para ibu dan wanita yang mengalami masalah kekenduran aset berharga selepas beranak-pinak atau bagi mereka yang ingin menegangkannya.

Apakah Kelebihan Cupplus White?
1. Menambahkan saiz payudara, menjadikan ia lebih pejal dan tegang
2. Memadatkan punggung yang kendur dan jatuh
3. Mencerah serta menggebukan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara)
4. Mengetatkan vagina, mencegah keputihan dan senggugut
5. Menghangatkan hubungan suami isteri
6. Menambah tenaga dan kecergasan
7. Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan terbantut
8. Menghalus dan menegangkan kulit payudara
9. Menaikkan payudara yang kendur dan jatuh
10. Memontokkan payudara

Cupplus White mengandungi bahan-bahan utama seperti :
  • Acacia gum
  • Pueraria lobata
  • Buah betik
  • Ubi bit merah
  • Ekstrak halba/fenugreek
Buat pengetahuan anda, khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengambilan dan pengurangan berat badan disampingkan menghaluskan kulit dan menjadi wajah kelihatan seperti awet muda. Malah, ia juga mampu mengecutkan otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran darah haid lebih teratur.

Cara pengambilan :
Sama seperti pengambilan Colla White Diamond. Tuangkan 1 skop (20gram) ke dalam 200ml/250ml air sejuk atau suam. Kemudian kacau atau goncang sehingga larut di dalam air dan segera minum.

video pengambilan 

Walau bagaimanapun, diingatkan kepada anda semua, bahawa kesan sesuatu produk ke atas setiap individu mengikut keserasian badan masing-masing. Dan ia mempunyai beberapa tips dan pantang larang seperti berikut :
Tips/pantang larang mengamalkan BioXcellent :
  • Untuk masalah jerawat sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya
  • Elakkan pengambilan kafein kerana dapat mempercepatkan penuaan
  • Stop pengambilan semasa period kerana sistem penyerapan badan masih lemah dan bazir jika teruskan minum
  • Jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika anda mengambil ubat dari hospital/klinik
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung atau ibu menyusu kecuali produk slimming/detox (Boleh dapatkan pendapat doktor sebelum guna)
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik
  • Jika mempunyai masalah kesihatan sila rujuk kepada doktor atau pakar kesihatan sebelum mengambil apa-apa produk 
** Maka, pastikan anda minum air masak secukupnya ye jangan malas-malas pula nanti hasil pun tak menjadi. Sia-sia je nanti anda minum tak ada hasil. Hehehe...

Apa Feedback WA Selepas Mengamalkan Produk BioXcellent?

WA mengambil kedua-dua produk dari BioXcellent ini secara berselang-seli setiap hari. Hari ini ambil Cupplus White, esok pula Colla White Diamond. Hanya boleh mengambil 1 skop sekali pengambilan untuk sehari sahaja. Tetapi jika tidak sihat seperti demam, WA mengambil hanya 1/2 skop sehari sahaja.

Setelah hampir sebulan WA mengamalkan produk Colla White Diamond, kulit WA terasa lebih halus dan dapat mengurangkan bintik hitam yang terdapat di hidung. Dan yang pastinya kulit lebih terasa lembap dan membuat kulit lebih berseri kerana dapat mengurangkan kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata seperti sebelum ini. Yelah, ada orang tegur kulit nampak bersih dan cerah berseri dari sebelum ini kalau tanpa makeup. Sukanya lahaiii :)

Haa, kalau korang nak tahu Cupplus White ini bukan sahaja fokus pada menegangkan payudara sahaja tau. Mentang-mentanglah tertulis menegangkan payudara, tapi ia dapat membantu mengurangkan keputihan dan senggugut yang anda alami sebelum ini. Selalunya kan perempuan ada mengalami senggugut awal sebelum period, jadi ia membantu mengurangkan period pain anda juga.

Malah, ia juga dapat mencerahkan kulit sekitarnya dan WA dapati masalah keputihan WA berkurangan dan tidak mudah rasa senggugut yang kuat. 'Aset wanita' pun terjaga gitu. Hehe.. Tambahan pula, WA rasa lebih cergas dan senang untuk melakukan aktiviti tanpa mudah rasa penat.

===========================================================================
Harga sebekas hanya RM66 sahaja dan tahan untuk 30 hari (pengambilan sebulan).

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk-produk dari BioXcellent, anda bolehlah pergi membeli di Watsons yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia atau di Lazada.

Atau, anda boleh melayari laman sesawang dan laman media social mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut di :-

Website : www.bioxcellent.com/

Facebook : www.facebook.com/bioxcellentherbs/

Instagram : www.instagram.com/bioxcellent/