7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 | Sebenarnya WA dah lama berblogging start dari tahun 2010. Tapi terpaksa kurangkan aktiviti blog sebab WA nak fokus pada zaman study dulu dan hanya share cerita mengenai life WA sahaja. Alah, dulu-dulu kan suka merepek. Hehe.. So, pada tahun 2016 WA dah start berblogging secara serius sehinggalah kini. 

Dulu, macam-macam nama blog yang WA guna. Sampaikan ada nama ballonkecot.blogspot lagi! Haa, kelakar kan nama blog WA masa dulu? Mana idea tu datang pun WA tak tahu. Kalau korang nak tahu, niche blog ada bermacam jenis. Ada yang lifestyle, beauty, travel, parenting dan lain-lain lagi. Macam WA lebih pada Beauty & Lifestyle. Kadang-kadang je lari dari niche tapi readers tetap ada.


Lifestyle blogger ini selalunya perilaku seseorang yang suka share bersama readers samada dari segi aktiviti, minat, pandangan diri terhadap sesuatu. Senang kata cara hidup merekalah. Kadang-kadang bila terfikir sesuatu mesti kita nak menulis. Tapi janganlah share benda meroyan pula. Kalau status syok sendiri atau meroyan, itu dah dikira non lifestyle. Hihi...

Oklah, malas bebel panjang. Mari tengok siapakah 7 blogger lifestyle pilihan 2018 kali ini.

7 BLOGGER LIFESTYLE PILIHAN 2018

1. Zaza Iman (blog - www.zazaiman.com)

Tak pasti dah berapa lama WA kenal Zaza di alam maya. Belum pernah lagi berjumpa sebab jauh. Mula-mula kenal ingat Zaza ni muda tau dalam 21 tahun ke. Rupanya Zaza tua sikit dari WA. Tapi still nampak comel kan? Tapi disebabkan WA dah serasi panggil nama Zaza, so WA biasakan panggil nama sahaja pun boleh kan?

Dalam blog Zaza ni banyak juga info. Zaza rajin share tentang beauty, lifestyle apa yang Zaza buat dalam diri dia atau apa yang dia beli mesti dia akan share. Dan ada juga tips yang berguna. Paling WA minat bila beliau ada share mengenai buku motivasi. Dan tak lupa juga, WA suka tengok Zaza share tentang OOTD beliau bila meragakan apa-apa jenis pakaian. Comel. Hehehe..

2. Tengku Butang (blog - www.tengkubutang.com)

Tak silap WA baru jugalah friend dekat facebook. Tapi sebelum tu selalu juga nampak nama TB ni muncul dalam blog WA, mungkin kitaorang ada pernah blogwalking dulu-dulu kot. Hehehe. First kenal WA ingat nama TB ni memang ada butang, rupanya butang nama kucing peliharaan TB.

Blog TB ni banyak share tips, review, resepi dan lifestyle beliau bersama anak dan kucing. Cute gila anak TB yang bernama Harraz ni. Dan TB sekarang dah rajin juga buat live dekat FB. Hehe.. 

3. Syamimi Saad (blog - www.syamimisaaad.com)

Blogger Syamimi atau lebih dikenali dengan Mimi (Wawa panggil mimi senang), merupakan seorang ibu keoada 2 orang anak. Actually, WA pun baru juga kenal dengan Mimi, itupun sebab kitaorang join group. Tak sure umur berapa sebab nampak muda-muda je. Hehe..

Apa yang ada kat blog Mimi ni dia suka share resepi, lifestyle beliau, review atau pengiklanan dan juga mengenai parenting blogger. Memang sesuai sangat niche dia. Kadang-kadang ada terselit tips rumahtangga atau berpasangan. So, siapa nak cari tips gitu, boleh singgah blog Mimi tau.

4. Nur Alja (blog - www.cahayapermata.my)

Pemilik blog ini bernama Nur Alja dan umur beliau bawah WA. Selalu panggil Alja je sebab beliau pun membahasakan diri dengan panggilan Alja. Masa mula-mula kenal di facebook, WA seringkali nak terpanggil Najla. Huhu. Tak pasti kenapa nama blog Cahaya Permata, mungkin maksud dalam arab Nur Alja adalah Cahaya Permata.

Alja ni suka sangat share gambar makan tau. Lagi-lagi kalau dia pergi event food review. Kadang-kadang beliau ada share juga mengenai lifestyle diri sendiri dan beberapa tips dan review produk. Alja lebih suka kongsi apa yang terlintas di hati beliau dan disimpan  sebagai kenangan seperti tagline blog beliau. Hehe..

5. Hazirah Shah (blog - www.iuzira.com)

Comel loteh Zira ni tau. Dan dia seorang yang aktif menyertai pelbagai event. Mungkin sebab yelah beliau dah lama berblogging dan dekat dengan event tersebut. Hehe. WA mulai kenal beliau semasa melihat gambar SBB tahun bila tak pasti. Tak pernah berjumpa lagi.

Blog Zira ini banyak juga share mengenai tips yang pelbagai, motivasi, review produk, tentang kehidupan Zira, dan juga event yang beliau pergi. Dan beliau juga ada menjual tisu basah dan lain-lain dari jenama IMAAN SUCI tau. Kadang-kadang ada juga tips atau tutorial dari blog beliau WA baca. 

6. Diana Rashid (blog - www.dianarashid.com)

Rasanya majoriti ramai dah kenal kak Diana kita ni. Antara blogger yang suka share mengenai pandangan beliau, resepi, info kesihatan atau tips, dan yang paling best beliau suka sangat share cerita seram, viral atau hiburan. WA kalau singgah blog kak Diana ni, WA suka singgah senyap-senyap dan baca. Hihi... Lagi-lagi cerita hot letopss dan info yang berkaitan.

Korang kalau nak macam-macam info yang berguna boleh singgah blog kak Diana ni sebab beliau sejenis yang tidak lokek share apa yang beliau tahu. Kalau bosan-bosan pula, boleh layan cerita seram di malam Jumaat. Hehehe...

7. Sharifah Asyikin (blog - www.cikash.com)

Last sekali, WA kenal kak Ekin pun tak adalah dah lama sangat. Baru jugalah. Tapi tak ingat dari mana kita kenal. Tapi blog kak Ekin memang banyak info boleh dapat. Ada mengenai kehidupan sendiri, apa yang beliau minat buat, review produk, isu semasa, tips dan info terkini dan macam-macam lagi. 

Dan kak Ekin ada juga buat review untuk cerita drama tau. Kadang-kadang nak tahu mesti WA akan buka blog kak Ekin senyap-senyap juga skodeng info mengenai drama tv. Hehehe...


Cukup sudah setakat ini 7 blogger lifestyle pilihan 2018 kali ini. Jangan lupa follow mereka untuk dapatkan info terkini tau :)