Bare Essentials | Hello uollss, I'm coming back now! Ada yang rindu WA tak? Mesti ada kan nak tengok apa update terkini yang WA nak share. Haa, jangan risaulah sebab memang WA ada benda nak share dengan ladies ni. Nak tahu tak pasal apa? Ofkoslah pasal penjagaan muka wanita. 

Actually, WA nak share dengan uolls tentang skincare dari Korea tau. Nak tahu skincare apa? Korang kenalah baca sampai penghujung bicara WA nanti tau. Jangan skip-skip nanti WA merajuk. Hahaha! Mehh, WA nak perkenalkan satu rangkaian skincare terbaharu dari ALTHEA iaitu Bare Essentials! Ehh, kejap? Althea tu apa? Oppss, ada yang tak tahu. Okay, WA terangkan kejap ye.

ALTHEA merupakan satu website yang menjual barang direct dari Korea dengan pelbagai jenama dan kini boleh mendapatkan jenama ALTHEA sendiri kerana Althea sudah mengeluarkan produk sendiri. Dulu, Althea telah mengeluarkan sejenis loose powder bernama Petal Velvet Powder dan kini boleh dapatkan dengan rangkaian skincare 3 in 1 sahaja. 

Inilah dia rangkaian skincare dari ALTHEA Bare Essentials. Cantik sangat packagingnya yang serba putih ini. Semasa menerima set ini, WA menerima sekotak berwarna pink yang cute dan berisi 3 skincare Althea beserta free cermin ajaib, batu marmar dan juga 5 keping set travel kit.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan segar, minimumkan wajah anda dengan 3 steps mudah sahaja iaitu dengan menggayakan 3 skincare Althea Bare Essentials yang terdiri daripada Contour Cleanser, Primer Water dan Fixer Cream ini. Dan kulit anda bakal melengkapkan makeup. Yelah, orang kata, nak makeup cantik, kenalah jaga kulit betul-betul. So, WA nak mencuba sendiri dan merasai perbezaannya.

3 Steps Mudah Dengan Althea Bare Essentials Skincare!

Dengan Althea Bare Essentials ini, hanya memerlukan 3 steps sahaja dan mudah untuk menjaga wajah anda dan melembapkan kulit muka.

1. Contour Cleanser
2. Primer Water
3. Fixer Cream

Pembersih muka sangat penting untuk kulit muka kita untuk mencuci segala kotoran di muka. Contour Cleanser merupakan pembersih yang kaya dan mempunyai buih dimana ia dapat menghilangkan kotoran di samping dapat meningkatkan peredaran darah supaya dapat bentuk V dibahagian rahang muka. WA guna pun rasa macam bentuk sikit muka WA ni tak nampak sangat double chin. Hihi!

Bukan itu sahaja, malah ia mengandungi kapsul mikro yang bertindak secara perlahan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan melembapkan kulit supaya berasa segar dan dapat mengurangkan bengkak di muka untuk kelihatan lebih jelas terbentuk raut wajah. 

Countour Cleanser ini mengandungi 2 bahan utama iaitu :
  • Ice Plant - Berfungsi untuk menghidrat dan mengurangkan kemerahan
  • Lemon Myrtle - Kaya dengan vitamin C dan oksidan serta dapat menguatkan kulit
Cara penggunaan sangat mudah, hanya basahkan sedikit muka, kemudian picit sedikit pembersih muka ini dan gosok di tangan sehingga keluar buih yang banyak dan sapu ke muka dengan urutan tarik ke atas dan buat gerakan bulat. Dan bilas hingga bersih. Anda akan dapati kulit anda terasa lebih sejuk dan lembap segar!

Untuk step yang ke-2, Primer Water ini bertindak sebagai toner muka. Ia bertindak untuk menghidrat dan menjaga lapisan kulit muka. Primer ini berasaskan air tetapi bukan cecair 100% ia seperti air yang sedikit pekat teksturnya. Akan tetapi, ia sejenis 'dewdrop' iaitu berfungsi untuk melembutkan dan meningkatkan tahap kelembutan kulit muka serta tona kulit muka yang tidak sekata.

WA suka sangat dengan tekstur Primer Water ini sebab ia cepat meresap ke dalam kulit dan membuatkan kulit lebih licin dan segar. Untuk Primer Water, ia mengandungi 2 bahan utama :
  • Snow Lotus - Melicinkan dan mencerahkan kulit teksturnya
  • Patented 'Dewdrop' formulation - Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera dan berkesan
Cara penggunaan : 

Hanya titiskan ke telapak tangan atau boleh menggunakan kapas. Kemudian, sapu ke seluruh wajah dengan dap dap sahaja sehingga meresap ke kulit. WA lebih selesa terus titiskan ke tangan.


Last step adalah menggunakan Fixer Cream. Apa yang bestnya dengan cream ini, ia boleh bertindak sebagai krim siang dan malam. Ia dapat memberi penghidratan yang berpanjangan selama 24 jam di samping dapat menembusi jauh ke lapisan dalam kulit dan mudah meresap ke kulit tanpa merasa melekat. Teskturnya pekat tapi mudah untuk di apply.

Fixer Cream ini mampu membuat kulit rasa lembap dan sejuk dan ia melengkapkan penjagaan wajah dengan mudah hanya dengan 3 langkah menggunakan skincare ini. Bau yang wangi seperti bau lemon + teh hijau amat menenangkan.

Ia mengandungi 3 bahan utama yang terdiri daripada :

  • Trehalose - Berkuasa untuk mengekalkan kelembapan kulit
  • Wild Green Tea - Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan yang penuh
  • Baobab Tree Extract - Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu pengeluaran kolagen
Althea Bare Essentials sesuai dengan semua jenis kulit jadi tiada masalah jika anda ingin mencubanya. Boleh beli satu set terus dan dapatkan cermin ajaib secara percuma sementara stok masih ada!

After Using Althea Bare Essentials 3 Weeks

Kesemua skincare ini WA suka sangat tekstur dan bau harumannya, malah memang mudah untuk menggunakan tidak perlu banyak produk. Selama 3 minggu penggunaan skincare ini, WA rasa kulit bertambah lembut dan lembap serta membuat kulit rasa lebih segar dari sebelum ini. Cumanya, cream dia agak rasa minyak sikit bila nak cuci muka. Tapi dari hasil penggunaan, memang tiada masalah!

Untuk dapatkan set rangkaian Althea Bare Essentials ini, anda bolehlah layari laman sesawang ALTHEA www.althea.kr atau laman social berikut :