Thursday, February 22, 2018

# bare for bare # review

BARE for BARE Body Care | Body Wash & Lotion


Bare for Bare | Penjagaan diri amat penting bagi kita supaya kulit badan lebih terjaga, sihat dan halus mulus seperti kulit baby. Bukan hanya penjagaan muka sahaja tau. Atau korang ada tabiat spesis macam tu jugak? Hehehe :)

Terkini, Wawa telah diperkenalkan dengan satu satu penjagaan badan iaitu Bare for Bare. Jenama ini adalah berasal dari Singapura dan kini sudah di dapati di Malaysia terutama di SASA outlet. Buat pengetahuan anda, Bare for Bare diciptakan khas dari 100% ekstrak botani tulen yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi, herba, akar, bunga, buah-buahan dan daun atau benih. Bare for Bare mempunyai 2 pilihan iaitu Body Care dan Hair Care.

Bahan utama yang terdapat dalam Bare for Bare adalah :
  • Lemongrass (Serai)
  • Ginger (Halia)
  • Bergamot
  • Geranium
  • Rosemary from Sepanyol
  • Green Tea from China
  • Peppermint from India

Walau bagaimanapun, Untuk Bare for Bare Body Care Series 300ml mempunyai 4 jenis :
  1. Body Care Rosemary
  2. Body Care Lemongrass & Ginger
  3. Body Care Bergamot & Geranium
  4. Body Care Green Tea

Bare for Bare telah mencampurkan kesemuanya dengan minyak pati (essential oils) dan dihasilkan dengan berhati-hati supaya dapat menghasilkan bau haruman aroma terapi yang lembut dan lebih santai. Dan yang pastinya ianya juga bebas dari ujikaji dengan haiwan serta tidak mengandungi produk berunsur haiwan, Paraben-Free.

Bare for Bare Body Care (Bergamot & Geranium)

Akhirnya, pilihan WA adalah Body Care Bergamot & Geranium. Untuk Body Care Series terdapat body wash dan lotion samada 300ml atau 500ml supaya lebih tenang dan pembersihan yang lebih mendalam. Haruman yang lembut ini sangat menyegarkan dan menenangkan. Set ini sesuai juga jika dijadikan sebagai hadiah sempena anniversary, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Body Care Body Wash 300ml

Dengan kehadiran haruman yang menenangkan, ianya mampu memberi ketenangan diri ketika kita berasa diri terlalu letih dari kerja seharian. Seakan bau minyak wangi yang halus dan lembut sahaja.

Body Care Lotion 300ml

Jika anda mempunyai kulit kering atau ingin kulih lebih berseri, boleh amalkan guna lotion ini. Ini kerana, ianya dapat memberi kelembapan berpanjangan selama 24 jam. WA bukanlah seorang pengguna lotion, tapi kadang-kadang bila rasa kulit macam kering je WA akan sapu lotion ini supaya kulit lebih lembap.

==========================================================================

Jika anda berminat untuk mendapatkannya dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk Bare for Bare ini, anda bolehlah melayari laman sesawang berikut :




Atau, bolehlah direct membeli di shopping online seperti LAZADA (www.lazada.com.my/shop/ecobliss), SHOPEE (www.shopee.com.my/shop/15927978/) atau 11 STREET (www.11street.my/store/bare)

13 comments:

  1. Box dia lawa la Wawa..
    memang sesuai untuk bagi hadiah kan...

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat set ni bolehlah fefeling ber spa di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga...sbb dia mcm ala2 spa gitu..

      Delete
  3. Woah! Great for all skin types that don't experience skin sensitivity and fantastic for post-workout refreshing!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tengok produk ni, best ke? Wangi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi....xtau la bau yg lain....ada 4 jenis

      Delete
  5. Packaging cantik dan eksklusif. Lelas ni wawa lg bertambah wangi la sbb ada essential oil dlmnya.

    ReplyDelete
  6. pergh.. bahan2 dia.. semua yang tb suka .. Lemongrass (Serai), Ginger (Halia) ,Rosemary Peppermint .. i likeee.. boleh la try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan TB...kita pon suka....bahan semula jadi

      Delete
  7. macam kene grab jee body car ni. hehehe

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)