Hijab Bersesuaian Warna Kulit | Pemakaian hijab sangat penting untuk kita tahu warna apa yang sesuai dengan kulit kita sendiri. Tapi tidak semua mengikut fesyen yang betul dan akhirnya penampilan berhijab nampak janggal di mata sendiri atau orang lain.

Oleh itu, kita perlulah tahu hijab mana yang sesuai dengan warna kulit kita supaya ianya kelihatan lebih menarik dan berfesyen, asalkan masih menepati syariah. Tona warna pakaian mahupun hijab sangat penting untuk kita tahu tau bukan boleh sembrono aje. Hehehe...

1. KULIT PUTIH

Untuk kulit putih, anda digalakkan untuk memilih warna yang kontra dari kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah, ungu dan oren. Warna-warna seperti itu akan membuat raut wajah anda tampil lebih cerah dan bercahaya. Elakkan atau kurangkan dari memilih warna-warna yang pudar seperti kuning cair atau pastel kerana ia boleh membuatkan muka anda nampak kusam dan tidak bermaya.

2. KULIT KUNING LANGSAT

Pilihlah warna yang terang seperti kuning, merah, biru, hijau dan pink untuk digayakan. Elakkan dari memakai warna coklat gelap atau krim kerana warna tersebut akan menjadikan kulit muka nampak kelam dan kusam.

3. KULIT SAWO MATANG

Jangan memilih warna yang seakan kulit sawo matang iaitu coklat gelap atau kelabu kerana pemilihan warna tersebut akan membuat penimpalan nampak suram dam kelam iaitu tidak terlalu menonjol. Pemilihan warna pastel, terang dan gelap sangat membantu menaikkan penampilan anda seperti merah hati atau ungu.

4. KULIT GELAP

Elakkan dari menggayakan dengan warna kusam iaitu coklat gelap lerana ia boleh tenggelamkan penampilan anda. Cuba beranikan diri dengan mengenakan warna terang seperti merah, oren, kuning dan royal blue yang bersesuaian dengan kulit gelap. Dengan menonjolkan warna yang kontra terhadap warna kulit anda dapat menaikkan seri muka dan kelihatan lebih segar.

Haa, selepas ini bolehlah anda praktikkan supaya penampilan anda nampak lebih berseri. WA pun nak perbaiki penampilan WA lepas ini sebab WA berkulit kuning langsat iaitu medium. Patutlah ramai cakap WA sesuai warna pink. Ehh? Hahahha..

Bagaimana pula dengan korang?