Friday, January 20, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 9 - Seseorang Yang Membanggakan Saya




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 9 - Seseorang Yang Membanggakan Saya | Mujur entri kali ini senang. Dan tak perlu berfikir lebih sebab apa? Haa, baca sampai habislah. Mana boleh baca separuh kan? Hehehe...


Inilah abah Wawa. Sorry guna gambar lama dah berapa tahun dah ni. Abah jenis tak suka bergambar. Kalau bergambar pun spontan je dapat sikit snap.. huhu..

Sebab apa Wawa pilih abah? Sebab abahlah ayah, abahlah ibu. Arwah mak ninggal tahun 2005. Abah kalau boleh semua dia nak buat. Abahlah banyak tolong kat anak-anak walaupun masa tu abah tak berapa mampu lagi. Harap anak-anak lain tidaklah terlampau menyusahkan abah sedangkan perit lelah abah kita tak nampak tapi kita senang-senang minta macam-macam. Moga suatu hari nanti Wawa dapat jaga abah dengan baik sampailah ke akhir hayat. InshaaAllah.


See u gaiss for the next entry. Daaa~

Thursday, January 19, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 8 - Gambar Makanan Yang Sedang Dimakan




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 8 - Gambar Makanan Yang Sedang Dimakan | Nampaknya Wawa dah ketinggalan kereta api mengejar yang lain dah masuk hari ke-16 hari ini. Tak apa Wawa try kejar korang juga dengan update 2 perenggan pendek.. Haha !

Sebenarnya gambar ni nak update semalam tapi tak terupdate so Wawa up la ye.. Gambar makanan yang sedang dimakan? Hmmm.. semua makan tolak batu kayu besi..hehehe...


Wawa masak bendi goreng dengan asam pedas ayam. Favourite Wawa adalah Asam Pedas Ikan Pari tapi Ayam ni kira alternatif punya... Nampak tak selera kan rupa? Yang penting dapat masuk mulut perut kenyang pun dah mencukupi. Hahahah!



Ok, taip untuk next day pulak ! Bye~

Thursday, January 12, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 7 - Sedang Buat Apa Hari ini ?




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 7 - Sedang Buat Apa Hari ini ? | Sorry sebab Wawa lewat update semalam punya entry. Sebenarnya boleh je update tajuk ni untuk hari ini tapi Wawa malas nak tangguh-tangguh. Nanti makin lama nak habis update entry ikut tajuk.

Semalam buat apa? Hmm, sebenarnya semalam buat kerja rumah je. Hihi.. Waktu pagi buat apa yang patut. Kemudian tengahari masak. Lepas tu petang pulak Wawa tak ingat. Hahaha ! Ohh, lupa semalam Wawa kemaskini apa yang ada dalam hardisk Wawa. Susun cerita Korea lama-lama punya. Sebab Wawa suka bersepah letak. Hahahaha ! :D

Cerita Wawa ada ni tak banyak sebab sejak Wawa hilang hardisk masa konvo 2014, Jadi cerita pon tak banyak cam dulu sampai tak muat dah hardisk nak save cerita english, korea, hindustan, melayu, thai seram dan koleksi cerita seram yang aku simpan. Tak percaya ke aku peminat cerita seram dari cinta.. Kekeke~

susun episod Running Man

Cerita Korea Lama + Baru sikit

Kalau hardisk Wawa yang tu tak hilang, rasanya dah nak ratus dah koleksi cerita. Haha... Tapi takpelah, Wawa budak baik. Walaupun banyak cerita selain Korea, tapi percaya tak korang Wawa banyak lagi tak tengok? Wawa tahu kumpulkan je tapi tak reti nak tengok semua. Kekeke ~


OKlah, tu je dapat Wawa ceritakan. Babaiii!~

Wednesday, January 11, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 6 - Gambar Bermakeup & Tanpa Makeup





31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 6 - Gambar Bermakeup & Tanpa Makeup | Ini entry sangat mencabar. Dan minta maaf korang sebab Wawa takde idea nak bagi tajuk. Main letak je tajuk ni. Ampunnn !!! 

Sebenarnya Wawa tak pro pasal makeup, masih newbies dan masih belajar lagi. Entri ni sepatutnya kena bagi gambar yang bermakeup byself bukan MUA or sesiapa makeupkan tau. Tapi lupa nak bagitahu uolls jangan letak gambar orang lain makeupkan.

Wawa nak share gambar Wawa sebelum dan selepas makeup jelah. Kira sama lah maksud dia makeup dan tanpa makeup. Hihihi.... Tapi semuanya Wawa buat simple aje bukan makeup tebal.. Ulang sekali lagi, semuanya hanya makeup simple sebab untuk diri sendiri :)



Makeup sendiri je mampu. Ini semua just simple je makeupnya. Masa makeup ni pun main tibai je barang yang nampak dicapai. Kening tu jangan cakaplah sebab Wawa tak reti ukir kening cacat sebelah tu.. Hahaha!



Ini Wawa makeup sendiri juga. Masa ni saja-saja makeup sebab nak test foumdation baru. Tetiba tengok kening je yang menjadi dari yang lain. Memang betullah orang kata, kalau sekali buat jadi mesti lagi sekali tak berapa menjadi. Ke sebab masa ni tiada gangguan tu yang jadi? Kahkahkah!


Oklah, takyah lelama tengok. Burukkk !!! Hahaha.. See u next entry ! Bye~


Tuesday, January 10, 2017

Milagro Coffee | Minuman Kesihatan Penyakit Kencing Manis



Milagro Coffee - Minuman Kesihatan Penyakit Kencing Manis | Di abad ini, makin tinggi peratus penyakit diabetes yang dihidapi oleh orang Malaysia. Ianya berada di tahap yang membimbangkan, Kebanyakkan orang sanggup berhabis duit dengan makanan yang tidak sihat  tanpa memikirkan kesihatan diri.

Memang tidak dinafikan, keluarga Wawa antara penghidap kencing manis dan juga darah tinggi. Alhamdulillah, setakat ni Wawa tiada penyakit kencing manis tapi hanya darah tinggi atau saintifiknya hypertencion. Walaupun begitu, Wawa tetap mengambil berat tentang kesihatan diri dan cuba untuk menghidarinya dari terus kekal dalam badan kita.

Pot pet pot pet je... mesti anda nak tahu kan apa tu Milagro Coffee


Apa itu MILAGRO COFFEE?

Milagro Coffee merupakan satu produk minuman kesihatan TIDAK BERKAFEIN yang diekstrak dari pokok patawali dan diadun dengan bahan lain yang terdiri dari halia, lada hitam, robusta, arabika dan juga garam gunung menjadikan ia minuman 7 dalam 1 dimana ia sangat membantu kita mengawal dan mencegah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Ianya sangat baik dalam :-

  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Membekalkan antioksidan yang tinggi
  • Mengurangkan keletihan kronik
  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan sakit perut dan ulu hati
  • Menurunkan berat badan
  • Menyembuhkan osteoporosis
  • Melegakan demam selsema
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Merangsang aktiviti fizikal



Dari mana dapat perkataan MILAGRO ?

Haa, bukan sembarangan cipta nama tapi ada maksud tersendiri. Milagro diambil dari 3 bahasa iaitu ;

Melayu - Ajaib
English - Miracle
Spain - Milagro

Milagro adalah singkatan dari perkataan ;

MIL - singkatan dari million herba yang diciptakan oleh Allah S.W.T di bumi, dan
AGRO - bermaksud asli dalam ciptaan Allah S.W.T

Unik kan nama MILAGRO COFFEE? Bukan itu sahaj, Milagro Coffee juga membantu merawat, mencegah dan mengawal penyakit seperti :

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Sakit Sendi
  • Kanser
  • Cergas Badan
  • Bertenaga
  • Keradangan
  • Alahan
  • Batuk
  • Demam Malaria
  • Menguatkan Tenaga Batin
  • Awet Muda



Dimaklumkan, herba utama yang digunakan dalam Milagro Coffee adalah Tinospora Crispa atau dikenali 'Patawali' atau dipanggil 'Akar Seruntun' mengikut panggilan orang Melayu. Tinospora Crispa telah pun digunakan rami pengamal tradisional untuk pelbagai rawatan seperti demam, tekanan darah tinggi, luka, cacing usus, jangkitan kulit dan juga hyperglisemia. Selain daripada itu, ianya juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ekstrak akues disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.




MILAGRO COFFEE DALAM MEDIA 

MILAGRO diasaskan oleh Salmah Hayyan, iaitu Pengarah Urusan dari Aqid Aqila Resources Sdn Bhd. Produk beliau iaitu MILAGRO COFFEE telah dirasmikan oleh MATRADE.





Produk minuman Milagro Coffee pernah disiarkan di Harian Metro. Milagro ini juga bakal diperkenalkan melalui billboard. Selain itu,  produk ini juga akan diviralkan di media social. Terbaru, Milagro Coffee akan dibantu di radio IKIM.FM.


TESTIMONI -TESTIMONI PENGGUNA 




Testimoni-testimoni yang berjaya. Ada yang boleh turunkan berat badan, melegakan rasa senggugut, atasi masalah kebas tangan dan kaki dan juga penyakit kencing manis.


Pengalaman Wawa mencuba Milagro Coffee

Sekarang Wawa nak cerita sedikit pengalaman Wawa setelah mencuba Milagro Coffee. Fisrt Wawa cuba masa tu Wawa tengah demam hampir nak seminggu. Alhamdulillah, dengan mengamalkan minum kopi ini, demam Wawa berkurangan dan tenaga kembali pulih sedikit. 

Rasa kopi ini pahit dan tak manis. Tapi takdelah rasa teruk. Sedap juga rasa dia. Dah kata minuman kesihatan, takkan nak letak gula kan? Tapi memang masih boleh telan lagi sebab rasa macam minum air kelapa + kopi .. hehehe..

Dan yang paling menarik, sepanjang Wawa amalkan kopi ini, walaupun Wawa dalam keadaan tertekan disebabkan nak menguruskan hal kerja blog dan lain-lain, alhamdulillah setakat ini Wawa tidak alami tekanan darah tinggi. Selalunya Wawa akan merasa stress walaupun benda kecil sehingga sakit kepala yang teruk.



PELUANG MENJANA PENDAPATAN BERSAMA MILAGRO



Pihak Milagro mempelawa anda bagi yang ingin menjana pendapatan bersama mereka dengan menjadi stokis atau ejen-ejen berdekatan. Jangan lepaskan peluang untuk sertai!




Bagi yang ingin dapatkan MILAGRO COFFEE, boleh dapatkan dengan berharga RM55 sekotak sahaja! Atau anda boleh hubungi di maklumat yang tertera ;



Instagram : @milagro_coffee

Boleh juga terus direct contact di whatsapp di talian 012 - 370 2676


SERTAI PERADUAN MENANG DUIT DAN PRODUK MILAGRO

1. Beli 1 kotak produk Milagro Coffee (WAJIB) dan selfie bersama produk Milagro Coffee

2. Buat satu entry dengan tajuk mesti ada perkataan "MILAGRO COFFEE"

3. Rakam satu video kreatif minum Milagro Coffee yang berdurasi antara 1 hingga 3 minit dan upload ke facebook masing-masing

4. Penyertaan yang mempunyai LIKE & SHARE terbanyak dikira sebagai pemenang

Hadiah peraduan :

Tempat Pertama :
CASH  MONEY BERNILAI RM1500 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Tempat Kedua :
CASH  MONEY BERNILAI RM1000 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Tempat Ketiga :
CASH  MONEY BERNILAI RM500 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Saguhati :
CASH  MONEY BERNILAI RM250 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG



Monday, January 9, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 5 - 6 Perkataan Menggambarkan Diri





31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 5 - 6 Perkataan Menggambarkan Diri | Kali ini Wawa tanya husband sebab kalau Wawa buat sendiri nanti semuanya positif jer Wawa tulis. Haha! So tanya husband lagi patut kot (walhal ada je gaduh sat semalam semua nak bagi negatif). Tolonglah puji bini ni sikit ker... Kekekeke....



6 Perkataan Menggambarkan Diri

Korang mesti tak sabar nak tau kan? Wawa lagilah tak sabar nak bagitau :D

1. Kuat Makan 

Idea dari suami. Dia kata Wawa kuat makan kalau sekali makan tu berkali-kali tambah kalau sedap! Haha... Wawa jarang makan malam. Tapi sejak kahwin ni kena ikut sekali makan malam bila husband ajak makan. Nak tak nak kena bukak mulut dan ngaappppp... Haha~ Selera bertambah-tambah kalau orang mengajak makan... Kahkahkah! :)

2. Mudah Bergaul

Ini fakta kalau jadi anak bongsu, dan memang ada dalam diri Wawa. Sebab apa? Prinsip Wawa adalah kalau orang tu tak tegur kita, sampai bila-bila kita takkan tegur orang tu. Nampak sombong kan? Hahaha.. Tapi kita peramah sangat tau. Kalau dah bertegur, berbual macam dah lama kawan. Wawa dah serik nak tegur orang dulu sebab pernah kena! Wawa tegur, tapi orang tak bagi respons siap jeling lagi. Haktuihh! Hahaha~

3. Degil

Haa, bab ni memang diakui diri sendiri plus idea husband. Haha! Suka buat kepala sendiri. Degil gila la senang kata. Kalau boleh nak buat ikut kepala sendiri, idea atau cakap orang lain tak nak dengar. Itulah anak bongsu.. kekeke.. Degil-degil pon takdelah tahap nakal orang kata. Cuma taknak dengar cakap jer.. Tapi last-last buat juga apa yang dicakapkan tadi. Hehehe~

4. Pemaaf

Husband kata Wawa jenis mudah memaafkan orang, sebab dia dah pernah kena kot. Haha! :p Jangan marah yerr... kekekeke.... Wawa ni jenis walaupun sakit hati ke terasa hati ke dengan orang, Wawa mudah maafkan walaupun dalam hati hanya Allah je tahu betapa marahnya kita ni. Dan Wawa jenis tak suka pendam lama-lama. Kalau tak suka Wawa direct je cakap depan-depan atau berkias. Bila lepaskan, baru rasa takpelah, maafkan jelah... Haaa, gitttuuuuu ~

5. Tak Suka Di Arah / Mendesak

Haa, tang ni pon setuju sangat! Fakta anak bongsu. Haha! Pantang bila di arah atau disuruh dengan gaya mendesak. Contoh, dah cakap sekali tapi diulangi banyak kali. Kan macam mendesak tu. Wawa lebih suka buat hal sendiri, buat tanpa disuruh atau pun di arah tapi jangan desak berkali-kali sebab boleh jadi stress. Orang ada HyperTension mana boleh di arah atau didesak. Tension woooo...

6. Minat K-Drama

Hahaha! Ini tak boleh blah husband bagi. Dia kata Wawa minat K-Drama. Yuppp! betul memang minat. Tapi sorry laa, bukan fanatik just minat cerita yang best-best jer lagi-lagi bab cerita zaman istana dulu-dulu atau cerita tentang doktor ke atau tentang godam ke.. Wawa masih simpan koleksi cerita yang lama sampai sekarang dalam hardisk. Kalau betul-betul bosan baru Wawa ngadap tengok. Tapi sekarang dah jarang sebab dah kahwin dan job review pon banyak.


Haaa, bernas jugak idea husband ni... takdelah jem kepala otak nak pikir lama!


See u next entry ni memerlukan sebelum dan selepas..Fuhhh!! Okbaii~


#jdtblogger    #31dayschallengebyjdtblogger

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 4 - Ada Apa Di Dalam Beg?




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 4 - Ada Apa Di Dalam Beg? | Kalau tau ritu cancelkan tajuk ni. Hahaha! Menyesal pulak bagi idea tajuk ni... adoiii laa... Dah macam nak sportcheck beg je nak tau apa ada dalam beg.

Oklah, Wawa bagi juga walaupun dah terlambat nak menyesal :D Actually, Wawa ada banyak beg. Tapi Wawa bagi handbeg dan juga beg makeup jelah. Korang nak tahu apa ada dalam handbag Wawa selain handphone? Mesti korang pikir beg Wawa macam kapal karam kan? Hihi...


Tadaaaa...... Sikit je kan? Sebab apa sikit? Wawa tak suka banyak-banyak sebab kalau jalan-jalan, beli barang ke nak tengok wayang ke, Wawa akan sumbat masuk dalam handbag sembunyikan.. Haha! Bijak tak Wawa? kekekeke.... 

Barang yang ada adalah monopod, wet tissue, purse, foundation harian, perfume VS, bedak Miyami, gula-gula berangin dan juga beberapa jenis lipstick/lipsgloss. Kenapa tu lagi banyak? Sebab Wawa selalu selalu tukar warna. Kalau pergi pakai yang gelap, nak balik guna yang nude... hehehehe...

Sekarang untuk beg makeup. Actually, Wawa ada 2 beg makeup. Tapi Wawa just tunjuk beg makeup harian atau simple jelah ea.. Yang lagi satu beg tu baru full barang makeup untuk customer.


Beg makeup tu arwah mak punya, dulu kemas-kemas jumpa so dari buang better guna. Haa, nampak tak barang apa tu? Abaikan rupa bulus-bulus dan beauty blender sponge tu, tak sempat nak basuh. 

Ini adalah barang makeup simple Wawa. Digunakan untuk keluar berjalan tapi takdelah semua guna kalau nak keluar, pilih juga mana satu nak guna time nak keluar. Kadang kalau malas sangat, Wawa guna je barang yang ada dalam handbag. 


Inilah rupa barang makeup yang Wawa guna. Kadang untuk review ke apa ke.. Ada yang dapat free ada yang beli ada yang .... apa-apa jelah.. hahaha! Untuk diri sendiri kita guna yang local tapi harga standardlah boleh tahan juga nak dapatkan tu... kekekeke.....

Beg makeup lagi satu kalau nak tunjuk memang penuh lah kot. Tak larat nak snap gambar.. So, dalam beg makeup dan handbag korang ada apa? Sharelah dengan kita. Mahal-mahal kan barang uolls... Kta tunjuk yang basic je dulu okay... Sebab tak pakai sangat pun kadang-kadang jer.. hihi..

Next entry? Haaa... sangat mencabar... kena tanya suami untuk next entry punya tajuk...


#jdtblogger     #31dayschallengebyjdtblogger

Saturday, January 7, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 3 - Gambar Bersama Kawan




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 3 - Gambar Bersama Kawan | Yeay.. dah masuk hari ke 3 join cabaran ni. Macam makin seronok pulak sambil blogwalking blog orang baca entry sekali. Wawa nak share beberapa gambar with friend...



Gambar ni masa Wawa study di USIM.. tak ingat tahun bila. Sekarang ni ramai dah kerja, ada juga yang tak kerja... yang paling penting ramai dah kahwin dan ada juga yang dah ada anak :)

Gambar ini pula masa last final exam kitaorang sebelum latihan industri. Geng rumah sewa kitaorang majoriti satu course. Ada yang dari Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Dalam gambar ni 6 orang dah kahwin termasuklah Wawa.. kekekeke....



Okay, ini pula gambar masa pergi wedding staff tempat praktikal dulu. Praktikal sempat kenal dalam 4 bulan gitu. Ada lagi 2 orang tak join sebab kerja masa ni.. Yang dah kahwin Wawa dengan Fayadh, yang putih-putih melati tu bakal berkahwin. Yang lagi sorang kanan tu single, mybe tidak.. hihi...




Ini gambar last year masa pergi wedding kawan kat Batu Pahat. Akhirnya berjumpa semula kawan masa Maahad Johor dulu. Cantik-cantik dorang tau sekarang, kalah Wawa.. hehehe.. Yang ni tak tahu siapa yang bakal berkahwin setakat ni Wawa sorang je kot yang baru kahwin dalam gambar ni..


Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan sekolah lama semula walaupun sekejap kan. Rasa macam masa tu majlis reunion besar-besaran, Hahahahaha ~~


See u next entry... Daaa !!~


#jdtblogger   #31dayschallengebyjdtblogger

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 2 - Gambar Setahun Lalu




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 2 - Gambar Setahun Lalu | Haha.. Wawa buat tajuk cabaran tapi Wawa sendiri takde idea nak bagi... gambar setahun lepas pun Wawa lupa gambar apakah? Adoii.. makan semut banyak sangat oiii ! Wawa pilih gambar dekat timeline facebook jelah ikut tarikh... aci dokk?? kekekeke :D




Wawa masuk suratkhabar oii ! Jakun jap je pastu dah takde perasaan.. haha.. Instagram Wawa terpilih untuk keluaran Harian Metro masa ni. Terkejut juga sebab tak tahu pape then tetiba ada orang DM kat instagram bagitahu ada keluar paper instagram kita. Hahaha! Gambar spec mata lalat juga keluarnya... Terima kasih dik sebab concern dengan akak. Walhal tak kenal pon... hihi... mungkin dia baca paper kot..




Oklah, kali Wawa bagi gambar yang betul setahun lalu tapi lebih sikitla ea.. haha! Lebih bulan sikit setahun setengah yang lalu.....



Inilah gambar setahun setengah sikit yang lalu.. haha... Gambar apa tuh? Tunang laa..... nak tahu kisah time ni?? Hmm, nantilah Wawa cerita buat entry khas punya... kekekeke... Kalau ada yang nak baru Wawa buat. Kalau tak ramai nak baca malas nak buat.. kahkahkah !!



Ok jumpa next entry ! 



#jdtblogger   #31dayschallengebyjdtblogger

Thursday, January 5, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 1 - Siapakah Saya?






31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 1 - Siapakah Saya? | Amboi first day je dah tanya siapa saya kan? Haha ! Oklah, Wawa malas bebel panjang. Ringkaskan jelah mana boleh ye dakk?

Pengenalan diri :

Nama diberi Nurul Najwa Johari. Berumur 26 tahun untuk tahun 2017. Dilahirkan pada 9 Ogos 1991. Menetap di Kluang Johor. Sudah berkahwin pada tahun lepas tapi takdelah lama, baru 5 bulan gitu... kekeke... Wawa merupakan anak last dari 5 adik-beradik. Anak last tapi tak manja okay. Hahaha! 




Wawa merupakan anak jati Johor. Asal menetap di Johor Bahru kemudian berpindah ke Kluang. Dahulu Wawa sekolah di Sek Ren Islam Ar-Rasyidin (1998), Sek Ren Islam Taman Rinting (1999-2000), Maahad Islamiah at-Tarbiyah at-Tahfiz - SRITT Pasir Gudang (2001-2002), dan kemudian Sri ABIM JB (2002-2003). 

Sekolah menengah pula, Wawa masuk SMA Al-Quran Waddin JB (2004) dan kemudian pindah ke Kluang memasuki Madrasah Arabiah Kluang (2005-2008). Selepas SPM, Wawa melanjutkan pelajaran di Maahad Johor JB (2009) untuk mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Di universiti Wawa study selama 4 tahun (2010-2014) dengan course Ijazah Sarjana Muda Quran dengan Multimedia dengan Kepujian.



Pernah membuat bisnes sendiri dan inshaaAllah akan datang. Dan kini Wawa fulltime blogger. Okaylah, sudah. Tak nak panjang-panjang. Tunggu next entry pula.. hahaha!!





Wednesday, January 4, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger







31 Days Challenge by JDT Blogger | Hai semua.. jom join cabaran 31 hari ni ! Sangat simple dan santai. Satu hari satu entry/gambar/status mengikut tajuk di atas. Mana-mana blogger boleh join bagi meriahkan lagi keadaan. Supaya blog kita sentiasa berupdate dan orang datang baca.

Bukan Blogger boleh join sekali. Hanya post gambar/status di instagram & facebook. Mudah bukan?


Syarat join 31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Post entry menggunakan tajuk "31 Days Challenge by JDT Blogger"
2. Like page  --> JDT Blogger
3. Save and Copy banner di atas dan backlink semula ke ENTRI INI.
4. Paste LINK JOIN ANDA di ruangan komen dibawah


Cara buat  31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Buat 1 entry 1 tajuk setiap hari mengikut urutan no di atas selama 31 hari (31 entry) 
2. Kumpulkan link entry dari 1- 31days di LINK JOIN ANDA untuk semakan
3. Sertakan sekali hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger di setiap entry
4. Komen entry orang lain juga untuk beramah mesra.

** Boleh juga post status/gambar mengikut tajuk dari 1-31days itu dan beserta hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

** 31 Days Challenge by JDT Blogger bermula harini ini iaitu 5 Januari 2017 - 4 Februari 2017

TARIKH TAMAT

4 Februari 2017

NOTED !! Sila update setiap entry anda mengikut hari di ruangan post status di page JDT Blogger. Rujuk page JDT Blogger untuk paste link entry anda.

Ada special gift buat bloggers/followers yang bertuah. Link penyertaan anda akan di update di page JDT Blogger dan juga di blog ini.


Jom join sambil bersantai update entry ! :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara