Reunion with Potluck | Sebenarnya, kami tak terlintas nak buat benda ni semua sebab memandangkan masing-masing busy. Dan WA pun dah tak ingat macam mana boleh timbul idea nak potluck bersama. Tapi kami hanya buat untuk yang berada di Kluang dan Batu Pahat sahaja. Dan tempatnya di homestay ayah kawan di Batu Pahat.

Kami buat kecil-kecilan je, alah orang kata sekadar nak jumpa dan ngobrol-ngobrol aje. Hehehe... Kebetulan yang ada di Kluang dan Batu Pahat masa ini hanya 8 orang, so kami pun bergathering. Bila tu tak pasti tapi macam awal bulan November hari itu. Lupaaa...

Maaflah, gambar makanan potluck WA tak sempat nak tangkap gambar. Sebab dah lapar. Tapi kami buat makanan yang bukan berat sangatlah. So WA hanya boleh up gambar-gambar kami sebelum pulang ke rumah masing-masing. Hehehehe..


Introduce gambar pertama dengan baby. Tapi bukan baby WA tau. Hahahaha! Baby kawan WA je ni. Tengoklah lena gila dia dipangku oleh seketul WA yang badan debab. Moga selepas ini rezeki WA untuk timang anak sendiri pula.


Inilah wajah 8 orang yang hadir ketika itu. Walaupun sikit, tapi bila dah borak nak pecah dinding rumah dengan gelak tawa kami. Hahaha! Dalam ini 4 orang dah kawin yang lain masih menanti. Kekekeke......


Inilah si ibu kepada baby, yang bertudung biru laut tu. Anak dah 3 orang weiii.. Tu WA minta berkat sikit bagi lekat. Hehehe.. Ada rezeki, adalah nanti. Amin.....


Nanti kita berjumpa lagi di lain hari semua. Moga ukhuwah kita sentiasa terjalin hingga ke akhir hayat walaupun andai ada masalah menimpa antara kita.

Btw, inilah sahabat-sahabat WA yang dari sekolah menengah dulu. Kami adalah bekas pelajar dari Madrasah Arabiah Kluang (M.A.K) batch 2004-2008. Ini kawan sekolah menengah WA yang dari Kluang, kalau dari JB sekolah lain. WA masuk M.A.K pun masa tahun 2005 tingkatan 2.