Kelas Makeup Zero to Basic | Hai semua.. Dah lama WA tak update kan. Ehh, baru berapa hari tak update. Hehe... Baiklah, kali ini WA tak nak bebel panjang sebab nak buat entri pendek-pendek je sebab kesuntukan masa.

Baru-baru ini, ada yang tanya WA ada tak buat kelas makeup untuk yang tak tahu langsung pasal makeup, minat makeup tapi nak belajar. First, memang WA tak ada buat kelas sebab WA pun masa belajar lagi. Tapi disebabkan ada yang nak sangat belajar, makanya WA pun buat kelas makeup secara personal sahaja. Sebenarnya 5 orang nak belajar masa tu, tapi WA ambil sorang dahulu sebab WA tak ada masa free. Next mybe turn yang lain pula.

Jannah seorang suri rumah dan minat makeup tapi basic tak ada. Susunan basic pun tak berapa ada. Jadi, dia pun nak belajar dengan WA awal bulan lepas. Dalam kelas WA akan sediakan apa yang perlu disamping membuat demo dan kalau student nak cuba, WA sangat galakkan supaya kita boleh tahu adakah student boleh ingat semula masa rewind. Alhamdulillah, Jannah dah tahu basic yang perlu ada serta step yang betul.

Foundation apa yang sesuai, cara sapuan dan lain-lain lagi. Dan WA juga ada sediakan gift untuk student supaya bila balik, student boleh praktis dengan barang yang WA berikan. Nak lihat tak hasil student buat? Dia memang tak ada asas makeup.


Inilah hasil dari Jannah. Tapi WA demo kan buat kening sebelah kanan dan dia praktis buat sebelah kiri. Tak menjadi tak mengapa, WA dah pesan jangan malu sebab WA pun kadang-kadang kening failed. So apa-apa memang kena sentiasa praktis. Alhamdulillah hidung nampak bentuk terletak. Jannah request nak buat look simple-simple je so terhasillah begini. Kalau Jannah dah mahir yang basic, nanti boleh try yang advanced pula. WA takkan push student untuk look zero to basic buat macam dah pro, sebab kita nak dia praktis betul-betul apa yang dia dah belajar. Lepas ini Jannah kena tunjuk task yang WA berikan untuk dia. Hehehe... Tak sabar nak tunggu...

So, kalau anda tak tahu langsung tentang makeup, step-step apa yang harus ada tu dna berminat nak join kelas makeup WA, bolehlah hubungi WA dimana-mana laman social WA okay. Tapi, kelas zero to basic yang WA buat hanya Makeup Class Zero to Basic di Batu Pahat, Kluang dan Muar sahaja.

Facebook : Wawa Ashihara

Instagram : @wawaashihara