Skincare FromNature Korea | Skincare dari Korea semakin mendapat perhatian dari Malaysia dan juga negara-negara lain. Adakah disebabkan fenomena K-Drama dan Kpop Korea? Hehehe... Jadinya, WA tak terlepas peluang untuk mencuba salah satu skincare dari Korea.


Inilah wajah set skincare dari Korea iaitu FromNature Age Intense Treatment. Kalau korang nak tahu, skincare ini dirumus khas untuk yang berumur dari 26 tahun dan ke atas. Kalau bawah 25 tahun, dah kira bukan kategori Age. Memandangkan WA pun dah berumur 26 tahun dan bakal berganjak ke 27 tahun, memang sesuailah untuk cuba skincare ini untuk mengelakkan kulit berkedut.

Antara produk yang mendapat sambutan hangat adalah Age Intense Treatment series untuk anti kedutan dan memutihkan, Aloe Vera series untuk kulit sensitif dan juga Bio System series untuk menanggalkan makeup.


AGE INTENSE TREATMENT SERIES


1. Age Intense Treatment Cleansing Foam

Pelembap pembersih muka yang mengandungi bahan tulen berfungsi untuk memulihkan keadaan kulit muka iaitu Galactomyces Ferment Filtrate, membersihkan sisa makeup dan menyegarkan kulit dengan kehadiran buih yang lembut. Apa itu Galactomyces?

Menurut kajian, Mereka menjumpai Galactomyces secara tidak sengaja ketika orang membuat arak dan mereka akhirnya mendapati bahawa Galactomyces boleh melicinkan kulit, peredaran darah dan memulihkan semangat semula jadi.

Buat pengetahuan anda, ia bukanlah sejenis cecair yang dibuat untuk minum arak dan memabukkan ye. Bahan tulen tersebut dijumpai semasa mereka membuat kajian dan mendapati orang di sana menggunakannya tanpa muka berkedut. Senang cerita, contohnya air tapai memabukkan, tapi boleh dimakan. Begitu juga Galacromyces ini, bahan digunakan untuk muka bukan diminum menjadikannya arak.




Sesuai bagi mereka yang mencari dan sangat recommended bagi :
  • Orang yang mencari pembersih muka yang tidak berminyak dan menyegarkan
  • Orang yang mencari produk untuk melembapkan kulit kasar 
  • Orang yang mencari pembersih muka bagi memberi kesan kelembapan pada kulit


2. Age Intense Treatment Essence

Essence ini sangat bagus kerana ia mempunyai 95.7% bahan tulen Galactomyces Ferment Filtrate bagi memastikan kulit terhidrasi dan sentiasa lembut dalam jangka masa panjang. Bukan itu sahaja, ia juga membantu meringan kulit secara semula jadi dalam memperbaiki kulit. Oleh itu, Essence ini turut membantu mengimbangi kelembapan pada kulit.

Waktu terbaik menggunakan Essence ini adalah :
  • Apabila kulit terasa kering
  • Apabila kulit terasa kasar dan tidak bermaya
  • Apabila kulit anda terasa hilang keanjalannya
Cara penggunaan sangat senang dengan hanya perlahan-lahan sapu ke muka dengan Essence ini pada kapas selepas membasuh muka dengan pembersih muka.



3. Age Intense Treatment Ampoule

Ampoule ini mengandungi 72.6% bahan tulen Galactomyces Ferment Filtrate kerana ia berfungsi untuk mengurangkan kedutan dan mencerahkan kulit serta membekalkan kelembapan pada kulit dengan penjagaan yang tinggi pada kulit bagi membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Dari kulit yang kering dan kendur kembali normal dengan lebih lembap serta anjal dengan hanya menggunakan ampoule ini.

Sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah :
  • Kulit sensitif dan kering
  • Kulit kasar
  • Hilang keanjalan kulit disebabkan liang pori terbuka
Titiskan sedikit ampoule ke pipi dan ratakan di seluruh muka dan di kawasan bawah dagu. Perlahan-lahan tekapkan ke muka dengan telapak tangan bagi memudahkan ia menyerap ke dalam kulit.



4. Age Intense Treatment Fluid

Fluid/cecair ini berfungsi sebagai menghidupkan semula kulit mati dan memberi keanjalan pada kulit dengan lebih baik dengan kehadiran 80% Galactomyces Ferment Filtrate. Ia membekalkan kelembapan bagi menghidratkan serta membuat kulit berseri, anti kedutan, mencerahkan kulit kusam dan memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata. 

Yang menariknya adalah ia bertindak untuk memberi keseimbangan kulit berminyak dan air untuk mengekalkan kulit dalam keadaan yang terkawal.

Sangat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah kulit :
  • Kulit sensitif dan kering
  • Kulit kusam
  • Hilang keanjalan kulit disebabkan masalah liang pori terbuka
Boleh digunakan sebagai skincare harian pagi dan malam. Selepas menggunakan essence dan ampoule, picit sedikit dan ratakan di pipi, dahi, hidung, kulit di sekitar mulut dan leher.


5. Age Intense Treatment Cream

Dengan mengandungi 81.2% bahan tulen Galactomyces Ferment Filtrate ini, ia bukan sahaja melembapkan rupa kulit, bahkan ia juga melembap dan mencerahkan kulit dengan lebih dalam. Fungi cream ini lebih kurang sama dengan yang lain iaitu membekalkan kelembapan, anti kedutan dan membuat kulit terasa segar dan lembut. Bagi yang menghadapi kulit sensitif, kering, kulit kasar dan kurang anjak bolehlah mencubanya.

Sebagai last penjagaan kulit wajah, sapu sedikit cream ke muka dan urut kawasan muka sehingga ia serap ke dalam kulit.

So far Wawa dah mencubanya selama seminggu dan keadaan kulit muka Wawa berada di tahap yang selesa setakat ini. Memang ia berfungsi melembapkan kulit muka dan buang segala kedutan di muka supaya kelihatan muda sentiasa walaupun sudah berumur. Set skincare Korea FromNature ini sangat best sebab ia tidak mengandungi barang merbahaya. 

Untuk dapatkan produk ini, anda bolehlah layari :


Atau boleh beli di Ezbuy Singapore : ezbuy.sg/seller/products/efromnatureofficial-12382921

Atau ke website online di 11Street : www.11street.my/store/fromnatureofficialstore