Hakubi White C Plus & Gel | Masalah kulit termasuk 'freckles', pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering hasil dari gaya hidup kurang sihat, tekanan dan ketidakseimbangan hormon yang tidak sihat adalah kesukaran yang dihadapi oleh pihak wanita di mana sahaja. Oleh itu, kulit putih dan cerah secara dalaman dan luaran ternyata menjadi impian seorang wanita termasuklah diri WA sendiri.

Oleh yang demikian, Sato Pharmaceutical Co Ltd, satu nama syarikat yang tertubuh dalam penjagaan kesihatan di Jepun, dengan kehadiran di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, kini ia telah melancarkan satu siri pemutihan baru iaitu Hakubi White C Siri dengan L-Cysteine, Vitamin C dan B6 untuk kulit yang sihat.


Sememangnya Vitamin C sangat bagus untuk kulit dan tidak dinafikan juga WA pernah mencuba vitamin C dari farmasi atau Watsons semasa kulit WA tengah breakout ketika mengguna produk local jenis murah dipasaran. Mujur ada Vitamin C tersebut. Tapi kali ini, Wawa sangat tertarik dengan Hakubi White C Siri.

HAKUBI WHITE C PLUS 

Hakubi White C Plus mengandungi formula yang unik bagi menggalakkan kesihatan  kulit dengan membaik pulih tanda-tanda pigmentasi, 'freckles' dan kulit kering disebabkan tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bukan itu sahaja, Hakubi White C Plus juga menawarkan makanan tambahan kesihatan untuk kegunaan harian dalaman bagi memperbaiki kulit.


Hakubi White C Plus, yang mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Pantothenate Kalsium adalah supplement oral kegunaan harian untuk memperbaiki secara dalaman.

Antaranya ialah :
  • Vitamin C adalah antioksidan. Ia menggalakkan penyembuhan
  • Vitamin C dan L-Cysteine menjaga kesihatan tubuh badan
  • L-Csyteine menggalakkan metabolisme kulit
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin 5 membantu Vitamin C kerana ia berfungsi dalam badan. Ia membantu dalam metabolisme karbohidrat serta lemak dan mempunyai kesan detoksifikasi
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisme kulit. Ia membantu menjana semula kulit
Cara pengambilan Hakubi White C Plus ini sangat mudah. Hanya kunyah atau kemam atau telan kapsul sebanyak 2 biji sebelum sarapan, 2 biji sebelum makan tengahari dan 2 biji sebelum tidur untuk kesan yang terbaik.

HAKUBI WHITE C GEL

Hakubi White C Gel dengan kandungan derivatif Vitamin C disapu atas kulit dan meresap serta mengurangkan tandaan dan pigmentasi selain pengeluaran melanin dan menggalakkan metabolisme kulit yang sihat serta berseri.



Hakubi White C Gel adalah satu gel jernih yang mengandungi derivatif Vitamin C dan Ekstrak Licorice dimana ia memperbaiki secara luaran. Contohnya seperti bekas parut jeragat dan lain-lain.

Antara fungsi Hakubi White C Gel adalah :
  • Meresap kulit untuk membersihkan kecacatan dan 'freckles'
  • Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi daripada kecacatan dan 'freckles'
  • Mengetatkan, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia juga mengekalkan kulit yang sihat
  • Melembap dan melindungi kulit
  • Menghalang kulit kering dan jerawat. Kesan antioksidan menghalang jerawat dengan mengurangkan pengoksidaan lemak
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan.
  • Berkesan pada kulit dengan mengaktifkan sintesis kolagen
  • Menghalang bintik hitam selepas rawatan

Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel boleh didapati di semua cawangan Sasa dan Watsons terpilih di seluruh Malaysia.

Untuk harga Hakubi White C Plus 180 biji dijual pada harga RM122.85 manakala Hakubi White C Gel ialah RM97.41.