Stunning - Wangian Baharu Enchanteur | Cantik tak box dari Enchanteur? Besar dan disaluti dengan kain baldu berwarnakan tona peach lembut amat menggamit suasana romantik. Ewaahh! Serius Wawa terkejut masa dapat surprise box ni. Dahlah besar dalam hati fikir bila masa Wawa order barang, rupanya ini adalah surprise dari Enchanteur!

seketul wawa bersama box dari Enchanteur! Cantikkkkkkkk weii!!!
"Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian".. Author C.Joybell C
Setuju dengan pepatah dari beliau, ternyata wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini memang tidak dapat disangkal lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita percaya bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Enchanteur Stunning
ENCHANTEUR adalah jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Si pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang teristimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuklah losyen, deodoran dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berbau harum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah memperbaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi bahan pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

ENCHANTEUR Eau de Toilette boleh didapati pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Cantik kan reka bentuknya? Haruman wangian apatah lagi kan? Hehehe....

Losyen Enchanteur ini boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari 
RM5.40 hingga RM17.60


Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk iaitu stik bebola atau semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40

Manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rankaian pasaraya, pasaraya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau lawati laman facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.