Resepi Ala-Ala Bubur Ayam McD | Resepi paling mudah senang dibuat sampai tambah berkali-kali. Hahaha! kemain mukaddimah yee... Wawa bukan penggemar Mcd, tapi sebab dulu asal nak singgah beli ayam mcd je habis, maka buburlah jadi pilihan. Bubur Nasi atau Nasi air kalau negeri lain panggillah. Kalau Wawa panggil bubur je. Kekeke..

Sebelum mula, Wawa minta maaf sangat sebab tak sempat nak snap gambar bahan-bahan sebab masa buat ni kelam-kabut buat cepat. So, Wawa bagi gambar bubur ayam yang dah tersedia jelah. Jom kita layan resepi ringkas dari Wawa. Orang panggil resepi campak-campak asal sedap! Haha..



RESEPI ALA-ALA BUBUR AYAM MCD

1. Bawang putih 5 ulas
2. Halia 1/2 inci ( nak 1 inci pun boleh lagi sedap)
3. Ayam dipotong dadu (ikut nak banyak mana)
4. Serbuk lada sulah putih (jenama aji-shio)
5. Garam ikut rasa
6. Minyak bijan

CARA PENYEDIAAN :

Masak bubur terlebih dahulu dalam 1 periuk sederhana.

1. Tumbuk bawang putih bersama halia hingga lumat. 
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan ayam dipotong dadu hingga masak. Lebihkan minyak sedikit pun tak mengapa sebab nanti ia buat penambah rasa.
3. Kemudian letak bahan yang ditumis tadi ke dalam bubur dan letak lada sulah putih serta garam sehingga cukup rasa. Letak sedikit minyak bijan jika suka.

** gaul sebati supaya rencah yang ditumis tidak berketul bersama ayam sahaja. dan bubur akan kelihatan berminyak sedikit dari hasil menumis bahan tadi.
** untuk lagi sedap tambahkan daun bawang ke dalam bubur dan gaul rata.

CARA HIDANGAN :

Letak hiasan bawang goreng sedikit dan sambal tumbuk sebagai perasa jika ingin pedas. Jika tak nak, boleh skip yang sambal tumbuk. 

** maaf dalam gambar Wawa tak letak daun bawang sebab tak ada masa ni.



Maka, jadilah bubur ala-ala bubur ayam mcd. Senang dibuat dan mudah dimakan. Haha! Haritu buat 1 periuk nasi besar, ingatkan tak habis sebab masak campak kan, sekali rupanya habis dijamah. Jom cuba buat bubur ala-ala bubur ayam mcd ni. Orang demam kalau makan ni pun dah sedap. Boleh buang angin free je sebab ada halia. Kekekeke...

Dah buat jangan lupa share dengan Wawa dan credit to Wawa Ashihara tau! Nanti Wawa komen post anda semua. Muaahh!!