Beauty - Soft Orange Doll Makeup | Sekarang ni macam-macam pattern makeup ada kan. Orang perempuan tak lari dari makeup. Mesti wajib kena ada barang makeup walaupun yang basic punya. Sebab apa perlu ada? Sebab perlu ada keyakinan diri. 

Bagi yang kulit putih tu tak perlulah hentam kata tak perlu makeup be natural je apa lah, engkau kulit putih macam albino bolehlah tak payah makeup, yang kulit hitam manis sawo tak berapa matang tu? Haaa, jawab jangan tak jawab. Senang kata jangan mengata. Hehe!

Okaylah, hari ini Wawa nak tunjuk satu makeup look yang tak berapa menjadi haritu, tahu tak lawa tak cantik tapi Wawa nak tunjuk jugak untuk simpan as portfolio Wawa dalam blog. Yang nak baca sila baca, yang taknak sila skip. Haha!

SOFT ORANGE DOLL MAKEUP


Doll lah sangat. Haha! Wawa tak tahu nak namakan apa theme kali ni, ampun! Sorry sebab masa ni tak sempat nak snap gambar sebelum makeup. Jadinya ada gambar selepas makeup sahaja. Maaf Wawa masih newbie kubis lagi, kalau rasa buruk jangan tengok. Haha!


First time Wawa buat look macam ni dengan besarkan mata. Selalunya kalau Wawa makeup part mata tu mesti nampak kecik sikit dari yang ini. Baru tahu mata ni boleh besar sikit. Kesian. Haha! Mari berjemaah gelakkan Wawa....


Masa makeup ni Wawa nangis sebab pakai fake eyelash, Wawa memang alah sikit benda letak kat mata ni, patutlah masa sanding ritu Wawa susah nak buka mata. Berat sangat! Haha.... Sampaikan glitter kat mata tu hampir hilang sebab airmata asyik keluar je.

Okay itu saja nak tunjuk. Nanti boring-boring boleh selak balik portfolio makeup Wawa. By the way, Wawa memang jenis suka buat makeup yang soft-soft dan jarang buat yang heavy dan terang benderang, So, jangan tanya kenapa laa.. Hehe...