Monday, January 9, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 5 - 6 Perkataan Menggambarkan Diri





31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 5 - 6 Perkataan Menggambarkan Diri | Kali ini Wawa tanya husband sebab kalau Wawa buat sendiri nanti semuanya positif jer Wawa tulis. Haha! So tanya husband lagi patut kot (walhal ada je gaduh sat semalam semua nak bagi negatif). Tolonglah puji bini ni sikit ker... Kekekeke....



6 Perkataan Menggambarkan Diri

Korang mesti tak sabar nak tau kan? Wawa lagilah tak sabar nak bagitau :D

1. Kuat Makan 

Idea dari suami. Dia kata Wawa kuat makan kalau sekali makan tu berkali-kali tambah kalau sedap! Haha... Wawa jarang makan malam. Tapi sejak kahwin ni kena ikut sekali makan malam bila husband ajak makan. Nak tak nak kena bukak mulut dan ngaappppp... Haha~ Selera bertambah-tambah kalau orang mengajak makan... Kahkahkah! :)

2. Mudah Bergaul

Ini fakta kalau jadi anak bongsu, dan memang ada dalam diri Wawa. Sebab apa? Prinsip Wawa adalah kalau orang tu tak tegur kita, sampai bila-bila kita takkan tegur orang tu. Nampak sombong kan? Hahaha.. Tapi kita peramah sangat tau. Kalau dah bertegur, berbual macam dah lama kawan. Wawa dah serik nak tegur orang dulu sebab pernah kena! Wawa tegur, tapi orang tak bagi respons siap jeling lagi. Haktuihh! Hahaha~

3. Degil

Haa, bab ni memang diakui diri sendiri plus idea husband. Haha! Suka buat kepala sendiri. Degil gila la senang kata. Kalau boleh nak buat ikut kepala sendiri, idea atau cakap orang lain tak nak dengar. Itulah anak bongsu.. kekeke.. Degil-degil pon takdelah tahap nakal orang kata. Cuma taknak dengar cakap jer.. Tapi last-last buat juga apa yang dicakapkan tadi. Hehehe~

4. Pemaaf

Husband kata Wawa jenis mudah memaafkan orang, sebab dia dah pernah kena kot. Haha! :p Jangan marah yerr... kekekeke.... Wawa ni jenis walaupun sakit hati ke terasa hati ke dengan orang, Wawa mudah maafkan walaupun dalam hati hanya Allah je tahu betapa marahnya kita ni. Dan Wawa jenis tak suka pendam lama-lama. Kalau tak suka Wawa direct je cakap depan-depan atau berkias. Bila lepaskan, baru rasa takpelah, maafkan jelah... Haaa, gitttuuuuu ~

5. Tak Suka Di Arah / Mendesak

Haa, tang ni pon setuju sangat! Fakta anak bongsu. Haha! Pantang bila di arah atau disuruh dengan gaya mendesak. Contoh, dah cakap sekali tapi diulangi banyak kali. Kan macam mendesak tu. Wawa lebih suka buat hal sendiri, buat tanpa disuruh atau pun di arah tapi jangan desak berkali-kali sebab boleh jadi stress. Orang ada HyperTension mana boleh di arah atau didesak. Tension woooo...

6. Minat K-Drama

Hahaha! Ini tak boleh blah husband bagi. Dia kata Wawa minat K-Drama. Yuppp! betul memang minat. Tapi sorry laa, bukan fanatik just minat cerita yang best-best jer lagi-lagi bab cerita zaman istana dulu-dulu atau cerita tentang doktor ke atau tentang godam ke.. Wawa masih simpan koleksi cerita yang lama sampai sekarang dalam hardisk. Kalau betul-betul bosan baru Wawa ngadap tengok. Tapi sekarang dah jarang sebab dah kahwin dan job review pon banyak.


Haaa, bernas jugak idea husband ni... takdelah jem kepala otak nak pikir lama!


See u next entry ni memerlukan sebelum dan selepas..Fuhhh!! Okbaii~


#jdtblogger    #31dayschallengebyjdtblogger

17 comments :

  1. ada gak perangai kita yang sama hehehe

    ReplyDelete
  2. Bab makan tu yg best. Zaman bujang dulu relax je. Tapi lepas kahwin.... Setiap masa makan kena makan sebab ikut suami. Nak pulak suami yang masak kan. K Drama masih layan juga. Tapi bila anak2 suma dah tido baru nganga depan tv. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu..hehehe... mencabar btul pas kawen ni..kekeke

      Delete
  3. Pemaaf dan mudah bergaul tu kite sama.. tp dilah x reti nak approach org dulu.. tapi kalau dah sekali bertegur memang banyak ckp la.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...orang pemaaf ni mmg pemalu..hihi

      Delete
  4. Kedegilan tu membuatkan kita sebenarnya seksi tau...heheheh

    ReplyDelete
  5. Wah kita sama.. yg bezanya sy anak ke dua hahaha

    ReplyDelete
  6. Sep sikit bab makan tu..hehehe..salam kenal

    Kisahrembulan.blogspot.com.my

    ReplyDelete
  7. makan tu penting! XDD hahahha

    *a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-5-6-perkataan-menggambarkan-diri.html

    ReplyDelete
  8. yeayy samalah kita kdrama fans :D

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara