Friday, November 18, 2016

Program Mudah Kurus Dr Malinda | Pakar Kurus Badan Anda!




Program Mudah Kurus Dr Malinda - Pakar Kurus Badan Anda! Tahukah anda bahawa Malaysia tersenarai antara 10 negara yang mempunyai obesiti? Perkara ini terjadinya lebih pada zaman moden dek kerana rakyat Malaysia sekarang tidak peka dengan gaya pemakanan yang sihat. Antaranya mempunyai tinggi karbohidrat, gula berlebihan dan paling tidak ramai yang gemar amalkan pemakanan nutrisi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.


BAHAYA OBESITI

Obesiti ini akan terjadi jika peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu wanita dengan melebihi 32% lemak badan dan lelaki dengan  melebihi 25% lemak badan. Dengan adanya obesiti ini, ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti :


  • Diabetes (kencing manis)
  • Hipertension (Darah tinggi)
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit jantung koronari
  • Stroke (Angin ahmar)
  • Batu Hempedu
  • Penyakit kanser payudara/prostat/usus besar
  • Masalah pernafasan
  • Gout
  • Infernility
  • Alzheimer's
  • Sleep Apnea

Jom Kenali JENIS LEMAK !

Korang kalau diet tapi susah nak turun tu, memang adalah tu lemak degil. Sebenarnya tak semua jenis lemak itu sama tau, sebab kita ada 3 jenis lemak dalam badan kita :


1. Lemak Untuk Struktur 

'Lemak baik' ini penting sebab ia melindungi organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa muka. Lemak ini kebiasaannya digunakan sebagai sumber tenaga


2. Lemak Normal 

'Lemak baik' ini pula ada di sekitar tubuh dan digunakan untuk dibakar sebagai sumber tenaga apabila diperlukan keran ia berfungsi sebagai Tangki Tenaga.


3. Lemak Abnormal

'Lemak tak baik' adalah lemak yang memang tidak diperlukan oleh badan kerana ia tersimpan dibawah kulit dan akan menyebabkan perut buncit dan lemak berlipat-lipat pada badan.

Lemak macam tu memang susah nak hilang. Itulah sebabnya bila diet tapi tak menjadi. Sebab lemak macam ni dia akan kekal je dalam badan tak tak mudah dibakar. Ia hanya dibakar bila time kebulur, bila kenyang dia terkumpul semula. Susahkan macam tu? Macam mana nak bakar lemak degil yang jenis 3 tu?





Inilah yang ingin diperkenalkan iaitu Program Mudah Kurus bersama Dr Malinda iaitu Pakar Kurus Anda! Program ini merupakan satu transformasi perubatan terbaru yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadothrophin (HCG).

hCG sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia dengan kadar yang tinggi terutama ketika wanita hamil bagi memastikan perkembangan bayi sihat serta memberi rangsangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan untuk digunakan sebagai sumber tenaga. hCG bertindak sekiranya tubuh berada dalam keadaan 'kebuluran' dimana ia akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenga dan memberi 1500-4000 kalori sebagai tenaga.


Bagaimana hCG bertindak sebagai rawatan obesiti?

hCG bertindak dengan mengurangkan lemak badan melalui tindakan atau 'trick' kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Ia boleh mengawal semua kalenjar endokrin dalam badan dan membantu mengawal tekanan darah, suhu badan, selera badan dan berat badan.

Terjadinya obesiti apabila hipothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolisme, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan tak terkawal dan pengumpulan lemak berlebihan di bahagian utama. 


DIET SIHAT & DIET RENDAH KALORI?

Tak perlu risau kerana dalam program ini, semua manual dan menu pemakanan akan disediakan. Program ini lebih kurang kepada 'detox' sebab yang perlu di ambil adalah diet yang sihat bagi memastikan ia betul-betul membersihkan sel-sel badan. Bukan itu sahaja, korang juga akan merasa kurang lapar sepanjang perjalanan program ini malah akan merasa lebih bertenaga kerana ia lebih selamat dan membekalkan supplemen sebagai nutrisi tambahan.



Adakah BERAT BADAN berubah?

Dalam program ini, potensi penurunan berat adalah 0.5kg sehari. Tetapi kebiasaannya antara 6-8kg, bergantung pada individu tersebut. Ini kerana ia membantu meningkatkan metabolisme badan dari berlakunya kesan kenaikkan berat yang mendadak setelah berhenti program. Dengan bantuan pakar, program ini hanya mengambil masa hanya dalam 23 hari dengan 3 fasa yang berbeza iaitu loading phase, burning phase dan maintainence phase.

Inject Sendiri? Program ini hanya perlu mengambil injection sahaja setiap pagi iaitu sebelum sarapan pagi dengan hanya inject dibahagian lemak perut yang mahu dibuang. Itu sahaja. Tak perlu cari urat nak inject pun. Tak perlu khuatir, sebab ada yang pakar akan membantu korang membuat suntikan yang betul.

Ini antara testimoni dari peserta program Dr Malinda ini yang berjaya :








KEBAIKAN MEMBUAT RAWATAN HCG

Dalam mana-mana program mahupun produk, ada pro dan kontranya. Kebaikan dalam melakukan rawatan hCG ini adalah :

  1. Membantu badan jadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber)
  2. Memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan
  3. Mengurangkan 'food craving' terhadap karbohidrat dan gula
  4. Menseimbangkan sistem endokrin supaya lebih fokus dan bertenaga
  5. Mengurangkan dan memperbaiki tahap radang dalam badan

Ada KESAN SAMPINGAN sepanjang RAWATAN HCG?

Rawatan hCG ini dipantau oleh doktor dan ianya diyakini selamat. Tiada kesan sampingan yang serius tetapi kemungkinan akan rasa kesan seperti sembelit, lapar, letih, pening atau cramps yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Tapi jangan risau! Kerana pengambilan air yang banyak dan supplemen akan membantu. Itulah sebabnya penting air yang banyak dalam sesi penurunan berat badan.


Boleh ke SAYA BERJAYA seperti yang lain?

Mana-mana perkara yang kita lakukan, mesti kena ada kesungguhan dalam diri, disiplin, konsisten dan yang penting keyakinan dalam diri untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. SETkan dalam minda tu bahawa anda sertai program ini bukan untuk diet, tapi untuk lebih sihat!



Buat yang ingin menyertai, 
turut disediakan PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan 
tak lupa juga FREE GIFT untuk anda !

Jika ingin tahu maklumat lebih lanjut, bolehlah hubungi yang tertera :

Whatsapp : +6017-508 4430

Email : drmalinda@gmail.com




Tuesday, November 15, 2016

Enchanteur Paris | Menyerlahkan Pesona Diri & Segar Sepanjang Hari!




Enchanteur Paris Menyerlahkan Pesona Diri & Segar Sepanjang Hari | Orang perempuan ni memang kalau boleh nak lengkap set penjagaan diri, penjagaan muka dan macam-macam lagi. Lagi-lagi yang bau wangi tu memang menggoda. Korang tahu tak Enchanteur Paris telah mengeluarkan variasi terbaru dalam keluaran baru ni? Baru-baru ni Wawa ada dapat 1 box dari Enchanteur Paris, dan bau wangi dari luar kotak dah semerbak harum! Nak tahu apa keluaran baru? Sebelum tu meh berkenalan dengan Enchanteur Paris bagi yang first time dengar. Tapi Wawa rasa semua dah kenal sebab dah banyak kali keluar TV.




Inilah box dari Enchanteur Paris yang Wawa dapat. Wangi gila! Dalam box pun masih wangi apatah lagi dari dalam parcel. Memang betul-betul memukau lah!


Jom Kenal dengan ENCHANTEUR PARIS !

ENCHANTEUR PARIS adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seorang wanita.

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dalam rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan variasi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita segar tubuh badan sentiasa sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkain deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran stick serta perfume spray, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu :




1.  ENCHANTEUR PARIS  MON AMIE

Rangkain ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat-sat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Perfume Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Losyen Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Perfume Lotion), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang berterusan dan sepanjang hari disamping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


2.  ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pemcerahan (Triple Whitening Perfume Lotion) yang memberi manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti-Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Perfume Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


3.  ENCHANTEUR PARIS ADORE

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga-bungaan dan buah-buahab yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS Adore dengan Perlindungan Anti-Bakteria (Antibacterial Care Perfume Lotion) memastikan kulit sentiasa dlindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Perfume Anti-Persporant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar.

Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.





Dalam 3 variasi ini, Wawa dapat mencuba setiap jenis iaitu losyen, deodoran anti-perspirant dan juga deodoran mist. Mari Wawa nak review sikit untuk ketiga-tiga jenis ini.




Triple Whitening Perfume Lotion ENCHANTEUR PARIS Belle Amour ini sangat best sebab dia wangi dan terasa lembut je kulit. Ia dengan manfaat pencerahan 3x ganda ini direka dnegan 3 agen pencerahan untuk mengatasi masalah kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Dengan adanya Vitamin B3 ini ia dapat mengekalkan kelembapan pada kulit kita.

Dengan menggunakan losyen ini ia bukan sahaja mengekalkan kulit yang cantik dan sekata bahkan is memberi seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour. Losyen tiub ini boleh didapati dengan berharga RM7.50 untuk 100ml dan untuk yang botol berharga RM16.95 untuk 300ml sahaja.




Perfume Deo Mist ENCHANTEUR PARIS Adore ini pula memang best dengan bauan aroma dari bunga dan buah-buahan (bau seakan lavender) sejuk je rasa fresh gitu. Wawa suka dengan bau Adore sebab ini antara bau kegemaran Wawa sebab suka sangat bau bunga dan buah. Wawa selalu pakai yang ini pada waktu untuk berjalan.

Ia memberi keyakinan yang berpanjangan sehingga 24 jam kerana ia mudah serap dan kekal bau harumannya walaupun berpeluh. Deo Mist ini boleh didapati dengan harga RM10.10 untuk 100ml sahaja.




Whitening & Refreshing Perfume Anti-Perspirant Deodorant ENCHANTEUR PARIS Mon Amie pun best, bau dia seakan bau bunga matahari sesuai mereka yang suka dengan deodorant jenis stick atau losyen ni. Kalau yang ini Wawa lebih selesa guna pada waktu malam sebab kurang bergerak buat apa-apa aktiviti dan wangi dia memang superbb! Boleh pikat suami gitu.. Hehe...

Ia memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering bagi mengurangkan pembentukan melanin. Butiran kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.

Deodorant Stick ini boleh didapati dengan berharga RM8.70 untuk 50ml sahaja.




JANGAN tunggu lagi !!!


Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua pasaraya / pasaraya besar / farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari :



FB Page :  EnchanteurMy

Instagram : @enchanteurmy



Friday, November 11, 2016

Spray 8 Furleybio | Merawat Luka Di Kulit dengan Pantas




Spray 8 Furleybio Merawat Luka DI Kulit dengan Pantas | Bohonglah kalau anda tidak pernah luka-luka pada kulit. Tak kisahlah luka tercucuk jarum ke, luka garu badan sampai darah ke, luka sebab jatuh longkang ke, mesti pernah terjadi kan? Yang paling anda risau luka lambat baik jika luka tu jenis dalam. Kadang-kadang jika tak jaga dengan baik, akan bernanah pula. Tapi kali ini, anda tak perlu risau sebab sudah ada produk pemyembuhan luka semulajadi dengan pantas. Apakah itu???





SPRAY 8 by Furley Bioextract

SPRAY 8 merupakan ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ini kerana ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi, dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesik dan anti bakteria. Oleh itu, ia berpotensi untuk memulihkan kulit anda dan mengembalikan kulit yang sihat.

Spray 8 terbukti berkesan untuk semua jenis penyakit kulit, melecur, gatal-gatal, ruam dan luka yang telah dijangkiti kuman. Tapi kena ingat ye, ia TIDAK SESUAI untuk memulihkan parut jerawat/jeragat.




Yang bestnya bila menggunakan  Spray 8 adalah ia dapat mengurangkan potensi dari terjadinya parut dari kesan garu luka pada kulit dan mewujudkan penyembuhan yang pantas. Jadi, kulit akan kembali sihat seperti sedia kala tanpa adanya kesan parut pada kulit. Bukan itu sahaja, Spray 8 juga tiada alkohol dan juga steroid kerana ia menggunakan ramuan semulajadi dan selamat untuk digunakan dan sesuai dengan semua peringkat umur.


KANDUNGAN SPRAY 8

Spray 8 mengandungi air, DermaXan (ekstrak manggis), PEG-40 hydrogenated castor oil, vitamin E, 2-phenylethanol, caprylyl glycol dan juga minyak pati.


Adakah ia SELAMAT digunakan?

Untuk pengetahuan anda, pihak Furley Bioextract telah mendapat :-


  • Pensijilan HALAL oleh JAKIM
  • Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - NOT141004348K
  • Kilang mendapat pensijilan HCCP & GMP





KELEBIHAN MENGGUNAKAN SPRAY 8


  1. Menyembuhkan kesan terbakar
  2. Mengurangkan dan merawat parut
  3. Mengurangkan gatal-gatal dan ruam
  4. Mengurangkan keradangan kulit dengan cepat
  5. Melembabkan kulit
  6. Mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  7. Menghalang dari jangkitan microb/kuman

SPRAY 8 juga BERKESAN untuk masalah kulit seperti :

  • Luka Diabetes
  • Luka Varikos
  • Alergi
  • Ekzema
  • Kudis Katil/Sel Mati
  • Luka Pembedahan
  • Kulit Rapuh
  • Melecet
  • Melecur terkena air panas
  • Calar

Bagaimana Cara Penggunaan yang betul?

1. Bersihkan  luka dan lap hingga kering.
2. Sembur SPRAY 8 pada kawasan luka anda dengan jarak 15cm. 
3. Biarkan ia meresap ke dalam kulit  selama 5 minit.
4. Jangan membilasnya.
5. Gunakan secara berterusan, 3x sehari.


** Tidak perlu goncang sebelum menggunakannya.
** Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan daripada cahaya matahari.
** Elakkan dari tersentuh mata anda.
*** UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA.






HARGA SPRAY 8

SPRAY 8 boleh didapati dengan 2 size

50 ml  -  RM35
100 ml  -  RM50

ADA DISKAUN UNTUK READERS WAWA !!

Diskaun sebanyak RM10 akan diberikan untuk anda. Sebelum itu, hendaklah anda :

1. Daftar masuk ke website https://store.furleybio.com/

2. Pilih produk yang dikehendaki

3. Masukkan code Coupon ini : FBIO-VS7

ATAU 

Nak lebih mudah klik je link ini bit.ly/2fJWndI untuk membeli dengan diskaun!


Dapatkan segera spray penjagaan luka semulajadi anda sekarang di store.furleybio.com dan juga farmasi tempatan sebelum habis !

Untuk membeli dan maklumat lanjut sila ke :

Websitehttps://store.furleybio.com/ 





Tuesday, November 8, 2016

Jus Qalbi Al-Ehsan | Pengawal Kolestrol Dalam Tubuh Badan





Jus Qalbi Al-Ehsan Pengawal Kolestrol Dalam Tubuh Badan | Seringkali kita terdengar tentang kolestrol berlebihan, tetapi kita tidak pernah menitikberatkan tentang soal kesihatan. Kolestrol berlebihan bukan sahaja terdapat pada orang yang berbadan besar, malah orang yang berbadan kecil pun ada. Kolestrol berlebihan boleh membuatkan kita terkena serangan jantung. Jadi, eloklah kita mencegah dari merawat.




Bertindak sebagai Pengawal Kadar Kolestrol 

Jus Qalbi merupakan salah satu supplemen tambahan dimana ia mampu memberi tenaga tambahan bagi melancarkan peredaran darah dan juga menguatkan lagi fungsi jantung. Dengan menggunakan 100% asli tanpa bahan pengawet yang terdiri daripada 5 bahan terpilih iaitu bawang putih, halia, cuka epal, lemon dan madu asli ianya mampu mengawal kadar kolestrol yang terdapat dalam tubuh badan kita tanpa perlu risau lagi.




Dengan adanya Jus Qalbi Al-Ehsan ini, risiko untuk dapat penyakit seperti jantung tersumbat, asma, darah tinggi, gout, kencing manis, dan kebas tangan kaki semakin berkurangan dengan izinNya jika diamalkan secara konsisten. Bukan itu sahaja, Jus Qalbi ini juga bertindak sebagai agen pelangsingan badan yang terbaik kerana dapat melancarkan sistem penghadaman tanpa masalah sembelit.


KEBERKESANAN MINUM JUS QALBI 

  • Mencuci dan membuang kolestrol
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Merawat sakit dada
  • Menambah tenaga dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Merawat penyakit jantung
  • Menurunkan kolestrol dalam darah
  • Menyingkirkan  toksin dalam badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Mampu menurunkan berat badan
  • Melancarkan sakit kepala dan sakit badan


CARA PENGAMBILAN JUS QALBI

Ia sangat mudah untuk diambil. Sila goncang dahulu botol bagi jus sebati. Kemudian, ambil 1 sudu makan sebelum sarapan pagi dan 1 sudu makan sebelum tidur. Ingat !! nak minum jus ini hanya guna sudu plastik sahaja ya! Disyorkan untuk letak dalam peti sejuk selepas buka penutup botol.




Pengalaman Mencuba Minum Jus Qalbi


Rasa Intipati Jus Qalbi ini mula-mula bau bawang putih yang sangat kuat. Mula-mula Wawa memang tak boleh bau sebab Wawa alah sikit bau bawang putih yang menusuk hidung ni. Tapi kalau nak sihat, nak tak nak kenalah berkorban sikit untuk kesihatan. Alhamdulillah, tekak boleh terima untuk telan sebab bau dia just masa sebelum minum je, bila masuk ke tekak just rasa masam-masam bergas gitu.

Tapi korang jangan risau, sebab jika korang tak boleh telan terus korang boleh bancuh dengan air sebagai perisa tambahan. Kali kedua Wawa cuba dengan bancuh air suam barulah tak ada masalah. Minuman supplemen kesihatan memanglah rasa dia kelat sikit tapi sedap sebab masam-masam manis bergas. Hehehe...

Badan pun rasa ringan dan kerap buang angin. Memang bagus minum ni. Rasa lega bila angin dalam badan keluar dengan baik.




Jus Qalbi Al-Ehsan boleh didapati dengan dua size iaitu 250ml atau 500ml


Harga sebotol :- 

RM79 - Jus Qalbi Al-Ehsan 250 ml 
RM149 - Jus Qalbi Al-Ehsan 500 ml 

Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini, bolehlah anda hubungi mereka :-

Instagram : @qalbialehsan
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan
No Office : 03-5511 4366
No tel : 017-7300 366 / 017-3730366










Monday, November 7, 2016

EPHYRA Collagen Drink | Mengembalikan Seri Wajah!






Ephyra Collagen Drink Mengembalikan Seri Wajah | Kalau dulu Wawa rajin amalkan minum minuman collagen dari satu produk tu untuk kulit muka, tapi Wawa tak rajin sejak dah busy final exam last year kat universiti tahun 2013/2014. Lately, kulit muka Wawa mula start kusam dan tak bermaya. Lagi-lagi masa nak uruskan majlis kahwin bulan 7 lepas. Jerawat sana-sini tumbuh tak henti-henti maybe sebab Wawa dalam keadaan stress.

Syukur alhamdulillah, kini Wawa mula amalkan minum Ephyra Collagen Drink. Yang paling best adalah Ephyra Collagen Drink ini mempunyai collagen yang bertindak sebagai protein yang terdapat dalam badan kita dan membantu kulit kita dari kering, kusam tak bermaya dan rambut gugur. Tak silap Wawa collagen dalam badan kita akan berkurangan mengikut peningkatan usia. Mungkin sebab itulah collagen Wawa kurang sebelum ini. Sebab itu pentingnya collagen dalam tubuh badan kita.





Ephyra Collagen Drink adalah minuman supplement kesihatan yang dikategorikan dalam makanan tambahan. Ia berfungsi untuk menyelesaikan masalah kulit muka dan badan yang bermasalah seperti kusam, berjerawat, dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, minuman ini diformulasikan dengan 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida. Antaranya ialah :

  • Kolagen Ikan Laut Dalam
  • Acai Beri
  • Gam Akasia
  • Salmon Ovari Peptida
  • Ekstrak Bunga Marigold
  • Acerolla Ceri
  • Serbuk Tomato
  • Superberi
  • Astaxanthin

Ada KKM ke Ephyra ? Halal ke produk ni?

Korang tak perlu risau lagi, tak perlu ragu-ragu lagi sebab Ephyra ni dah dikenali sejak tahun 2012!

  • Disahkan oleh KKM : Ruj (10) dlm KKM-163/s/25 jld.172
  • Diperakui HALAL oleh JAKIM
  • Mempunyai sijil GMP (Good Manufactured Product)
  • Dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan

Kalau nak tahu, produk ini sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan disemua peringkat umur. Malah, ibu-ibu yang hamil, menyusu badan dan dalam pantang juga boleh minum Ephyra Collagen Drink ini. Kanak-kanak umur seawal 4 tahun pun boleh start minum tau! Wawa suka dengan rasa minuman ni, sebab rasa segar dia macam rasa jus oren!





MANFAAT EPHYRA KEPADA BADAN


1. Meningkatkan sistem imunisasi badan
2. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
3. Sebagai agen detox yang baik bagi mengeluarkan toksik dalam badan
4. Menyeimbangkan hormon dalam badam
5. Meningkatkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan ideal
6. Menganjal kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri
7. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
8. Memberikan tenaga yang berpanjangan
9. Mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kekusaman dan kelesuan



MANFAAT UNTUK IBU HAMIL/MENYUSU BADAN/DALAM BERPANTANG


1. Mempercepat penyembuhan luka bersalin dengan pantas
2. Memberi tenaga agar boleh membuat rutin harian
3. Menambahkan susu badan
4. Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
5. Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
6. Bayi juga mendapat manfaat dari penyusuan badan



TESTIMONI DARI WAWA SENDIRI SELEPAS 3 MINGGU LEBIH AMALKAN EPHYRA COLLAGEN DRINK


Kalau nak tahu, kulit Wawa bermasalah sejak menukar local skincare. Jerawat mula bertubi-tubi timbul kat muka. Tapi selepas pulih sementara, hanya bekas jeragat yang tinggal. Namun, bukan berakhir kat situ sahaja, masa Wawa tengah busy uruskan hal kahwin sehinggalah nak ke majlis bertandang pada awal bulan 10 lepas, ada satu jerawat ni degil sangat tak nak hilang kat hidung. Kalau tengok dari mata ke tempat hidung, boleh nampak timbul jerawat tu. Kalau kecut pun sekejap je nanti time period datang balik.


Haa, nampak tak gambar sebelum tu kat hidung? Itulah jerawat yang paling degil stay dari sebelum kahwin bulan 7 lepas sampailah Wawa consume minuman ini barulah dia hilang. Lama kot, hampir nak 3 bulan dia 'setia' kat hidung. Huhu...


Kulit makin berseriLAHHH...

Gambar yang diambil ini tanpa makeup. Sebelum dan juga selepas tanpa makeup untuk menunjukkan hasilnya. Dengan hanya 3 minggu lebih (hampir nak sebulan), Ephyra berjaya membantu mengurangkan masalah pada kulit, tona kulit muka pun dah kembali pulih tak nampak kusam. Sampaikan husband pun tegur "kulit muka sayang dah nampak berseri dari sebelum ni..". Excitednya bila husband perasan. Yelah, orang yang sentiasa ada disisi kita kan, mestilah dia tahu.

Bukan itu sahaja, rasa mudah kenyang dan memberi tenaga untuk buat rutin harian. Kalau dulu, Wawa mudah penat  bila baru mula buat satu kerja. Tapi kali ini kurang sedikit.


CARA-CARA PENGAMBILAN EPHYRA COLLAGEN DRINK

Di sini Wawa sertakan video berdurasi selamat 50 saat cara-cara pengambilan minuman ini.


video


1. Ambil 1 sachet dan tuang ke dalam shaker.

2. Tuang air masak atau air sejuk 180ml. 

3. Goncang sehingga sebati dan minum!

p/s : ambil 1 sachet sebelum sarapan pagi dan 1 sachet  selepas makan malam


PENTING !!!! jangan buat tak tahu....

  • DILARANG membancuh dengan air panas kerana dikuatiri khasiatnya akan terbantut
  • Banyakkan minum air masak selepas minum untuk kesan lebih optimum
  • Kurangkan minum kaffein (kopi) dan minuman bergas. Bagi yang suka minum boleh jarakkan pengambilan dengan minuman ephyra ini
  • Ambil ketika perut kosong amat digalakkan kerana dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrient
  • Tindakbalas berbeza-beza mengikut metabolisme masing-masing
  • Digalakkan minum secara konsisten

Macam mana nak tahu Ia Original/Tulen?




Boleh tak kalau nak cuba sikit dulu untuk tahu serasi atau tidak dengan badan dan kulit? 

Boleh sangat. Ephyra mempunyai PREMIUM PACK untuk penggunaan selama sebulan (30 sachet) beserta shaker, dan TRIAL PACK untuk penggunaan selama 10 hari sahaja (tanpa shaker).


HARGA 

RM 197 (Premium pack)
RM60 (Trial pack)


 Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :


Facebook : Ephyra Oceanlife2u

Instagram : @ephyra2u

Whatsapp : 019-3999238 / 03-41417889

Atau boleh dapatkan melalui pengedar-pengedar yang sah, 
kedai jamu atau farmasi terpilih seluruh negara.

Wednesday, November 2, 2016

Pek Fleksi Safi Shayla Kini Lebih Jimat!






Pek Fleksi Safi Shayla Kini Lebih Jimat! | Kali ini Wawa nak cerita sedikit tentang syampu harian Wawa selepas Wawa membaiki rambut gugur dengan satu produk sebelum ini. Barulah Wawa berani untuk menggunakan syampu harian seperti biasa. Family Wawa merupakan pengguna Safi Shayla yang dalam botol termasuklah Wawa jika tiada masalah rambut yang teruk. Rambut adalah mahkota wanita. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang bertudung kerana ianya memerlukan penjagaan yang rapi supaya rambut sentiasa kelihatan sihat dan bermaya.




SAFI SHAYLA, SYAMPU WANITA BERTUDUNG

Namun, kini semua wanita yang bertudung khususnya tidak perlu risau lagi kerana pihak SAFI telah mengeluarkan satu inovasi baru iaitu Safi Shayla Pek Fleksi yang diperkaya dengan Habbatus Sauda, dimana ia boleh digunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula. Bahkan, ia juga boleh dibawah ke mana-mana tanpa risau lagi.

Dengan satu syampu ini ianya sangat menjimatkan kerana ia boleh didapati dengan harga mampu milik. Dahlah murah, jimat, mudah dibawa. Memang mudah untuk digunakan. Dahulu, Wawa menggunakan yang warna hijau untuk rambut segar bermaya. Yelah, sebab dulu tak ada masalah rambut zaman muda mudi. Hehehe.. 




Kali ini Wawa dapat mencuba pek fleksi berwarna biru iaitu untuk anti kelemumur. Walaupun Wawa tiada kelemumur, tapi sesuai juga dipakai kerana kadang-kadang rambut kita ni lembab bila bertudung, ada sesetengah orang akan ada kelemumur. Alhamdulillah, Wawa pakai warna biru dahlah bau wangi yang amat, rambut pun rasa segar dan lembut dan terhindar dari kelemumur.

Bukan itu sahaja, Pek inovasi bersaiz 480g ini sangat memudahkan pengguna untuk membawanya kemana sahaja. Terdapat pelbagai warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi bagi setiap masalah rambut. Antaranya ialah :







Safi Shayla Pek Fleksi boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya pada harga RM14.65 sahaja. Sangat jimat kan? Boleh tahan 2 bulan untuk penggunaan harian. Guna sedikit sahaja tapi bau wangi menusuk hidung! Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, boleh layari :-



Facebook


Instagram


Youtube







Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara