Wednesday, August 17, 2016

DHerbs Gel Mandian Aura 7 Bunga Berhantu?









Assalamualaikum, readers!

DHerbs Gel Mandian Aura 7 Bunga Berhantu? | Hai korang lama benar Wawa menyepi kan. Bukan tak nak update blog tapi kekangan masa sejak akhir-akhir ini. Ye, tahu korang tak sabar nak tau ada apa dengan gel mandian aura 7 bunga dari DHerbs ni. Tengok tajuk dah seram kan? Well, Wawa rasa tak adalah ketinggalan zaman nak up pasal benda alah ni. Tapi Wawa nak up kan juga keluaran DHerbs ni.


Al-kisahnya, baru-baru ni Wawa pergi kedai jual produk kecantikan ni teman akak Wawa beli jamu dia. Tetiba mata ni tertumpu pada satu benda ni. Wawa selalunya kalau pergi kedai camni Wawa takkan pandang benda lain. Bukan apa takut duit terbang banyak. HAHA! Tapi Wawa tak tahu kenapalah Wawa boleh terpandang satu benda ni.. korang nak tahu ke?


Hmm... Wawa terpandang dekat......... gel mandian DHerbs ni la.. berapa kali pandang dah.. asal nak tengok yang lain mesti terpandang gel mandian ni. Gila kau tak berhantu? HAHA! Apa lagi, Wawa terus rembat satu botol ni lepas seller tu promot cakap macam-macam. Wawa sememangnya kalau dengan produk DHerbs Wawa mengalah. Sebab abah selalu beli produk DHerbs.


Wawa beli pakai mandi, mula-mula sengsorang je pakai sebab senyap-senyap pakai. Tapi last-last suami tanya, bau apa ni? Wanginya.. Wahh ! suami tegur. Wawa pun cakaplah sekian-sekian... Akhirnya suami terjebak juga nak guna gel mandian ni. Memang wangi wei... tak tipu!


Masa mandi bau dia membangkitkan aura jadi segar-bugar. Dahlah wangi, berangin badan sedap je rasa... satu bilik air boleh bau tau. Lepas mandi badan rasa segar, badan letih pun sedap je rasa. Memang betullah dia menarik aura-aura positif dengan rangkaian 7 bunga ni. Serius, korang dah tak payah pergi ke spa sebab bau dia pun dah macam kat spa. Hehehe...


Gel Mandian Aura 7 Bunga ini terdiri daripada 7 jenis bunga iaitu mawar, lavendar, kenanga, orkid, bunga matahari, bunga raya dan melati dapat memberikan keharuman dan kesegaran berpanjangan dan membangkitkan iron aura-aura yang positif dalam diri dan lebih berkeyakinan. Banyak lagi kelebihan atau fungsi gel mandian ini. Lagi mantap bila berkombinasi dengan losyen 7 bunga.


Korang ada yang tak try lagi? Ha, jangan tunggu lama! Cepat dapatkan segera gel mandian ini sebelum Wawa borong semuanya. HAHA! Gurau jelah. Harga tersangatlah mampu milik. Tak mahal hanya RM16.00 sebotol sahaja. 


Mana yang dah kahwin tu mai beli nanti cik abang mai rapat je dengan isteri. Kekekeke.... tapi yang tak kahwin lagi tu jangan salah guna pula ye pikat laki orang. HAHA! Yang anak dara boleh pakai untuk menaikkan seri. Mana tahu tetiba ada jodohnya. Alhamdulillah. Seri aura positif beryakinan diri depan orang pun boleh uolss..


Jangan marah ye Dato.. tapi memang gel mandian keluaran Dato ni memang berhantu bagi saya. Sampaikan seisi keluarga mencuba gel mandian ini. Hehehe :)



Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara