Monday, March 28, 2016

Ephyra Skin Nano | Serum Terbaik Dalam Merawat Kulit!

6:48 PM 5 Comments
 
Ephyra Skin Nano Serum Terbaik Dalam Merawat Kulit | Kulit muka Wawa jenis mudah kusam tak bermaya dan tona kulit wajah yang tidak sekata. Baru-baru ini muka Wawa ada parut jerawat yang susah nak hilang. Selalunya 2-3 hari dah lenyap tapi dah nak masuk 2 minggu tak pudar juga parut tu. Bila Wawa dapat tahu Ephyra ada mengeluarkan serum terbaru, Wawa sangat excited nak mencuba. Yelah, mana tahu serum ini dapat mengembalikan Wawa wajah yang ceria lagi berseri-seri. Okay, jom kita kenal-kenal dulu.




Apa itu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ?

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatternkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. 

Ianya selamat digunakan dan bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Oleh itu, serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. kerana gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Partikel serum ini sangat kecil dan mudah meresap hingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan ia akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. 


Antara manfaat serum ini :
  • MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.
  • MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
  • MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 

PENGGUNAAN SEBELUM DAN SELEPAS (TESTIMONI SENDIRI)

Wawa mempunyai masalah kulit cepat kusam tak bermaya dan tona kulit tidak sekata baru-baru ini. Jadi Wawa membuat ujikaji sendiri terhadap kulit muka Wawa sebagai testimoni.


muka kusam dan tona kulit tidak sekata dan ada bekas jerawat
selepas 6 hari penggunaan
Penggunaan selama 6 hari sangat memuaskan hati. Kulit kusam dah tak nampak sangat dan tona kulit muka dah sekata. Bukan itu sahaja, kulit nampak cerah sedikit dan parut jerawat beransur pulih dari sebelum ini. Wawa pakai serum ni waktu pagi, malam sebelum tidur dan sebelum makeup jika keluar rumah. Disebabkan Wawa nak baik cepat parut kat hidung tu, Wawa apply waktu petang juga.


Sejak adanya Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, Wawa dah tak perlu makeup tebal hanya bedak, lipsbalm dan celak sahaja ! Memang sejak dua menjak ni jerawat tak segan tumbuh. Mujurlah ada serum dari Ephyra yang dapat merawat macam-macam masalah kulit. Wawa very highly recommended Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum sebab inilah serum muka paling berkesan dan terbaik yang mengandungi 1001 kebaikan dalam merawat kulit ! Sebelum ini pernah cuba serum lain, tapi lambat berkesan berbanding dengan serum ini.


Bagi yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat, berparut, berjeragat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan lain-lain, bolehlah mencuba serum dari Ephyra ini. Tak rugi korang mencuba tau sebab Ephyra Skin Nano Serum ini memang best. Kulit pun terasa lembut dan glowing. Bukan serum sahaja ada, ada bermacam lagi produk Ephyra yang telah dikeluarkan. 
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml (sebotol)

Harga:
RM 88  (Semenanjung Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)

TAPIIII !!! sekarang tengah promosi...

Harga Promosi :
RM 68 (Semenanjung Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)

**Sesuai untuk semua jenis kulit**


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN  ONLINE:

Website : www.oceanlife2u.com

atau

Facebook : Oceanlife2u

atau

Instagram : @ephyra2u

atau

Whatsapp : 019 - 737 3770 / 019 -380 0779

Saturday, March 19, 2016

7 Jenis Tetamu Perlu Dielakkan Di Kenduri Kahwin

9:31 PM 8 Comments
  


7 Jenis Tetamu Perlu Dielakkan Di Kenduri Kahwin | Zaman sekarang dah lebih maju dari dulu, maka bertambah 'maju'lah mulut2 orang sekarang kan.. hihihi.. Pulak sekarang tengah musim kenduri kahwin. Jadi ada beberapa tips yang boleh kita elak dari tetamu semasa kenduri kahwin nanti.


1. Mengumpat Pengantin
"Lelaki dia tak sesuai dengan isteri dialah, isteri dia muda sangatlah, suaminya gelap, isteri gemuk, tak darjat, berbeza negerilah."
Jangan merungut, nanti berpatah balik kat diri sendiri takpun keturunan sendiri baru terasa.
2. Makanan Terhidang
"Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada."
Makanan tu kan rezeki, kurangkan merungut rezeki yang dah diberi secara percuma. Ramai lagi kat luar sana tak dapat merasa makan sedap-sedap.
3. Bilik Pengantin
"Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak sepadan dengan dinding."
Ikot kemampuan pengantin. Kadang-kadang pengantin sendiri pun tak kisah pasal bilik, asalkan selesa sudah sebab bukan tetamu yang nak tidur bilik pengantin nanti kan.
4. Buah Tangan / Goodies

"Tak bersyukur bila dapat buah tangan/goodies. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je"
Orang memberi kita kita menerima. Terima dengan ikhlas, kalau tak ikhlas jangan terima. Buat tambah dosa je merungut.
5. Kenduri Suram
"Tak meriahlah kenduri kahwin ni, tak ada DJ radio, kompang, karaoke, pelamin"
Tak tahu pula dalam Islam ada sebut kenduri kahwin wajib ada semua tu. Lagi-lagi karaoke dan DJ radio.. Pasang kaset atau lagu nasyid atau qasidah pun dah cukup meriah, berselawat di majlis barakah lagi bagus kan.
6. Tidak Hadir Bila Dijemput
"Orang dah jemput pergi kenduri dia tak hadir. Bila orang tak jemput, yang itu pula yang dia nak pergi"
Hukum bila orang menjemput kenduri, kita wajib datang kecuali ada sebab tertentu. Bukannya dah dijemput tapi buat-buat tak tahu.
7. Tapau Makanan Bawa Balik
"Sudah makan, tapi nak bungkus bawa balik rumah. Nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur laksa"
Kalau tuan rumah ada bagi berkat/bontrot, terima jelah jangan muka tak malu minta bungkus sendiri. Pulak tu bungkus sampai habis makanan kat dapur tuan rumah tak tinggal sisa. Benda macam ini ada berlaku especially saudara-mara. Even sedara jangan lah buat macam tu, nampak macam pengemis pula minta belas ehsan.
"Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa. Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika"

 sumber : imuslimshop.com

Wednesday, March 9, 2016

Cafe berkonsepkan Japan Western

10:30 AM 2 Comments
 


Cafe berkonsepkan Japan Western | Masa itu Wawa tengah pusing-pusing bandar Kluang, dan akak tanya nak makan mana. Dengan serta-merta Wawa teringat satu kedai makan baru dibuka beberapa minggu lalu. Kedai makan ini dinamakan Dapur JW Cafe. Ianya berkonsepkan Japan Western dimana bukan sahaja makanan Japan bahkan disediakan sekali dengan makanan Western dan tempatan. Yang sangat teruja, owner cafe ni orang Islam tau. Pekerja pun semua muslim. So, semuanya dijamin halal.


Design kedai yang menarik, bila masuk jer Wawa sangat tertarik dengan corak dinding kedai. Haa, nampak tak wefie kitaorang tu?? Sangat unik sebab dorang menggunakan simen sahaja dengan mencorakkan bentuk dinding ikut citarasa mereka. Sangat kreatif ! Jom layan menu yang kitaorang order !

Takoyaki (menu wajib Wawa)


Spaghetti Mushroom Abalone Soup Garlic

Takoyaki ni rugi kalau tak amik. Sebab ala-ala Japan kan. Hihi.. Actually, banyak menu belum ada lagi sebab in progress lagi kedai ni. InshaaAllah, bulan ini siap sepenuhnya kata pekerja kat sana. Kitaorang tak pilih menu Japan sebab tekak masih kenyang nak cuba menu lain. Ececehh ! takleh.. actually kitaorang tunggu kedai siap sepenuhnya baru kitaorang order menu Japan. Spaghetti dia sedap tapi macam kering sangat. Ke aku tak pernah rasa Spaghetti Garlic macam mana..


Pink Guava + Bubbles

Air ni paling aku suka ! Sebab apa? Sebab bubble dia. Alaa, sama macam pearl air Cool Blog kan.. Noooooooo... never uollss !! Sebab bubble dorang guna ni sangat unik, bila korang minum bubble tu ia akan meletup dalam mulut uolls ! Serius weii.. tak tipu ! Bubb;e dia tak lokek, Wawa sampai nak balik pon tak habis-habis sedut bubble tu! Haha .. Uolls should try this beverage !


Breaded Chicken Chop

Lamb Grilled

Dua makanan ni akak Wawa dengan kawan dia yang order. Wawa tak makan Kambing! Huhu.. So far, dorang berdua makan kata puas hati. Isi banyak dan harga sangat berbaloi dengan menu yang diorder. Makan macamni pun boleh senak perut tau! Sebab banyak sangat isi dia.


Okaylah, Wawa tak nak bebel panjang-panjang. Uolls patut try menu kat cafe ni sebab ada kelainan yang tersendiri dorang created. InshaaAllah, soon Wawa nak try menu Japan pulak. Hehe.. Bagi Wawa, sangat best dan berbaloi harganya. Congrats to owner Dapur JW cafe kerana berjaya buka cafe berkonsepkan Japan + Western di daerah Kluang. Sebarang pertanyaan boleh direct ke :

Facebook : Dapur JW Cafe

Location : No 6, Jalan Persiaran, Dato' Haji Ismail Hassan
                 ( sederet dengan bank muamalat, sebelah jambatan sungai bandar )





Sunday, March 6, 2016

Tips | Putihkan Ketiak dengan Berkesan

2:00 PM 2 Comments


 



Tips Putihkan Ketiak Dengan Berkesan | "Euuww , hitamnya ketiak !" .. Malu bila ditegur seseorang atau malu bila berdepan dengan situasi begini? Malu ingin berfesyen kerana bawah lengan anda gelap? Kaedah bercukur yang tidak betul dan juga pisau cukur yang tidak bersih antara faktor utama pembentukan kulit bawah lengan gelap. Mari kita lihat tips yang ingin dikongsi bersama :


1. YOGURT DAN SUSU
Yogurt dan susu mengandungi laktik asid yang berfungsi sebagai ejen pemutih. Campurkan 2 sudu yogurt dengan 3 sudu susu dan sapukan di kulit bawah lengan sebelum mandi. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam. Bersihkan dengan air suam.
 
2. BETIK DAN MADU
Betik mengandungi akrobat asid yang mempercepatkan mengelupasan sel-sel kulit mati dan madu mengandungi vitamin C dan polyphenols yang boleh mencerahkan kulit bawah lengan. Blender 1/4 betik dan campurkan dengan 2 sudu madu. Sapukan pada kulit. Biarkan selama 20 minit. Basuh dengan air.

3. LEMON DAN SERBUK PENAIK
Lemon mengandungi vitamin C. Serbuk penaik mengandungi kalsium yang boleh hapuskan sel kulit mati dan naturalize asid lemon yang boleh menyebabkan iritasi. Perah jus lemon dan campurkan satu sudu teh serbuk penaik. Sapukan dan biar selama 15 minit. Gosok bawah lengan sehingga kotoran keluar. Basuh dengan air.

4. TIMUN DAN SERBUK KUNYIT
Timun boleh melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan kulit. Untuk hasil yang lebih berkesan, campurkan puri timun dengan campuran timur yang ditapis dengan serbuk kunyit. Sapukan di bawah lengan. Biar selama 12-17 minit. Basuh dengan air. Lakukan 2-3 kali seminggu.

5. UBAT GIGI
Picit sedikit ubat gigi bersaiz kacang soya di jari. Sapukan di bawah lengan. Basuh dengan air. Jangan teruskan sekiranya kulit anda mula merah. Kulit anda mungkin sensitif.

Sumber : eh.com.my

Friday, March 4, 2016

CuppacakeB'licious | Cafe Ala Hipster

1:22 AM 4 Comments
 

 


Cuppacake B'licious Cafe Ala-Ala Hipster | Baru-baru ini pada awal bulan 2 Wawa kerap ke Batu Pahat sebab banyak benda nak survey asalnya. Sebelum ini nampak nama fb Cuppacake B'licious kat news feed. Bila dah kat BP teringat pulak kat cafe ala-ala hipster ni. Suka tengok airnya. Hehe..
Maka Wawa dengan akak mulakan misi mencari cafe ni dan sangat senang nak jumpa. Kalau korang waze pon confirm dapat jumpa. Serius ! So, bila masuk cafe ni otak jadi blur tak tahu nak order apa. Sebab menu-menu dia kalau ikut tekak Wawa semua sedap ! Mana taknya, berat badan naik. Haha !


Wawa yang interframe depan tudung hitam 
Menu first kitaorang order adalah Kek mereka dah lupa nama kek ni apa. Seriously, sangat-sangat sedap uolls ! Boleh challenge dengan Secret Recipe kau ! satu slide ni pun cukup untuk 2 orang ngap masuk mulut uolls. Hehe.. Then, Wawa order Sotong King CB ni, ingat nak makan sekali dengan set menu Nasi Lemak + Sotong King tapi memandangkan waktu petang so decide sotong je. Btw, Sotong King kalau bab area Johor ni jarang sesekali nak kecewa sebab memang superbb !! 






So, menu yang ditunggu-tunggu of course lah air ala-ala hipster konon orang panggil. Hehe.. Akak Wawa order Milkshake Caramel + Vanilla dan Wawa saja nak try Milkshake Green Tea. Dua-dua boleh tahan sedapnya. Tapi kalau buat lagi kick milkshake tu lagi rasa Uumpphhh ! hihi.. So far not bad memang sedap ! 







Menu lain-lain tuh, macam-macam ada tapi kitaorang order Cheezy Chicken Chop dan Mee Hoon apa tak ingat. Yang paling suka kat Chicken Chop. Sebab ada cheeseee ! Jaranglah makan chicken chop ada cheese. Rasa dia mak aii.. sedap gila kau ! Selalu ada cheese rasa masin-masin kan, tapi ini tak masin. Tapi macam mana ea, takleh nak describe kan. Huhu.. Uollss rasa lah dulu baru uolls describekan..





Haa, siapa nak rasa datanglah cafe ni.. lagi-lagi orang BP yang tak pernah jejak ke sini lagi. Location cafe ni area depan Square One, deret-deret kedai depan Sakan, sederet butik D'Fadz dan Fareeda. Apa-apa pertanyaan bolehlah ke FB dan instagram mereka :-


Facebook  : Cuppacake B'licious
Instagram : @cuppacakeblicious