Tuesday, February 23, 2016

Wordless Wednesday | Dilemma Jodoh Takdir Atau Pilihan ?

  






Dilemma Jodoh Takdir Atau Pilihan | Ramai perempuan yang dalam dilemma apabila bersoalkan tentang jodoh. Ia memang tidak dinafikan. Lelaki juga ada menerima nasib yang sama. Tapi selalunya orang akan menyoal kepada si perempuan. Bila jodoh nak sampai? Bila nak kahwin? Bertubi-tubi soalan mereka hadapi.

Bukankah engkau tahu, bahawa si perempuan itu dalam dilemma dengan jodoh takdir mahupun pilihan. Pilihan hati bukan semua ibubapa suka. Jodoh takdir pilihan ibubapa atau datang dengan sendirinya suatu masa jua. Berbelah perasaan hendak yang mana.

Jangan kau fikir ujian itu menyusahkan kau. Jangan fikir kau susah nak dapat jodoh. Allah dah sediakan kita jodoh cuma kita mintalah padanya. Solat Istikharah. InshaaAllah, jumpa jawapannya.

"Jodoh lambat, kita ada masa berbakti pada ibubapa.. Jodoh cepat, rezeki kita juga"



Monday, February 22, 2016

Homemade | Cara Buat Kimbap Roll

 



Homemade Recipe Cara Buat Kimbap Roll | Dalam seminggu lepas Wawa buat homemade Kimbap Roll versi Korea, yelah asyik tengok cerita running man jer leleh tengok. Bila Wawa post ramai pulak minta resepi. Actually, resepi dah bersepah pun. Maybe sebab data kuota tak mengizinkan nak google sana sini, so Wawa decide nak share kat 1 group masak dan wall fb Wawa sendiri. Bagi yang dah pernah buat memang kata senang, tapi yang belum? so layankan jela resepi simple ni..



KIMBAP ROLL (korean food)

Bahan-bahan :
1. Beras biasa atau beras Jepun (Sumo)
2. Seaweed (Nori)
3. Minyak Bijan (korea pakai minyak bijan)
4. Bamboo mat (penggulung)
Isi inti :
1. Isi ketam
2. Telur dadar
3. Sosej ayam/daging
4. Timun jepun
5. Carrot
Tambahan jika nak letak sebagai inti :
6. Tuna (ikot citarasa)
7. Ikan salmon
8. Udang
9. Keju slide
10. Chicken slide
And so on.....




Cara membuat kimbap roll :

1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya. 

2. Kemudian letak nasi yg ditanak tadi diatas seaweed secara rata nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nk gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar. Dan letak inti2 yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam sy letak sosej, telur, ketam, timun jepun & carrot.

3. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.

4. Siap sudah sesi menggulung kimbap roll. Sebelum potong, sapu secara rata minyak bijan kat seaweed supaya ia kelihatan berkilat.




Ini adalah rupa kimbap roll guna beras biasa yang kita selalu makan.. cuma beras biasa kenalah lebihkn air supaya ia lembik dan senang lekat kat nori tu.. macam saya buat untuk beras biasa, 1 pot beras biasa bersamaan 3 cawan air. Ikutlah korang nak lembik sangat atau tak.




Ini pula rupa kimbab roll guna beras jepun (sumo).. kalau guna beras sumo tak payah tambah air, sebab ada disediakan sukatan kat plastik beras just follow jer. Kalau ikutkan dua2 sedap je rasa.. kalau korang jenis kuat masin, masa nak masak nasi tu letaklah garam secubit rasa. Takde masalah pon. Tapi jangan banyak-banyak sebab bila korang makan dengan soya sauce (pencicah) memang dah masin, kang naik darah tinggi .

Kalau saya lebih prefer beras sumo sebab dah ada sukatan dan comel2 je bila dah siap masak. Hehe.. then cicahlah dengan soy sauce sebagai pencicah. Atau kalau jenis tak buat banyak, korang beli je peket2 kecik sosnya kat bahagian orang buat sushi kat aeon big atau pasaraya yang ada jual sushi.
😄
p/s: maaflah rupa kimbap tak menarik sebab nak cepat masa ni..
😁


Tips ringkas :
  • Orang Korea guna minyak bijan dan panggil ianya Kimbap Roll
  • Orang Jepun guna cuka dan panggil ianya Sushi
** ada orang kalau nak nasi bagi rasa, selepas nasi tanak tu, gaul bersama cuka, garam dan gula sedikit. tapi tu macam cara orang Jepun. So far, setakat ni saya buat kimbap roll just letak secubit garam semasa nak tanak nasi. Pun sedap je rasa.




Tadaa... bawak bekal makan dalam kereta pun syok tau, takde pencicah pon okay sebab Wawa tak boleh makan masin-masin (soya sauce masin). Selamat mencuba =)

Tuesday, February 9, 2016

Throwback Wedding Staff Time Praktikal

 



Throwback Wedding Staff Time Praktikal | The End of year 2015 wedding staff PPD Kluang masa kitaorang praktikal awal tahun 2014. Alhamdulillah dapat juga jumpa dengan kawan praktikal even kenal pun tak lama, hanya 4 bulan je sempat kenal gitu-gitu. But still friends till now.

Tarikh Wawa tak ingat dah tapi yang penting end last year 2015. Mula-mula perancangan macam semua pergi, tapi perancangan manusia kan berubah-ubah, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Jadi last confirm yang dapat pergi pun malam esoknya majlis. 



inilah pengantin tersama tema pulak


Kami hanya berempat yang dapat pergi majlis kahwin K.Aishah. Alhamdulillah dapat juga pergi dari tak pergi kan? Hehehe.. Empat orang ni lain-lain unit dulu. Tapi paham-paham jelah, takkan nak bawak haluan memasing kan. Haha ! Ok nak spam gambar kami pulak.



selfie dengan pengantin 



Fayadh, Farah, Wawa, Huz



3 dara posing kejap 



sorang pilih kasut, kitaorang posing



formal sangat bergambar kan? 


Ok habis sudah. Yana tak dapat datang sebab kena kerja. Lagi sorang ada hal kot. Hehe. Selebihnya tak dapat dikesan pulak diaorang. Muahaha... Lepas ini turn siapa pula?? Tunggu jelahh...


Monday, February 1, 2016

Celebrate Birthday Boys Kembar Hari Bulan

 
 
 
 
 
Celebrate Birthday Boys Kembar Hari Bulan | Cerita ini awal bulan Januari sebenarnya, tapi disebabkan line wifi Wawa slow tak dapat nak mengupdate dekat blog. Wawa gerak dari Kluang dengan akak 2nd & my aunty. Kitaorang gerak pagi sebab rancang nak jalan-jalan sampai JB. Korang nak tengok muka 2 orang budak yang kembari hari bulan?





Haa, diaorang ni kembar taikh jer tak sama tahun. Birthday diaorang pada 7 Januari. Si abang umur 4 tahun si adik 2 tahun. Tapi kalau tengok depan-depan memang orang fikir si adik tu abang dan berumur 3 tahun. Abang bernama Abdullah Syaddad dan adik bernama Aflahul Hayyan. Jadi, Wawa bagi jelah gambar-gambar diaorang mengadap kek birthday tu.





Ishh ishh... takde kesopanan langsung lah. Malu moksu tauu. Haha ! Dulu Wawa jaga diaorang ni, dari dalam hari sampai ke besar. Tapi adalah waktu-waktu yang tak jaga. Last jaga last year sebelum diaorang dihantar ke taska (hayyan) dan tadika PASTI (Adad). 

Hari itu kitaorang jalan-jalan kat Kilang Bateri dengan Giant jer.. sebab waktu sangat suntuk time tu. gambar kat kilang bateri pon dah 'yellek' dah sebab tangan bebudak ni gatal main tekan-tekan handphone Wawa. Yang fotogenik Hayyan. Dia buatlah aksi apa-apa confirm menjadi.


perut cover sikit Hayyan

muka happy 2 orang dapat belon free dari abang kedai gadgets world 66
(muka Adad masuk sikit je sebab dia xsuka bergambar bila dah besar)


Kan Wawa dah cakap, kita sendiri tak perasan aksi apa kita buat, tapi tengok Hayyan tu, kemain dia selpie siap posing.. Padahal time tu dia tengah main nak tonggeng-tonggeng kat celah-celah seat. Muka Adad ketat semacam jer kat belakang sebab adiknya konker tempat..Hehe...
Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara