Assalamualaikum...


Elianto Blusher Tangerine Love Pallete | Kali ini Wawa muncul dengan entry tentang review produk kecantikan iaitu produk kosmetik dari Elianto. Sebelum ini Wawa review produk skincare je kan, sekarang tukar selera kejap. Haha! Siapa yang suka makeup atau makeup lover atau newbie baru nak belajar makeup ke, memang eloklah nak tau serba sedikit pasal entry kali ini.




Walaupun drugstore, tapi jangan pandang rendah tau. Sebab harga barang dari elianto pun boleh tahan. Hehe! Nasib masa Wawa beli blusher ni masa tu tengah promosi dari Elianto. Harga asal dalam RM45 gitu tapi promosi hanya RM25 araound only. Wawa terdetik nak cari blusher ni sebab packaging dia sangat comel dan bentuk dalamnya berupa kotak selepas Wawa tengok 1 video tutorial menggunakan blusher ini. Blusher Pallete ini ada dua jenis color iaitu Rose Love & juga Tangerine Love. Wawa pilih Tangerine Love sebab color more to sweet nude manakala Rose Love more to pinky ala-ala sweet barby doll gitu.




Kalau tengok pada gambar atas ini, dia memang ada 4 color dalam 1 pallete. Siapa suka mix color boleh guna mix, tapi kalau tak nak boleh pilih salah satu color. Kalau nak tahu, color yang hujung kiri tu korang boleh juga buat hightlight tau. Haa, nampak tak kat situ dah jimat kos bagi yang ikut harga bajet masing-masing? 


Korang nak tengok Wawa makeup menggunakan Elianto Blusher Pallete?




Inilah rupa Wawa selepas menggunakan blusher pallete Tangerine Love by Elianto. Jangan kecam Wawa muka sebelum makeup. Haha! Cantik tak color blusher? Nampak natural je makeup. Sesuai untuk makeup ala-ala nude. Penggunaan blusher di atas Wawa menggunakan keseluruhan color pallete ini dengan sapuan secara nipis sahaja. Kalau nak tebal boleh ajer takde masalah.




So, bagi korang yang ingin memiliki blusher dengan harga berpatutan dan pigmented, bolehlah pergi ke cawangan Elianto ditempat anda sebelum blusher ini kehabisan stok. Walaupun blusher ni dah lama keluar tapi masih ramai lagi menggunakannya kerana harga yang berbaloi untuk dimiliki dan color yang sangat-sangat pigmented.



Thank You ! See Uolls for the next entry :)