Amez Care Tuala Wanita Berasaskan Bio Herba | Bagi wanita yang sudah akil baligh memang akan didatangi dengan bendera merah atau haid. Penggunaan pad (tuala wanita) juga bergantung pada keselesaan setiap individu. Memang banyak jenama pad diluar sana tapi jarang terdapat pad berasaskan herba yang terdapat di pasaraya. Pernah dengar Amez Care? Wawa baru first time dengar dan berpeluang untuk mencuba jenama ini.




Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad

Amez Care merupakan keluaran terbaru yang mengeluarkan tuala wanita yang berasaskan bio herba dalam memberi keselesaan kepada kaum wanita yang didatangi haid. Tuala wanita herba ini direka dengan berkualiti tinggi untuk keselesaan pengguna dengan selamat tanpa sebarang masalah alergik mahupun gatal-gatal di miss V ketika haid. Tuala wanita ini mengandungi herba terpilih seperti aloe vera, papermint, tea plant, chamomile dan lavender yang dihasilkan melalui teknologi far infrared, nano silver dan ion-ion negatif.

Terdapat empat (4) jenis tuala wanita Amez Care, tetapi Wawa berpeluang untuk mencuba tiga (3) jenis tuala wanita Amez Care iaitu Amez Care Pantyliner, Amez Care Day dan juga Amez Care Overnight.



Amez Care Pantyliner



Amez Care Pantyliner sesuai digunakan setiap hari kerana ianya sangat nipis dan selesa. Bahkan, ianya dapat mengurangkan keputihan. Wawa menggunakannya ketika Wawa dihujung-hujung period atau ketika berjalan untuk keselesaan diri. Bauan herba ini akan menyerap bau yang kurang menyenangkan seperti kita berpeluh berjalan seharian ataupun bau keputihan. Pantyliner ini terdapat 30 pcs dengan berharga RM11.90 sahaja.


Amez Care Day



Amez Care Day untuk kegunaan pada siang hari ketika datang haid. Pad ini mempunyai wing dan ia dapat mengelakkan dari pad beralih arah. Wawa dah mencubanya dan ianya sangat selesa kerana bila pakai rasa macam tak guna pad sebab rupanya yang nipis tapi tidak mudah bocor. Permulaan pakai akan merasa sejuk kerana terdapat kandungan herba papermint dibahagian miss V. Pelekat di wing sangat kuat dan ia memberi keselesaan ketika menggunakannya. Tuala wanita Day ini terdapat 12 pcs dan berharga RM12.90 sahaja.


Amez Care Overnight



Amez Care Overnight pula sangat sesuai dipakai pada waktu malam kerana mempunyai kelebaran dibahagian belakang bagi menghalang kebocoran ketika tidur. Jika ada wanita yang jenis keluar banyak darah haid, boleh juga menggunakannya pada siang hari. Pad Overnight ini juga mempunyai wing dan akan berasa sejuk dipermulaan pemakaian. Pelekat yang kuat dapat menghalang ia dari beralih. Boleh didapati dengan 10 pcs dan berharga RM12.90 sahaja.





KELEBIHAN AMEZ CARE SANITARY PAD :

1. Nipis dan ringan
2. Pelekat yang kuat
3. Penyerapan yang cepat
4. Tahan kebocoran
5. Rasa sejuk 'mint' memberi keselesaan
6. Bekas yang di seal dapat mengekalkan bau herba dari hilang
7. Mengurangkan rasa senggugut
8. Menghilangkan keputihan




Wawa dah mula suka pakai pad herba lagi-lagi yang pantyliner. Memang bila mula pakai pad ini senggugut Wawa tiada! Paling tidak cuma rasa sakit perut biasa jer. Dengan rasa sejuk 'mint' itu sangat-sangat membantu kurangkan masalah ketika period. Cuma satu jer, pad ini mengandungi gel. Wawa tak suka guna pad gel dan Wawa mengalami kesukaran sedikit mungkin sebab tak biasa guna gel kerana Wawa kebiasaannya akan basuh hingga bersih. Tapi satu je Wawa nak puji, walaupun pad ini mempunyai gel, ia tidak terlalu mengembang ketika terkena air dan darah di gel tersebut serta-merta akan hilang. Bukan seperti pad-pad yang lain.




Jika korang memang pengguna pad herba atau ingin mencubanya, korang bolehlah menghubungi maklumat yang tertera dibawah :

Website : www.amezcare.com
Facebook : Amez Care
Instagram : @amezcare