Dilemma Jodoh Takdir Atau Pilihan | Ramai perempuan yang dalam dilemma apabila bersoalkan tentang jodoh. Ia memang tidak dinafikan. Lelaki juga ada menerima nasib yang sama. Tapi selalunya orang akan menyoal kepada si perempuan. Bila jodoh nak sampai? Bila nak kahwin? Bertubi-tubi soalan mereka hadapi.

Bukankah engkau tahu, bahawa si perempuan itu dalam dilemma dengan jodoh takdir mahupun pilihan. Pilihan hati bukan semua ibubapa suka. Jodoh takdir pilihan ibubapa atau datang dengan sendirinya suatu masa jua. Berbelah perasaan hendak yang mana.

Jangan kau fikir ujian itu menyusahkan kau. Jangan fikir kau susah nak dapat jodoh. Allah dah sediakan kita jodoh cuma kita mintalah padanya. Solat Istikharah. InshaaAllah, jumpa jawapannya.

"Jodoh lambat, kita ada masa berbakti pada ibubapa.. Jodoh cepat, rezeki kita juga"