Sunday, November 8, 2015

Bakar Lemak dengan Cepat | Hotshape Gel

 
 
 
  



Bakar Lemak dengan Cepat - Hotshape Gel | Hotshape Gel 3 in 1 adalah satu produk keluaran bumiputera D'Masyhur Herbs Health and Beauty Sdn Bhd dan bakal memecahkan pasaran produk terlaris dengan gel bakar lemak dengan begitu cepat. Hotshape Gel merupakan booster pembakar dan membuang lemak degil di seluruh tubuh dengan hanya dalam beberapa jam. Produk ini telah mendapat kelulusan KKM dan selamat digunakan. 

Kelebihan dan Fungsi Hotshape Gel :
  • Mengecilkan paha, pinggul, lengan dan tempat tumpuan 100% dari lapisan kulit
  • Membakar lemak dan menurunkan berat badan.
  • Menganjalkan kulit dan tidak menyebabkan kulit lembik selepas kurus
  • Menghilangkan selulit dan dan kulit berkerak hitam
  • Mencerahkan kesan gelap dibahagian lipatan seperti lengan, peha dan lain-lain
  • Menghilangkan rekahan pada perut, peha, lengan dan betis

Seminggu lebih Wawa menggunakan gel ini, memang nampak berkesan produk ini tanpa sebarang masalah. Wawa sangat bermasalah dibahagian lengan kerana lemak air jadi Wawa cuba sapu di lengan dan alhamdulillah, kurang 2cm ukuran lengan. Maka dapatlah Wawa pakai baju-baju yang dah tak muat dulu. Testimoni dari Wawa tidak dapat ditunjukkan kerana aurat nak tunjuk berapa kurangnya dalam 2cm tu :) Ini antara testimoni berjaya menggunakan produk Hotshape Gel.





Untuk pengetahuan, gel ini berbau wangi, tidak melekit, berminyak dan tidak bau herba. Jadi anda boleh menggunakannya dengan selesa tanpa rasa rimas. Pada permulaan pemakaian gel ini memang akan terasa panas seketika, dah nama pun HOT.. Hehehe. Jadi letak sedikit sahaja dan sapu rata pada lemak-lemak yang tak diingini dan ia mudah meresap ke kulit tanpa berminyak. Kerapkan penggunaan jika inginkan kesan yang mengejut !

HARGA PRODUK :

Harga pasaran : RM82 SM / RM85 SS

ADA PROMOSI TAWARAN HARGA SPECIAL 
DISKAUN UTK 100 ORG YG TERAWAL SAHAJA!!!!
JOM JADI YG TERAWAL DAPATKAN HARGA SPECIAL TU!!
----------------------------------------------
Whatsapp “HOTSHAPE OFFER” ke 0126818254
Whatsapp “HOTSHAPE OFFER” ke 0126818254
Whatsapp “HOTSHAPE OFFER” ke 0126818254


Untuk keterangan lanjut dan details, sila hubungi :

Whatsapp : +6012-6818254



Thursday, November 5, 2015

Jalan-Jalan di Country Garden Danga Bay

 
 
 
 
 
Country Garden Danga Bay | Wah, lama dah rasa tak jalan-jalan kat JB sejak pindah ke Kluang. By the way, hati ini tetap tak lupa tempat kelahiran sendiri. Hewhewhew.. Bila datang sini tengok daj semakin maju dah macam KL rupa. Dengan flyovers yang simpang siur tanpa lampu isyarat lagi. Pindah Kluang tahun 2005, then duduk JB masuk Maahad Johor tahun 2009. Then sekian lama tak turun JB until now year 2015, uolls can't imagine it? 

Baru-baru ini, adalah dalam bulan Oktober lepas jalan-jalan kejap dengan my family kat sini. Saja ambil angin tengok tempat yang tak penah masuk lagi. Actually, penah datang sini sekali tapi tak dapat pusing-pusing sebab masa itu tengah hujan. Uhuks !


First kita interframe selpie dengan budak kecik ni. Pandai dia selpie tau! Hahaha.. Ini anak ke? Muka sama aje tengok. Ehhh ?? Kahwin pun tak lagi jemahh oii. Inilah anak buah Wawa bernama Aflahul Hayyan baru setahun 10 bulan. Tapi gaya macam dah 3 tahun.

 

That's my sisters. Yang tengah tu Angah, yang depan tu Achik. Dua-dua dah kahwin, tapi Wawa sorang belum ketinggalan keretapi :) Muka sama lah macam twins? Ehh, mana ada, twins tu idok ler, tapi hampir sama itu ada, dah nama siblings kan?
 
Inilah my family. Itu adalah mak saya. Ehh, jangan keliru. Memang mak kandung dah meninggal masa tahun 2005. Ini my stepmother yang kami anggap mak dari kecil sebab dialah yang jaga kami. Adik kepada arwah mak. Kami selesa sampai ke besar membesar dengan dia. Hehehe :) Gambar abah takde dalam ni sebab masa ini abah tengah kursus kat JB juga. Along dengan Uda tak dapat ikut sebab sorang kerja dan sorang lagi duduk jauh sikit.

 

 

Wednesday, November 4, 2015

Wordless Wednesday : Ais Krim Pasu

 
 
 
  
 

 


Pada awal tahun ini sangat terkenal dengan ais krim pasu. Sampai habis pasu-pasu kat kedai borong diluar sana dek kerana penangan ais krim pasu dahulu. Ini kali, timbul pula tentang ais krim tempurung kelapa. Belum lagi masuk bab ais krim berasap :)

Adakah ais krim pasu masih famos atau disebabkan timbulnya pelbagai idea orang sekarang, kepopularan ais krim pasu merundum?? Anda masih merasai lagi ais krim pasu?

Monday, November 2, 2015

Tips Blog Nampak Lebih Menarik

 
 
 
 
Korang nak tak Wawa share sikit tips bagi yang nak blog nampak lebih menarik? Senang kata, simple tapi menarik la. No no no ! Wawa tak cakap blog Wawa cantik tau, tapi Wawa just nak share dengan korang.
 

1. Background/template blog
Kenapa perlu ditekankan benda alah ini? Iya, memang perlu sebab background blog memainkan peranan penting juga dalam menghasilkan sesuatu blog. Jangan korang pilih background yang crowded dan bling-bling contohnya ambil yang animated dengan warna yang terang. Elakkanlah kalau boleh ya, tapi kalau boleh memang nak suruh elakkan. Hewhewhew.. Pilihlah warna-warna soft atau sedap mata dipandang.

2. Pemilihan Header Blog yang sesuai
Letaklah header yang simple + cantik sebab ia boleh menarikkan wajah blog anda. Letak gambar anda sebagai header tapi jangan tepek sebesar blog korang tepek kang paparazi kecam korang. Ada orang suka letak header blog dengan hanya letak tulisan contoh sebagai nama sendiri diikuti dengan link blog, itu pon boleh kalau anda nak nampak lagi simple but nice! :)

3. Pemilihan layout blog
Kebanyakkan layout blog ramai yang buat hanya 2 column sahaja, sebab ianya nampak mudah untuk view dan tidaklah terlalu menyemakkan. Jangan pulak korang letak layout dengan berapa banyak column sebab ia agak serabut. Nak guna 1 column pun boleh ikut kreativiti korang :)

4. Tulisan yang senang dibaca
Minta tolong sangat-sangat bagi blogger lama ke blogger newbie ke, jangan buat tulisan macam budak-budak sekarang. Sekejap besar sekejap kecik. Korang tak penat ke nak tukar-tukar setiap words korang taip? Hihi.. Lepas tu tak payahlah pelbagaikan warna dalam tulisan sekejap hijau, merah, kuning, biru, purple. Untuk font tu korang pilih font yang senang dibaca dan difahami bukan yang berangkai-rangkai :)

5. Gaya penulisan yang menarik
Last sekali nak tekankan pada penulisan. Sangat penting tau! Sebab apa? Sebab penulisan itu dari gaya diri seorang blogger itu sendiri. Tak kisahlah time itu korang tengah nak cerita kisah sedih pakwe/makwe kena rampas ke apa, tapi tolong jangan karang ayat yang buat pembaca tak nak baca atau tak menarik perhatian. Cuba nak karang ayat dalam entry itu bagi ayat yang menarik dan menepati citarasa pembaca.


Jadi, mari kita perbetulkan apa yang kurang. Wawa pun boleh ikut tips-tips camni juga. Korang buntu nak edit blog sebab tak reti design blog? Jangan risau ramai yang mengambil tempahan edit blog korang boleh search mana-mana blogger yang ambil tempahan.


Review | Bantal Handmade Comel-Comel !!

 
 
 
  


Haii korang semua !! Harini  Wawa nak bagitahu pasal satu instashop yang jual bantal handmade yang memang kalau korang tengok rase geram je ! Geram kenape? Sebab pillow tu semua comel and sangat2 rare. Seriusly korang memang akan geram tengok sebab lawa-lawa belaka.


 Nama igshop ini adalah @craftjemari , sebab tuh Wawa berani cakap geram sebab all design adalah handmade by jari jemari owner tau ! Kekekeke.. Dah bersedia ke nak tengok design dari mereka ini ? Sekali korang tengok, memang berkali-kali korang nak order nanti sebab ia sangat menarik minat semua golongan !

Korang boleh request untuk design sendiri dekat pillow tu! So kalau nak bagi hadiah dekat orang nanti korang jangan risau la sbb hadiah korang takkan sama dengan orang lain. Selain dari bantal, diorang ni ada jual cupcake cusion dengan keychain tau. Apa pulak cupcake cusion tu? Ala.. bende tu tak bagi pin korang berterabur la. Lepas pakai cucuk je dekat situ :) More design sila scroll bawah :D
See ?? Pelbagai cara anda boleh kreatifkan, bahkan juga anda boleh bagi sebagai hadiah perkahwinan atau pertunangan dan majlis party or present for birthday or else. Nampak sweet gitu kan? Hihi... 
Price : start dari RM20 keatas bergantung pada saiz dan design
 
Untuk details dan cara nak order bolehlah ke :
Instagram : @craftjemari
Whatsapp: +6013-2570479 
Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara