Kurang aktif berblogging sejak dari bulan 10 tahun lepas hinggalah sekarang bulan 2 baru aktif. Disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan busy berbisnes sambilan. Tskk Tskk 

Domain yang dulu pun dah expired jadi mesti ramai tercari-cari dimana blog wawa ashihara kan ? Sorry sangat sebab kalau buat baru kompem2 beratus-ratus. Fikir punya fikir better buat balik domain tapi nama seakan blog lama. Dulu Wawa guna domain blog www.wawaashihara.com tapi sekarang dah tukar kepada www.wawaashiharaa.com pula. nampak tak perbezaan tambahan huruf kt situ? Hehehehehe....

Seyesly, Wawa lupa gila nak renew domain masa tu sebab email untuk domain tak boleh buka langsung. Rasa bengang la juga time tu. Pulak masa akhir tahun Wawa busy jadi terlupa nak ingat tarikh expired domain. Bukan tarikh domain je lupa, tarikh nak bayar wifi bulanan pon asyik terlupa. Adoii, banyak makan semut agaknya sejak akhir-akhir ni :')

Selepas buat domain baru, alhamdulillah Wawa cuba mengaktifkan diri untuk berblogging selepas ini. Tapi tersangatlah sayang sebab namecard blogger Wawa dah tertera nama domain yang lama. Memang kena buat namecard barulah jawabnya tapi entah bila nak buatnya.

Harap selepas ini Wawa tak mudah lupa lagi dengan tarikh-tarikh penting. Rasa rugi pula bila kita sendiri lupa hal ini walaupun nampak hanya hal remeh. Tapi jangan lupa Allah :) Syukur Allah masa memberi ingatan yang baik lagi bukannya jadi gila.